CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jual 23,674 Hidangan Sehari, Restoran Bumbu Babah Milik Ajak Shiro Terima Pengiktirafan Malaysia Book Of Records

12-1-2026 12:20 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1921| Komen: 35

 



Pelawak dan usahawan Ajak Shiro meluahkan rasa syukur restoran Bumbu Babah miliknya menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records apabila berjaya menjual nasi padang paling banyak dalam sehari iaitu 23,674 hidangan.

Memetik Oh Bulan, Ajak berkata pada awalnya dia hanya memberi sokongan terhadap minat anaknya dalam dunia perniagaan namun tidak sangka Bumbu Babah mencapai kejayaan luar biasa.

“Saya memang tak terfikir pun Bumbu Babah akan berjaya sampai ke tahap ini. Pada awalnya, niat saya cuma untuk melayan anak saya yang ingin berniaga.

Saya pun tertanya-tanya sama ada jual nasi padang ini okey atau tidak sebab menu nasi padang bukan makanan harian kita, walaupun kita biasa dengar.

“Saya tak sangka dalam masa satu tahun satu bulan, kami berjaya mencatat rekod sebanyak 23,674 hidangan dalam satu hari. Jadi saya sangat bersyukur atas sokongan pelanggan-pelanggan kami,” katanya.

Sementara itu, Ajak turut meluahkan rasa syukur dengan jualan yang diraih kini pernah melebihi RM40 juta sebulan dan mempunyai 40 cawangan.

“Bumbu Babah bermula dengan satu outlet sahaja dengan jualan sekitar RM200,000 sebulan. Sekarang, apabila sudah mencapai 40 outlet, jualan bulanan kami pernah melebihi RM4 juta sebulan.

“Malah hampir mencecah RM5 juta untuk satu bulan. Kami berharap pencapaian ini akan berterusan sehingga mencapai 100 outlet pada masa akan datang,” katanya.

Sumber: Oh Bulan,Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alesandra 12-1-2026 12:27 PM
sapa business partner dia?betulke cina?
Quote auza_chiyoko 12-1-2026 12:53 PM
sorri...xberapa sedap.....maybe bagi tekak org lain ok...
Quote MistrezHermanaz 12-1-2026 01:02 PM
alasan tu dh mcm soeb pulak, kedai soeb tu kan sbb melayan kan mateen nk berniaga
Quote fattymah 12-1-2026 01:35 PM
Kawan iols kata  sapa pun nak masuk mbr ni bayar je ah.. tak sikit taw
Quote ibu_haritz 12-1-2026 01:41 PM
auza_chiyoko replied at 12-1-2026 12:53 PM
sorri...xberapa sedap.....maybe bagi tekak org lain ok...

samalah..mcm ade yg kurang..
Quote noorhairiahma 12-1-2026 01:57 PM
Sesekali makan, bolehlah.

I makan tak suka letak banyak kuah, suka kering2 macam tu.

Haritu i order, dia letak lauk2, letak sambal, letak terus kuah, banyak pulak tu. Dah serupa banjir. Bagi i, kurang dekat situlah. First time try, jadinya tak tahu pulak caranya macam tu.

Dah tekal segala lauk, sayur and sambal, ada pulak sebiji telur. Tak tahu nak makan macam mana. Maksudnya i dah ada ayam, dah ada urat, ni tetiba ada telur rebus. Sudahnya telur tu i tak makan. I bagi partner i makan.

Sambal bagi i okay je. Ada pedasnya. Cuma banyak minyaklah. Memang sambal kena ada minyak tapi sambal2 dia minyak meladung. Sudahnya minyak sambal tu jadi kuah pulak dekat nasi i. Spoil lagi dekat situ.
Quote easy81 12-1-2026 02:16 PM
auza_chiyoko replied at 12-1-2026 12:53 PM
sorri...xberapa sedap.....maybe bagi tekak org lain ok...

Ye.. samalah takleh lawan sari ratu..
Sambal pedas amat.. begelen kene minum air.
Yang buat lagi potong, beli lauk separate siap timbang2..macam berkira sangat jual makan..
Quote csham 12-1-2026 02:18 PM
Baru first time try..skali masin ya ampun.. terung mason, boleh kata majoriti lauk dia masin. First n last !Aku pi kt ecomajestic branch.
Quote talapia 12-1-2026 02:18 PM
noorhairiahma replied at 12-1-2026 01:57 PM
Sesekali makan, bolehlah.

