CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Kami gurau memang begini, jangan ambil hati ya,”’ – Isteri pertahan ‘wanita buatan’ Remy Ishak

12-1-2026 04:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2253| Komen: 22

 



Menerima kecaman netizen gara-gara berkongsi gambar bersama seorang ‘wanita’ di media sosial, isteri kepada pelakon Remy Ishak iaitu Ezza Yusof mempertahankan tindakan suaminya itu.

Ezza sedia maklum gambar yang dikongsikan terbabit adalah hasil janaan kecerdasan buatan (AI) dan mengakui semua itu hanya gurauan semata-mata dengan Remy, 44.

“Kami bergurau memang begini. Jangan ambil hati, ya,” demikian penjelasan ringkas Ezza menerusi Threads.

Dalam hantaran yang sama, Ezza memuat naik tangkap layar memaparkan Remy berkongsi foto bersama wanita itu kepadanya.

Sudah terbiasa dengan cara Remy, Ezza berseloroh menyifatkan tindakannya itu sebagai ‘gila’.

“Kenapa ada dimple (lesung pipit) juga,” soal Ezza dalam tangkap layar dikongsikan.

Remy kemudian menjawab: “Manalah aku tahu. ChatGPT punya kerja. Saya nak muat naik ke IG Story.”

Sebelum ini, aktor itu dituduh tidak menghormati isteri kerana memuat naik gambar menunjukkan dirinya bersama wanita hasil ciptaan AI.

Bagaimanapun, perkongsian Remy itu sudah dipadam selepas mendapat kecaman daripada netizen yang rata-rata menyifatkannya tidak menghormati perasaan isteri. 

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 12-1-2026 05:00 PM
macam dah sendu je... wife dia memang asal peminat dia ke? drpd awal mcm overprotected, wemy pulak cam biasa-biasa je.. haha
Quote Miejaaa 12-1-2026 05:16 PM
Karang kalo betul2 ada meroyan jugak kannn
Quote stania83 12-1-2026 05:40 PM
prince_marhaen replied at 12-1-2026 05:00 PM
macam dah sendu je... wife dia memang asal peminat dia ke? drpd awal mcm overprotected, wemy pulak c ...

Yaa wife dia peminatt
Quote MatDeghem 12-1-2026 05:56 PM
Bahaya.
Mula dgn gambar. Kemudian gambar jadi video.
Lepas tu Tulis je ape kamu mahu gambar wanita ini buat...pakai ape, cakap ape.

Ini gambar yg dia tunjuk.  Gambar yg dia tak tunjuk. Bahaya bro....


Semua AI boleh buat ye...
Quote MatDeghem 12-1-2026 06:00 PM
Malaysia dan Indonesia dah ban Grok.
Quote Pink_Purple 12-1-2026 07:00 PM
tak takut ke jka gurau menjadi kenyataan
Quote bedahmenjuyah 12-1-2026 07:23 PM
MatDeghem replied at 12-1-2026 06:00 PM
Malaysia dan Indonesia dah ban Grok.

Ni yg boleh bugilkan org tu kan bang mat?
Quote Kancilkering 12-1-2026 07:23 PM
remy tu dh lah anxiety lah depression lah
kang jadik lain kang
Quote Mastermind97 12-1-2026 11:11 PM
Edited by Mastermind97 at 25-1-2026 12:19 AM

....
Quote pocongkiutss 13-1-2026 01:06 AM
Pink_Purple replied at 12-1-2026 07:00 PM
tak takut ke jka gurau menjadi kenyataan

Tula..mcm si chaz33 dh jd kenyataan..asik ilang2 je content ala2 nak kawin lg ..dulu2 la kan .tup2 jadi betul
Quote nisako 13-1-2026 08:15 AM
hmmmmmm
Quote MatDeghem 13-1-2026 08:32 AM
bedahmenjuyah replied at 12-1-2026 07:23 PM
Ni yg boleh bugilkan org tu kan bang mat?

Yes. Boleh suruh gambar bercakap. Boleh suruh terbang joget...ape aje kamu tulis AI boleh buat pada gambar itu.
Bahayaaaa....
Quote Tinot7 13-1-2026 08:59 AM
Itu ka taste bamwemy?
Quote supernaturalee 13-1-2026 09:21 AM
MatDeghem replied at 13-1-2026 08:32 AM
Yes. Boleh suruh gambar bercakap. Boleh suruh terbang joget...ape aje kamu tulis AI boleh buat pad ...

kannn

kt fb tu

bila ada yg post gmbr statik, mintak netz alter2

sekali kau haa bkn gmbr je alter smpi jd 360 darjah

ni siap video gerak2, joget2, aksi2 lagi

so far masih boleh detect die pny authenticity tu

tp caya lah

akan di'enhanced'kan lagi jd super real suatu hari nanti


Quote EL75 13-1-2026 10:10 AM
hmmm tapi kan.. gambor tu muka girl mcm ex girlfriend remy ..yg model tu.. oppsss..
Quote NazRysha 13-1-2026 10:23 AM
Korang siapa ada baca yang kes Keli Fatin dekat thread
cerita hasanah kan ?
Quote babynina30 13-1-2026 10:30 PM
NazRysha: Korang siapa ada baca yang kes ...


Kn dh serai?
Quote sharlenetexas 13-1-2026 10:33 PM
Yelah gurau.


Quote atan77 13-1-2026 10:52 PM
That's not funny yachhh..

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2026 06:15 AM GMT+8 , Processed in 0.074370 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top