CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kamal Adli kelihatan cengkung, susut berat

12-1-2026 05:55 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1082| Komen: 8

 



Selepas digugat dengan permohonan cerai dibuat isteri, Uqasha Senrose sejak Oktober tahun lalu, berat badan pelakon Kamal Adli dilihat semakin susut serta cengkung ketika hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan hari ini.

Terdahulu, pelakon drama Bahagia Yang Tertangguh itu tiba di pekarangan mahkamah kira-kira pukul 9.30 pagi ditemani peguamnya, Abdul Hadi Mohamad Salleh.

Berdasarkan pemerhatian wartawan Kamal Adli atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 40, hadir dengan wajah sugul selain kelihatan agak cengkung berbanding ketika hadir pada prosiding sebelum ini.

Apabila diajukan dengan pertanyaan-pertanyaan wartawan pelakon tersebut agak sukar untuk melontarkan kata-kata seperti ditemu bual ketika prosiding sebelum ini.

Kamal Adli mengakui pasrah dan reda menanti keputusan prosiding hakam berhubung rumah tangganya.

Sementara itu, Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 34, yang hadir berasingan tidak mengulas panjang mengenai prosiding tersebut selain meminta orang ramai mendoakan perkara yang baik-baik.

Hari ini dijadualkan untuk peringkat kedua proses hakam keluarga sebelum mahkamah membuat penentuan seterusnya.  

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 12-1-2026 06:15 PM
Tengok tadi, mcm menaHan airmata jer
Quote pocongkiutss 12-1-2026 06:20 PM
Perawankota replied at 12-1-2026 06:15 PM
Tengok tadi, mcm menaHan airmata jer

Tp diorg ni..dedua pelakon kan

Entahler ..iols kalau perkahwinan yg bukan terbit dr persondolan ni.. selalu berharap agar laki bini leh berbaik semula ( dgn syarat takde cureng2 la kan utk both side )..kalau takat tak puas hati utk benda2 yg boleh bincang tu, leh nego lg
Quote pujanggacinta 13-1-2026 06:57 AM
lawyer kat sebelah tu mesti tgh pikir nak masak menu apa hujung minggu nie...
Quote lasagna 13-1-2026 08:40 AM
nak tak nak, kamal kena terima kekeciwaan ini.
berat tapi tu lahh xde jodoh dah..
Quote supernaturalee 13-1-2026 09:25 AM
lawyer dia hire sama dgn alif aziz ye

Quote Olumis 13-1-2026 04:18 PM
Ok yang ni baru betul masih sayang bini. Nampak la terkesannya. Tengok mata dan wajah pun susut, confirm susah hati. Bukannya berpura2 muka nampak sugul.
Quote BoongaKertas 14-1-2026 02:21 PM
yg ni nmpklah sedih dia. muka sugul dia nampak lah dari hati. moga yg baik2 jer utk korang bertiga.
Quote A-Are 14-1-2026 02:37 PM
mahu x sedih...sedangkan putus cinta pon boleh frust menonggeng inikan pula bercerai...xkisahlah yg meninggalkan atau yang ditinggalkan tetap rasa kesedihan tu...semoga yg baik2 ajer untuk mereka berdua

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2026 12:30 AM GMT+8 , Processed in 0.038369 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top