I makan tak suka letak banyak kuah, suka kering2 macam tu.

and lagi spoil minyak sambal tu pedas weh.

first time aku makan berair2 hidung. apa entah yg pedas sangat.
pastu anak aku lak gi makan.. aku dah pesan siap2 pedas. so dia alert. baru dia perasan yg pedas tu sambal tu.. minyak2 tu
bole tak kita request taknak kuah.. or asing kuah n sambal?
klau budak2 mcm mana?
lauk2 dia.. aku suka daging kering dendeng ke apa nama.
daging nipis garing.. lawan sambal merah.
apa ntah sedap sangat daging tu. crispy dan berperisa.
Quote alien88 12-1-2026 02:20 PM
hebat juga kedai ajak ni.. hrp jgn jd mcm soeb la, buka kedai kemain byk, alih2 skrg nk cari 1 cawangan bubblebee pon susah
Quote babelina 12-1-2026 02:54 PM
waaaahhh.. elok la bniaga retis2 nie.. demi masa depan..
Quote cik_ingeniare 12-1-2026 03:05 PM
Husband iols ada beli semalam, dia kata kena dgn tekak dia tp iols idok ler merasa sebab tak berapa kena dgn selera nasi padang
Quote prince_marhaen 12-1-2026 03:26 PM
To enter the Malaysia Book of Records (MBR), you must email them at [email protected] with details of your extraordinary achievement, and if it's a new record, they'll assign a consultant to guide you through the application, proposal, and validation process, which involves proving your feat with evidence like photos and videos, leading to a panel review and potential offer letter for official recognition, with fees only due upon acceptance. ....
'with fees' nok... bayar je. Kau nak buat record kedai paling hauk pun boleh nok. Bayar je. Hehe. Nak bagi nampak grand kan.
Share partner heols ramai datuk2 pencen kan...sebab tu mudah dapat kat putrajaya...haritu opening pun ada ex-pegawai JUSA yang launch...


Quote bottombikini 12-1-2026 06:23 PM
kalau compare dgn ayam penyet
tekak iols prefer nasi ala2 bumbu babah ni lagi
tapi sayo kobis tu mcm tak kena
bagi la choice sayo lain
Quote rosmahisham 12-1-2026 09:01 PM
Edited by rosmahisham at 12-1-2026 09:20 PM

Perasan sejak 2 menjak g mkn nasi padang yg mur2 mmg  nasi diisi kuah lemak kobis ala2  kuah lodeh tu eh?tak suka nya iols..  g ampera raya cam tu ,bumbu babah cam gitu jgk..zmn Sederhana,Sari Ratu mendonia dulu2 mkn berhidang..x de pulak gigih berlemak kuning kobis tu..mkn dulu kering2 je dgn rendang minang,ayam pop,dgg dendeng dll..klu sayur pon sayur lemak nangka yg warna coklat2 sikit..klu dah kuah kuning lodeh tu berlenamg dlm pinggan mana nk sdp..lg2 dpt kuah yg x de rasa..tawar je..mmg terus jd x sdp!auto rasa nasi benyek je.
Quote sfrnna 12-1-2026 09:13 PM
Bisnes dia ni maju sbb tak bukak kedai besar2 sebijik tg senang sendu. Dia buat kat food court yg mmg org ada byk pilihan & dia nampak menyerlah disitu
Quote Nurkaseh01 12-1-2026 09:29 PM
Iols je ke rasa nasi padang dia sedap hahaha makan gulai tunjang bertambah2
Quote evlinne 12-1-2026 09:51 PM
X pernah rasa dan x berminat sbb bisnes shady
Quote tukul 12-1-2026 10:16 PM
auza_chiyoko replied at 12-1-2026 12:53 PM
sorri...xberapa sedap.....maybe bagi tekak org lain ok...

Sangat x sedap u.... sampai tahap rasa nyesal pilih kedai ni

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2026 08:47 AM GMT+8 , Processed in 0.172266 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top