|
Pelakon Nad Zainal mempersoalkan mengapa perlu malu untuk memakai barangan yang murah kerana dia juga sama seperti orang biasa yang lain yang suka berjimat. Menerusi perkongsian di Threads, Nad berkata pelakon adalah kerjayanya namun apabila di rumah dia wanita yang perlu menguruskan anak serta suami. “Kenapa perlu saya malu pakai benda yang murah? saya hanya bekerja sebagai pelakon, saya balik rumah, saya hanya Farah Nadia yang perlu urus anak anak dan suami,” katanya. Tambah Nad lagi, tidak kisah apa pun kerjaya seseorang itu baginya pasti ramai yang sukakan benda yang murah dan jika ada promosi mahupun jualan murah. “Tak kisahlah kerja apa pun, rasanya ramai je suka benda murah, harga promo, juala murah,” katanya. Perkongsian Nad itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji cara pemikiran aktres berkenaan sekaligus dapat mendidik orang ramai untuk tidak berbelanja mahal terutama untuk perayaan. Terdahulu, Nad memilih untuk tidak berbelanja secara berlebihan sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri pada Mac ini. Nad berkata dia mahu berjimat pada tahun ini serta menyimpan untuk keperluan anak-anak yang bakal memulakan sesi persekolahan tidak lama lagi. Sumber: Rotikaya
|
pocongkiutss replied at 12-1-2026 04:27 PM
Sheols mcm obses dgn laki skrg kan
sukanyanyi replied at 12-1-2026 04:39 PM
Sanggup buang kwn2 sbb heols.. yela tu kot.. ensem kot bg dia.. pdhal heols antara plakon yg meols ...

pocongkiutss replied at 12-1-2026 04:45 PM
Haha iols minat ungku nyah..zaman2 TLU
Tp jgn bg dia mengarah..haukkkkk

Vanillah replied at 13-1-2026 11:14 AM
Sembang… baru ni ada video tunjuk acik ni pakai beg gucci. Tu apa plak? Pang pung pang nak justify ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
8-2-2026 09:42 PM GMT+8 , Processed in 0.104349 second(s), 44 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.