CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Seorang Warga Indonesia 12 tahun guna MyKad baru kantoi, dijatuhi hukuman penjara tiga bulan

12-1-2026 04:29 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2695| Komen: 38

 



MELAKA – Seorang lelaki warga Indonesia dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah menggunakan salinan kad pengenalan milik orang lain lebih 12 tahun lalu.

Tertuduh, Abdul Adi, 47, yang bekerja sebagai pengayuh beca itu turut menggunakan MyKad berkenaan bagi mendapatkan lesen beca Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) pada 2023 dan kad Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH).

Majistret, Nur Afiqah Radhiah Zainurin menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, yang membuat pengakuan bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati tanpa kuasa yang sah atau sebab yang munasabah menggunakan salinan Kad pengenalan orang lain, lelaki berusia 46 tahun.

Kesalahan itu dilakukan di Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) kira-kira pukul 12 tengah hari pada 8 Januari lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Peraturan 25(1)(e), Akta Pendaftaran Negara 1959 dan Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar hukuman ringan diberikan dengan alasan masih menanggung isteri serta tiga orang anak yang masih bersekolah.

Pegawai Pendakwa Jabatan Pendaftaran Negara Melaka, Mohd. Nasrom Mohd. Yusof bagaimanapun memohon hukuman setimpal kerana perbuatan itu boleh menjejaskan keselamatan serta kepentingan negara.

Mahkamah kemudiannya memerintahkan tertuduh dipenjara selama tiga bulan bermula dari tarikh ditangkap iaitu pada 8 Januari 2026. 


Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lipans 12-1-2026 04:55 PM
Lepas habis jalani hukuman, hantar pulang ke negara asal.
Quote Skuau 12-1-2026 05:32 PM
Msia ngak ada beras..Ngemis beras dr indon??? Sepatutnya cepat2 balik ke negara indon....nanti kebulur...jilaker punya indon
Quote FOTHER-MUCKER 12-1-2026 05:45 PM
Edited by FOTHER-MUCKER at 12-1-2026 01:47 AM

Tiga bulan hukuman mengunakan identity orang lain di malaysia?

Sebab itulah orang luar tidak takut dengan undang undang di malaysia.
Quote kotakbaju 12-1-2026 07:52 PM
FOTHER-MUCKER replied at 12-1-2026 05:45 PM
Tiga bulan hukuman mengunakan identity orang lain di malaysia?

Sebab itulah orang luar tidak takut  ...

Ringan sangat hukuman tu. Sepatutnya penjara ikut selama mana kesalahan dia buat tu.
Quote TTun_Teja 12-1-2026 08:07 PM
Guna ic 12 tahun ( 144bulan)
Denda 3 bulan
(Ikut akta x lebih 3 tahun atau denda 20k, tpi ikut rayuan, 3 bulan saja...? Betulkah?
Undang-undang yg.....
Hmmm....

(12 tahun tu, boleh guna keistimewaan dan hak warganegarakah?
Mengundi? Dpt sara or mykasih x?
Hukuman mohon diringankan sbb ank bersekolah. Anaknya n isteri warganegarakah?

Byk pulak persoalannya..
Quote sharlenetexas 12-1-2026 08:12 PM
FOTHER-MUCKER replied at 12-1-2026 05:45 PM
Tiga bulan hukuman mengunakan identity orang lain di malaysia?

Sebab itulah orang luar tidak takut  ...

Duk dalam jel makan tanggung berak cangkung.
Duit gomen Malaysia jugak bagi dia makan.


Quote Skuau 12-1-2026 08:36 PM
TTun_Teja replied at 12-1-2026 08:07 PM
Guna ic 12 tahun ( 144bulan)
Denda 3 bulan
(Ikut akta x lebih 3 tahun atau denda 20k, tpi ikut rayu ...

hukuman ringan sb dia warga asing...Hukuman berat tu tuk Msian jer....
Quote Skuau 12-1-2026 08:37 PM
sharlenetexas replied at 12-1-2026 08:12 PM
Duk dalam jel makan tanggung berak cangkung.
Duit gomen Malaysia jugak bagi dia makan.

Harap ada acara 'diperbodohkan warga asing' kt sukan olimpik nantinya...tu jer harapan kita untuk dapat pingat emas...
Quote dua_chzy 12-1-2026 09:25 PM
IC Sabah ke? Pehtu buat taik di KL kan.
Quote TTun_Teja 12-1-2026 11:03 PM
Skuau replied at 12-1-2026 08:36 PM
hukuman ringan sb dia warga asing...Hukuman berat tu tuk Msian jer....

Sesungguhnya Malaysia itu syurga PATI..
Bangla, rohingya,  pakistan, yg dari india dan china, Indonesia,  israel, semua bahagia disini. Boleh berjual beli, boleh beranak pinak, boleh buat bisnes, semua boleh. Rapuhnya undang2 Malaysia.  
Quote FOTHER-MUCKER 13-1-2026 04:28 AM
sharlenetexas replied at 12-1-2026 04:12 AM
Duk dalam jel makan tanggung berak cangkung.
Duit gomen Malaysia jugak bagi dia makan.

2 tahun penjara, 4 hukuman sebat dan di haramkan memasuki Malaysia selama 5 tahun
Quote FOTHER-MUCKER 13-1-2026 04:32 AM
kotakbaju replied at 12-1-2026 03:52 AM
Ringan sangat hukuman tu. Sepatutnya penjara ikut selama mana kesalahan dia buat tu.

Kerajaan dah bagi tau jangan menghukum pendatang haram terlu keras.

Biar Malaysia dicabul asalkan pendatang haram hidup bahagia
Quote nisako 13-1-2026 08:16 AM
pe jadah hukuman ringannn
Quote midori888 13-1-2026 08:38 AM
patut kena kasi hukuman sebat 10x baru dia serik...
Quote emera 13-1-2026 08:39 AM
Gomen bijak… pati buat hal, songlap duot, guna priviledge rakyat sampai gomen habis duit, apa susah nak kutip balik.. kenakan tax kat rakyat.. pati tetap mendonia xde kena apa2 siap bawak keluar cash & emas baik negara asal. Bravo malaysia!!!
Quote IzzahF 13-1-2026 08:46 AM
kotakbaju replied at 12-1-2026 07:52 PM
Ringan sangat hukuman tu. Sepatutnya penjara ikut selama mana kesalahan dia buat tu.

sebab kat penjara tu penuh dah indon jawa..tak muat nak sumbat nak bg makan segala. 3 bulan, lepas tu kena berambus balik. perati siap2 muka dia jgn lepas 3 bulan masih ada kat malaysia lg. silap2 berderet dah anak kat sini
Quote supernaturalee 13-1-2026 09:00 AM
cer tengok sikit ic plasu die tu;

mcmn blh lepas sampai 12 tahun

dan jgk mcmn yg boleh kantoi tu


Quote BungaKencana 13-1-2026 09:13 AM
cane kantoi?
Quote zarulnazmi 13-1-2026 09:50 AM
3 bulan je. lepas tu bebas kena hantar balik sana atau tidak? kalau masih stay dikhuatiri ada lagi kesalahan lain yang diulang.

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2026 11:25 AM GMT+8 , Processed in 0.141364 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top