CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Mama tak kelip mata" - Kehadiran Syed Saddiq, Bella di konsert Siti Nurhaliza curi tumpuan

12-1-2026 10:35 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2626| Komen: 29

 



Kehadiran Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersama ahli keluarganya di Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil mendapat perhatian ramai.

Menerusi satu hantaran di platform TikTok pada Ahad, beliau berkongsi pengalaman membawa ibunya, menghadiri konsert biduanita negara itu malam tadi.

Dalam video yang dimuat naik dengan kapsyen “POV: You bring your mum pergi concert Tok Ti”, Syed Saddiq memaklumkan ibunya 'tidak berkelip mata' sepanjang persembahan penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, yang merupakan idola ibunya sejak dahulu.

"Idola sepanjang hayat dia, di atas pentas Datuk Seri Siti Nurhaliza," tulis Syed Saddiq.

Lebih menarik perhatian, beliau turut merakamkan penghargaan kepada pelakon dan penyanyi, Bella Astillah kerana membantu memastikan kehadiran mereka ke konsert berkenaan, yang menyaksikan puluhan ribu peminat berhimpun meraikan tiga dekad perjalanan seni Siti Nurhaliza.
"Terima kasih Bella Astillah kerana merealisasikan hal ini," katanya.

Dalam masa sama, peminat juga teruja ternampak Syed Saddiq dan Bella menaiki LRT menuju ke stadium sebelum itu.

Dalam pada itu, hantaran tersebut menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen yang memuji sikap hormat dan kelembutan Syed Saddiq terhadap ibunya.

Ada yang menyifatkan gaya beliau hadir ke konsert itu sebagai “cara sopan BASS dating”, selain menyatakan rezeki ibunya yang dibantu “bakal menantu” dalam menyelesaikan urusan tiket.

Turut mencuri perhatian, komen netizen yang menyamakan raut wajah Bella Astillah dengan Siti Nurhaliza, sambil menganggap pertemuan dan aturan kehidupan itu sebagai sesuatu yang indah.

"Mama peminat tegar Tok Ti, Allah hadirkan bakal menantu wajah iras Tok Ti, aturan Allah itu cantik. Masya Allah," tulis seorang pengguna Threads.

Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza: Passion, Sincere and Love menjadi penanda usia karier seninya yang kini menjengah tiga dekad yang menyaksikan Siti Nurhaliza mempersembahkan lagu-lagu popularnya dari setiap era.

Sumber : Astro Awani


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kayujaras 12-1-2026 10:53 AM
siapa iras siti? Bella??
Quote nuhanis 12-1-2026 11:07 AM
ok lettew, nanti mama dapat menantu kembar tokti

Quote Binodino 12-1-2026 03:48 PM
Bakal menantu iras tokti tp versi jongang + katik.

Dan manipulative, play victim, insecure.

Good luck lah, dicky kalau itu pilihan kau.
Quote Aribaariba 12-1-2026 04:44 PM
89007.jpg 94093.jpg 88804.jpg 93505.jpg

Oohhh...camni la muka tokti yang sebenarnya... Noted
Quote Hoola 12-1-2026 04:46 PM
ye la ye la...nnti xberkelip matatgk menantu pula.. seiras DCT bak kata seluruh rkyt msia
Quote anne_t 12-1-2026 05:06 PM
curi tumpuan sape??
Quote BungaKencana 12-1-2026 05:28 PM
yg pasti tokti tak sebut dorang berdua kt situ... lalalalalalla
Quote LaskarHijayu 12-1-2026 05:31 PM
Amende korang ni bella iras siti? Bella tu iras selena gomez okkeyhhhhh
Quote ms.thepooh 12-1-2026 05:52 PM
Binodino: Bakal menantu iras tokti tp ve ...
tokti versi temu.....beli masa sales clearance,alih2 dtg versi fufu...
Quote bottombikini 12-1-2026 06:04 PM
begitu dia memuja manusia.....
Quote sukanyanyi 12-1-2026 08:01 PM
Iras tu bila guna mekap trick tertentu jer, filter tertentu, amik gambar angle tertentu.. tp bakat, walau guna mic mahal ade autotune pun erm jauh skali nk sama...
Quote Minami2013 12-1-2026 08:59 PM
Entah ape la keluar sekejap boleh namakan sadiq ni man of the year dlm pov politik. Sepanjang tahun 2025 berkepit dgn mak janda dan berkepit dgn mak.

Apa impact besar dia sebagai politikus selain drpd kes mahkamah berkaitan songlap dana.
Quote NuansaBiru 12-1-2026 09:20 PM
Minami2013 replied at 12-1-2026 08:59 PM
Entah ape la keluar sekejap boleh namakan sadiq ni man of the year dlm pov politik. Sepanjang tahun  ...

Huhhhh? Seriously?
Apa saja lah pencapaian politiknya taun 2025, selain dari jadi bahan pujaan penggemar konten2 berlendir dgn mak janda? Jika visibility & populariti di media sosial (yg sebahagian besarnya tiada kaitan langsung dgn hal2 politik) itu dianggap satu kejayaan dan penentu kalah/menang di peti undi, maka next pru, pemimpin2 parti, yg buat kerja di peringkat akar umbi, sila ke tepi belaka, biar alep sukri, tok bidah, cik epal, dan segala influenzah otak udang saja yg bertanding....makin meletop2 di sosmed (tak kira positif atau negatif) makin naik saham sebagai ahli politik hebat, thed thadiq dah buktikannya dan dah diiktiraf KS pun   
Quote mehmet 12-1-2026 10:13 PM
Muka ber subtitles. On ke real dgn si Siti vers temu ?
Quote patchipink 12-1-2026 10:37 PM
Aribaariba replied at 12-1-2026 08:44 AM
Oohhh...camni la muka tokti yang sebenarnya... Noted

hitam berkerak bethol ruas-ii jari sheols yachh ;
Quote AWEKSAMURAI 12-1-2026 11:12 PM
patchipink replied at 12-1-2026 10:37 PM
hitam berkerak bethol ruas-ii jari sheols yachh ;

Takkan kemcing manis.. org kata kalau gula tinggi pelipat jari kita akan hitam2 tu tanda gula tinggi .. leher berkerak hitam .. muka berkerak..
Quote Minami2013 12-1-2026 11:46 PM
NuansaBiru replied at 12-1-2026 01:20 PM
Huhhhh? Seriously?
Apa saja lah pencapaian politiknya taun 2025, selain dari jadi bahan pujaan pen ...

Kannn.. yg pasti bukan KJ la yg ckp

Quote timah03 13-1-2026 02:39 AM
Berhabis berpuluh ribu dah...kalau tak di ajak kahwin gak,tak tahu la erk...
Quote gideoncross 13-1-2026 03:11 AM
ms.thepooh replied at 12-1-2026 05:52 PM
tokti versi temu.....beli masa sales clearance,alih2 dtg versi fufu...

Trgelak bsar iol sorg2 time2 pgi buta camni hahahaha

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2026 11:17 PM GMT+8 , Processed in 0.200728 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top