CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Dah Hampir Sampai Ke Penghujung, Kalau Dah Tiada Jodoh Tuhan Saja Tahu” - Kamal Adli Kini Pasrah

12-1-2026 11:05 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2427| Komen: 28

 



Pelakon Kamal Adli berkata dia sudah pasrah serta menyerahkan soal jodohnya bersama aktres, Uqasha Senrose kepada ketentuan Allah dalam prosiding hakam yang berlangsung hari ini.

Memetik Utusan Online, Kamal berkata apabila sudah sampai ke prosiding hakam sekaligus menandakan perkahwinan mereka kini berada di pengakhiran.

“Hari ini prosiding hakam pertama. Sejujurnya saya pun tidak tahu hendak berkata apa lagi.

“Saya tidak berani mengulas lebih lanjut. Apabila sudah masuk prosedur hakam, sebenarnya ini sudah di hujung-hujung,” katanya.

Sementara itu, Kamal berkata dia sudah berusaha untuk mempertahankan rumah tangga mereka yang dibina selama empat tahun itu.

“Kalau tiada jodoh, Wallahualam (Allah sahaja yang tahu). Kita tengok bagaimana nanti.

“Tetapi saya sudah cuba sehabis baik dari awal lagi. Saya sudah berusaha untuk mempertahankan perkahwinan ini dan kini hanya menunggu proses hakam,” katanya.

Sumber:  Utusan Online , Rotikaya
 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 12-1-2026 12:03 PM
Dah lah Mal. Orang tu mmg dah tak nak. Klu x cerai pon, bila balik umah nanti mesti awkward. Pastu nanti cerai jugak. Kenapa nak buang masa, buang duit lagi untuk semua tu?
Quote Farnor 12-1-2026 12:37 PM
All the best kamal.. For uqaira juga.
Quote zuriey 12-1-2026 12:49 PM
Lps ni bt live dpt la gift paus singa
Dpt jadi duta sana sini
Acik2 tiktok dah berlendir tgk ko

Quote babelina 12-1-2026 12:50 PM
Apa pn yg berlaku nanti.. hrp2 ank tu dpt sama2 jaga.. kesian bdk tu kecik lg.. jgn la di tamak2kn ank tu.. sama2 la bg kasih syg..
Quote BungaKencana 12-1-2026 01:01 PM
pendapat aku, kau lepaskan je Uqasha tu.. nnt cari bini lain cari yg bukan artis atau pun yg terlibat dgn industri..
Quote MatDeghem 12-1-2026 01:08 PM
zuriey replied at 12-1-2026 12:49 PM
Lps ni bt live dpt la gift paus singa
Dpt jadi duta sana sini
Acik2 tiktok dah berlendir tgk ko

Haha. Jijik Tau perkataan... berlendir.

Harap jakel nanti kenenkan retis yg Masih single jadi teman sekerja untul pomot baju Raya....

Retis2 single pun boleh offer buat music video...tapi retis2 sangkak miskin main jauh2 ye. Hanya yg old money aje boleh rapat.

Kita wait & see...si Kamal lembab tok di pergunakan tak.

Untung lah lepas ini sapa yg dapat Kamal....
Quote asfaz 12-1-2026 01:12 PM
Semoga Uqa tak ikut jejak DD,beria mintak cerai,lastnya rujuk walaupun cerai jgk akhirnya
Quote Farnor 12-1-2026 02:10 PM
Edited by Farnor at 12-1-2026 02:12 PM

Semoga tabah.
Quote freyayong 12-1-2026 02:22 PM
takziah kamal..
Quote 3chanceno 12-1-2026 03:15 PM
Muka Kamal semasa peguam dia kasi pengesahan dah bercerai lepas keluar bilik mahkamah. Cam menahan airmata semasa video tu meols tengok.

Selepas sah bercerai nie, kisah yang uqa kena pukul dengan kemal deli nie diteruskan atau camna eh? Maksudnya konfem kena pukul ke?
Quote goldden 12-1-2026 03:21 PM
3chanceno replied at 12-1-2026 03:15 PM
Muka Kamal semasa peguam dia kasi pengesahan dah bercerai lepas keluar bilik mahkamah. Cam menahan a ...

kurus dah kemal
Quote akies 12-1-2026 03:26 PM
Kesian lak tgk kamal.
usah dirayu pada yang tak sudi.
Harap dia bertabah
Quote kucingitam 12-1-2026 03:34 PM
takpe Kamal, u deserve better.
Quote makiting 12-1-2026 03:35 PM
yang ni berharap nak bersatu kembali

yg lagi satu tu yg lelakinya mcm berkerat rotan tak nak langsung..

masing2 ada perasaan dan cerita masing2...
Quote hokeypokey 12-1-2026 03:44 PM
dia dh tanak ko, dia dh ada org lain dh tu..
Quote Miejaaa 12-1-2026 03:50 PM
MatDeghem replied at 12-1-2026 01:08 PM
Haha. Jijik Tau perkataan... berlendir.

Harap jakel nanti kenenkan retis yg Masih single  ...

Hahahaaa terus terbayang ulangan scene 2025.
Puasa next month, sempat lagi Jakel cari partner untuk KA ni.
Quote noor2 12-1-2026 03:53 PM
Manusia ni hati mmg berubah2..cepat jemu..cepat terluka..huhu..cepat lupa juga
Quote awenda507 12-1-2026 03:54 PM
Move on je kamal. Xyah nk harap ruang utk rujuk sbb uqa punya la tak sudi nk hidup dgn kamal dah. No turning back kekdahnya
Quote boudinniA 12-1-2026 03:56 PM
Nanti adalah perempuan2 buat video nak kahwin dengan heols.

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2026 06:04 AM GMT+8 , Processed in 0.118833 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top