CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Daiyan Trisha kesal, difitnah tukar agama

9-1-2026 05:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 742| Komen: 8

 



Penyanyi dan pelakon, Daiyan Trisha tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap individu tidak bertanggungjawab atas fitnah kononnya dia sudah bertukar agama.

Daiyan, 32, menyifatkan perbuatan tidak bertanggungjawab itu sebagai melampau dan memalukan keluarganya sehingga ada yang bertanyakan kesahihan perkara itu kepada orang tuanya.

"Sekali lagi (fitnah itu) keluar, memang kita akan lapor kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan ambil tindakan ke atas akaun itu.

"Saya sudah berbincang dengan pasukan saya mengenai perkara ini. Setakat ini akaun itu tidak muncul lagi, namun jika ia berulang, tindakan undang-undang akan menyusul," katanya kepada Harian Metro. 

Menurut pelakon drama Projek: High Council itu, dia pada mulanya enggan memberikan perhatian kepada isu itu kerana menganggapnya sebagai sesuatu yang mengarut.

Bagaimanapun, tindakan individu itu yang menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) untuk menyebarkan fitnah berat itu mula mengganggu emosi keluarganya.

"Saya tak suka sebab orang dah mula tanya keluarga saya, 'Eh, Daiyan dah tukar agama?'. Ia sangat memalukan keluarga saya.

"Keluarga saya tahu perkara itu tidak betul, cuma mereka sedih bagaimana anak mereka boleh terpalit dengan fitnah seberat itu. Ia sangat teruk," katanya.

Mengulas mengenai dalang di sebalik akaun itu, Daiyan mendedahkan hasil siasatan peminatnya mendapati akaun berkenaan mempunyai kaitan dengan lokasi di luar negara.

"Ada peminat buat kajian sendiri untuk mengesan akaun itu. Walaupun menggunakan nombor telefon Malaysia, namun lokasinya dikesan berada di luar negara. Ia sangat mencurigakan," katanya.

Dalam pada itu, Daiyan turut meluahkan kebimbangan mengenai penyalahgunaan teknologi AI yang kini digunakan untuk tujuan memudaratkan seperti mengubah identiti agama dan menjatuhkan maruah artis.

"Saya faham AI boleh digunakan untuk kebaikan, tetapi apabila digunakan tanpa tanggungjawab sehingga mengganggu prinsip hidup dan menggantikan bakat manusia, itu sesuatu yang saya sangat tidak suka.

"Gunakanlah minda sendiri dan buatlah kajian dengan lebih berhemah serta bertanggungjawab," katanya.

Sumber : Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 9-1-2026 09:06 PM
Taktik sifu marketing?
Mcm uyaina mendakwa disuruh masuk club?


Quote prince_marhaen 12-1-2026 08:13 AM
Hujung2 kau yang create cerita tu... hihihi.. nak kekal relevan kan..
Quote jelita_millie 12-1-2026 08:46 AM
ke geng konoha.. ada sorg mcm celebrity ke artist mak taktau la tak kenal org skrg... tapi ada kat tiktok tak habis2 tulis tukar agama.. member tu elok je islam... ada org kata tektik konoha.. jahatlah buat main mende mcm ni..
Quote LadyCarefree 12-1-2026 09:05 AM
Kepercayaan bukan boleh dipaksa. Tak gitu?
Quote fifie_olin 12-1-2026 09:36 AM
daiyan ni yg lain2 ok je
just dressing melampau seksinya
Quote DeLuna85 12-1-2026 10:20 AM
Hal agama pun dibuat main.
Quote IzzahF 12-1-2026 10:24 AM
kat mana org pitenah dia tu? kat pesbuk ke apa
Quote pocongkiutss 12-1-2026 10:40 AM
Masalahnya kat mana tu .xde pulak lalu kt TL iols

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 05:04 PM GMT+8 , Processed in 0.155109 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top