CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Ada peluang nak rujuk, kalau boleh saya tak nak bercerai’ - Kamal Adli

12-1-2026 03:54 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 485| Komen: 1

 



Pelakon Kamal Adli mengharapkan masih wujud ruang untuk kembali berbaik dengan bekas isterinya, Uqasha Senrose, meskipun mereka kini sah bercerai talak satu.

Ujar Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Adli, 40, keputusan melafazkan cerai bukan perkara mudah, namun tetap berharap laluan rujuk pada masa hadapan.

“Sumpah demi Allah, saya sebenarnya tak mahu lepaskan pun.

“Tetapi saya terpaksa lepaskan sebab dengan cara ini saya rasa masih ada ruang dan peluang untuk rujuk semula,” katanya kepada Kosmo! Online sambil menahan sebak.

Tambah pelakon Dia Imamku itu, dia sudah tidak berdaya dari segi emosi dan menyifatkan hari berkenaan sebagai detik paling sukar dalam hidupnya.

“Saya tak mampu nak bercakap, apatah lagi nak lafazkan cerai.

“Hari ini hari paling tak menyeronokkan dalam hidup saya. Saya memang tak kuat, tak kuat langsung.

“Kalau tanya hati saya, saya memang tak mahu perceraian ini,” luahnya ketika ditemui di pekarangan Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini, petang tadi.

Sementara itu, peguam mewakili Kamal, Abdul Hadi Mohamad Salleh, menjelaskan kes sepatutnya melalui prosiding hakam, namun berlaku persetujuan untuk lafaz cerai dilakukan.

“Pada hari ini, mereka sah bercerai talak raj’ie pada pukul 12.56 tengah hari dengan kebenaran mahkamah di hadapan hakim.

“Kamal masih menaruh harapan. Talak raj’ie memberi ruang rujuk sepanjang tempoh idah.

“Dalam tempoh ini, beliau masih boleh berusaha sekiranya jodoh masih ada. Jika sebaliknya, itu bermakna sampai di situ sahaja hubungan mereka,” jelasnya.

Terdahulu, Kamal dan Uqasha sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Isnin.

Lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie Puan Siti Noraini Mohd. Ali selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkan Uqasha mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Mahkamah turut memerintahkan Uqasha menjalani tempoh idah selama tiga kali suci bermula tarikh lafaz talak serta mendaftarkan perceraian pasangan tersebut.

Untuk rekod, Uqasha memfailkan permohonan perceraian pada 1 Oktober tahun lalu atas alasan tiada persefahaman.

Pasangan selebriti itu mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, dilahirkan pada 27 April 2024.  

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 12-1-2026 03:55 PM
Bila manusia letak Allah di bawah dan meletak manusia lain dan dunia di atas dlm kehidupan mereka

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2026 07:53 AM GMT+8 , Processed in 0.415334 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top