CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sebutan semula kes Allahyarham Bung Moktar, Zizie Jumaat ini

12-1-2026 04:21 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1699| Komen: 13

 



KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini menetapkan Jumaat ini bagi sebutan kes Ahli Parlimen Kinabatangan, Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri, Datin Seri Zizie Izette A. Samad berhubung pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta.

Menerusi semakan laman web mahkamah, perbicaraan pada peringkat bela diri sepatutnya bermula hari ini sehingga Rabu, namun Hakim Rosli Ahmad menangguhkan prosiding pada 16 Januari ini bagi menetapkan tarikh bicara baharu selain membenarkan penangguhan yang dipohon pihak pembelaan.

Salah seorang peguam Bung Moktar, Ridha Abdah Subri ketika dihubungi media mengesahkan tarikh baharu itu.

Bung Moktar, 66,  merupakan tertuduh utama dalam kes itu, manakala Zizie Izzete didakwa bersubahat. Zizie Izette kini menjalani tempoh idah selepas Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah itu meninggal dunia pada 5 Disember lalu di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu.

Terdahulu, perbicaraan peringkat bela diri sepatutnya didengar pada 27 November dan 3 Disember lalu, namun ditangguhkan berikutan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 pada 29 November lalu.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Bung Moktar yang ketika itu Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra Berhad didakwa atas dua tuduhan menerima rasuah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan untuk mendapatkan kelulusan Felcra melabur RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

Bung Moktar dituduh menerima rasuah daripada ejen pelaburan Public Mutual Berhad, Madhi Abdul Hamid menerusi Zizie Izette, 46, di sebuah bank Taman Melawati di sini pada 12 Jun 2015.

Pertuduhan ketiga, Bung Moktar dituduh secara rasuah memperoleh untuk dirinya suapan tunai RM337,500 daripada ejen pelaburan Public Mutual Berhad, Norhaili Ahmad Mokhtar melalui akaun yang didaftarkan atas nama Zizie Izette bagi tujuan sama pada 17 Jun 2015.

Justeru mereka didakwa mengikut Subseksyen 17(a) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.   

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 13-1-2026 12:08 AM
Sebelum ko nak penjara Bung Mokhtar , beliau sudah selamat dipenjara di Alam Barzakh.
Quote salimrock 13-1-2026 09:06 AM
B40tastePosh replied at 13-1-2026 12:08 AM
Sebelum ko nak penjara Bung Mokhtar , beliau sudah selamat dipenjara di Alam Barzakh.

kira yg hidup la kene tanggung..
Quote Nuyak 13-1-2026 11:48 AM
bukan duit komisen ke tu? hasil komisen bagi 2 je tu...tapi ye la nak dapatkan 150 juta kan...huhu...nasib tak baik tapi public mutual dpt investor besar..
Quote Dalcott 13-1-2026 12:15 PM
bakalan lepas ni
Quote anarina 13-1-2026 01:28 PM
Apa la rasa ek, dah meninggalkan dunia ni tp ada urusan besar berkait duit tak selesai
Quote Purestteam1 13-1-2026 02:54 PM
sorang ² la hadap mahkamah
Quote dua_chzy 13-1-2026 03:45 PM
salimrock replied at 13-1-2026 01:06 AM
kira yg hidup la kene tanggung..

Semoga yang dah mati tu pun tanggung di alam sana. Mati bukannya mati terus - hidup je di alam lain.
Quote ZORRO5555 13-1-2026 05:13 PM
Eh banyak cantik muka hampa

KUALA LUMPUR: Balu kepada Allahyarham Bung Moktar Radin mengemukakan representasi bagi menggugurkan pertuduhan bersubahat dengan suaminya memperoleh suapan berjumlah RM2.8 juta bagi mendapat kelulusan untuk Felcra Berhad melabur RM150 juta bagi menyertai produk unit amanah Public Mutual Berhad.
Peguam K Kumaraendran, yang mewakili Zizie Izette Abdul Samad berkata representasi itu dihantar kepada Jabatan Peguam Negara pada hujung bulan lepas.

“Kes dihadapi Zizie ditetapkan untuk pengurusan kes pada 16 Jan ini,” kata peguam itu ketika dihubungi Bernama hari ini.


Sepatutnya hari ini ditetapkan untuk Zizie Izette memberikan keterangan membela diri atas tiga pertuduhan bersubahat di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Rosli Ahmad, namun prosiding itu ditangguhkan kepada Jumaat ini.

Pada 2 Sept tahun lepas, Bung Moktar mula memberikan keterangan membela diri atas tiga pertuduhan menerima rasuah membabitkan amaun sama bagi tujuan serupa.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Kinabatangan itu yang mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Lamag pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 baru-baru ini meninggal dunia pada 5 Dis lepas.

Bagi pertuduhan pertama, Zizie Izette didakwa bersubahat dengan Bung Moktar yang ketika itu Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra Berhad, dengan memperoleh suapan wang tunai RM2.2 juta daripada ejen pelaburan Public Mutual Berhad Madhi Abdul Hamid.
Quote rbmy 14-1-2026 07:33 AM
Nuyak replied at 13-1-2026 11:48 AM
bukan duit komisen ke tu? hasil komisen bagi 2 je tu...tapi ye la nak dapatkan 150 juta kan...huhu.. ...

duit komisen tapi kenapa di sebut rasuah.ke perjanjian komisen tu skrg mcm rasuah ke..?
tapi rasanya kes dia ni NFA juga kot.. mcm Pak Jait.
Quote Burong_Hantuk 14-1-2026 07:54 AM



Quote supernaturalee 14-1-2026 08:06 AM

acik kt belakang duk perati ape tuuuu






Quote midori888 14-1-2026 08:50 AM
rbmy replied at 14-1-2026 07:33 AM
duit komisen tapi kenapa di sebut rasuah.ke perjanjian komisen tu skrg mcm rasuah ke..?
tapi rasan ...

meols pun rasa duit komisen...
Quote plywood 14-1-2026 08:59 AM
Edited by plywood at 14-1-2026 09:02 AM
rbmy replied at 14-1-2026 07:33 AM
duit komisen tapi kenapa di sebut rasuah.ke perjanjian komisen tu skrg mcm rasuah ke..?
tapi rasan ...

Nfa... tak ada harapanlah.

.. tak ada benda nak leverage.. jait tu kena hukum runtuh kerajaan.. dia ni kena hukum atau tak, tak beri kesan kepada kerajaan

pasal rasuah atau komisen .. baca pertuduhan, terang dan jelas kot...mungkinlah komisen bagi dia tapi dlm penilaian undang2 belum tentu...

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2026 06:01 AM GMT+8 , Processed in 0.938590 second(s), 44 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top