CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ahmad Zahid Hamidi bebas, tidak boleh didakwa lagi – Peguam Negara

12-1-2026 03:49 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2428| Komen: 28

 


KUALA LUMPUR – Keputusan Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan tiada tindakan lanjut (NFA) kes melibatkan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bermakna Timbalan Perdana Menteri itu bebas dan tidak boleh didakwa lagi.

Peguam Negara, Tan Sri Mohd. Dusuki Mokhtar berkata, keputusan itu bukan secara suka-suka
setelah dibuat dengan penelitian menyeluruh terhadap hasil siasatan dan penilaian pendakwaan berdasarkan Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kuasa kepadanya untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan sebarang prosiding.

“(Ahmad Zahid) bebas secara muktamad, mutlak tiada masalah. Jadi, beliau tidak boleh didakwa lagi. Kita menggunakan kuasa di bawah undang-undang apabila melihat enam representasi. Saya bertindak bukan atas suka-suka, ia adalah berdasarkan fakta undang-undang yang dibangkitkan,” katanya kepada pihak media selepas Majlis Pembukaan Tahun Perundangan 2026 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini hari ini.

Pada 8 Januari lalu, AGC memutuskan NFA terhadap Presiden UMNO itu dalam kes melibatkan 47 pertuduhan berkaitan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi.

Keputusan itu susulan penelitian terhadap keseluruhan siasatan dan keterangan baharu
selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 September 2023 mengumumkan DNAA
terhadap Ahmad Zahid atas pertuduhan itu.

Disoal pendakwaan kes berkenaan mempunyai prima facie, Mohd. Dusuki berkata, pihaknya
menggunakan kuasa diperuntukkan di bawah undang-undang serta penelitian lanjut terhadap
siasatan.

Beliau berkata, terdapat pelbagai aliran kewangan dan isu utama yang dikenal pasti yang
akhirnya melemahkan kes pendakwaan.

“Oleh itu, kuasa digunakan untuk tidak meneruskan pendakwaan kerana keadaan dan fakta kes telah berubah.

“Siasatan yang dijalankan adalah komprehensif. Ketika pertuduhan terhadap Ahmad Zahid
difailkan sebelum ini, terdapat beberapa kekurangan dalam siasatan pada peringkat awal.

“Persoalan mengenai prima facie dikaji semula kerana fakta-fakta baharu telah diteliti semula. Keadaan ini menjadikan kes tersebut tidak lagi diteruskan. Namun demikian, keputusan hakim
berhubung kewujudan prima facie tetap dihormati,” katanya.

Beliau berkata, terdapat juga kes-kes lain apabila tertuduh telah dipanggil membela diri dan disabitkan di Mahkamah Tinggi, namun apabila dibawa ke Mahkamah Rayuan, mahkamah
menilai semula keseluruhan kes dan mendapati terdapat keperluan untuk mengurangkan hukuman.

“Situasi sebegini bukan sesuatu yang luar biasa dalam proses kehakiman.Oleh itu, pandangan keputusan ini dibuat secara suka-suka adalah tidak tepat. Keputusan yang diambil adalah berdasarkan undang-undang, fakta kes dan tidak memungkinkan kes diteruskan kerana kes dilute (kes lemah),” katanya. 


Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kitty_catz 12-1-2026 04:25 PM
so tajadi tawen la dgn paspispus gicu?
Quote pocongkiutss 12-1-2026 04:28 PM
Hahahahaha..what a joke

Quote ayahibu85 12-1-2026 04:34 PM
akhirnya tercapai matlamat wak jait
lepasni boleh bersara dengan aman
Quote Skuau 12-1-2026 05:36 PM
BOLEH LA PENGECATBINTANG JOGET PAK MAON DGN WAK...sambil nyanyi...SAPA SOKONG PENYAMUN...
Quote FOTHER-MUCKER 12-1-2026 05:42 PM
Lebih kurang begini lah mungkin. Semoga semakin ramai politicians seperti tukang jahit ini di malaysia!


[youtube]dNg03jFOOHM[/youtube]

https://m.youtube.com/watch?v=dNg03jFOOHM&t=87s&pp=0gcJCU0KAYcqIYzv
Quote Burong_Hantuk 12-1-2026 05:53 PM
Bebas kat dunia jer wak jahit
Quote imanjannah 12-1-2026 05:56 PM
Quote FOTHER-MUCKER 12-1-2026 05:56 PM
Edited by FOTHER-MUCKER at 12-1-2026 02:40 AM

Mungkin satu Malaysia sudah termakan nasi kangkang pak jahit
Quote plywood 12-1-2026 09:57 PM
Kitty_catz replied at 12-1-2026 04:25 PM
so tajadi tawen la dgn paspispus gicu?


Quote kemaruk 12-1-2026 10:25 PM
sebahagian dari team baik
Quote Tinot7 12-1-2026 10:33 PM
Pengecattaikbintang tanak bg sepatah dua kata ka?
Quote Skuau 12-1-2026 11:13 PM
Tinot7 replied at 12-1-2026 10:33 PM
Pengecattaikbintang tanak bg sepatah dua kata ka?

dia tgh joget pak maon dgn wak tu...
Quote hmmlantakko 12-1-2026 11:25 PM
Skuau replied at 12-1-2026 11:13 PM
dia tgh joget pak maon dgn wak tu...

kah3..

bebas di dunia je. dunia ni yg jahat berkuasa lah
Quote lostnfaun 13-1-2026 07:54 AM
Punya beria dulu PH kata mcm² kat Zahid sudahnya satu pun tak betul. Kiranya PH memang keje menipu rakyat la yer...

Apa perasan hakim yang putuskan kes nie ada prima facie gaknya. Macam tue jer AGC sailang hakim yang dah bertungkus Lumus mengadap kes nie.
Quote supernaturalee 13-1-2026 08:25 AM
lostnfaun replied at 13-1-2026 07:54 AM
Punya beria dulu PH kata mcm² kat Zahid sudahnya satu pun tak betul. Kiranya PH memang keje menipu  ...

hakim naik gaji tahun ni

penjawat awam biasa total naik 15%

hakim2  double eh...30%!!
Quote Minami2013 13-1-2026 08:29 AM
ayahibu85 replied at 12-1-2026 08:34 AM
akhirnya tercapai matlamat wak jait
lepasni boleh bersara dengan aman

Alhamdulillah kalo bersara. Meols nmpak mcm tak cukup lagi tu kumpul reta dan kuasa di dunia. Kurang2 aim jadi PM sepenggal.
Quote Tinot7 13-1-2026 08:33 AM
Skuau replied at 12-1-2026 11:13 PM
dia tgh joget pak maon dgn wak tu...

LOL
Quote IzzahF 13-1-2026 08:49 AM
gituhhh mendonia wak jahhidd. joget ronggeng la leluhur totoq menyambut kebebasan sedara depa
Quote vanilacup 13-1-2026 10:00 AM
Biarlah akhirat yg menghukum apa yg tidak betul dan tidak adil di dunia ni kerana itulah sifat dunia yang tiada akan beri kesamarataan atau berlaku telus dlm penghakiman sebab ia dijalankan oleh manusia..
Mahkamah Allah adalah jawapan kpd segala-galanya...

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2026 12:30 AM GMT+8 , Processed in 0.049998 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top