CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mesut Ozil jumpa Perdana Menteri, sentuh isu Gaza dan kuasa penyatuan bola sepak

9-1-2026 05:17 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1395| Komen: 8

 



Kuala Lumpur: Bekas bintang Arsenal dan Real Madrid Mesut Ozil berkongsi detik pertemuannya bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyentuh isu kemanusiaan, perpaduan dan peranan sukan dalam membentuk solidariti global.

Pertemuan itu turut disertai oleh Bilal Erdogan iaitu anak lelaki Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, dengan perbincangan tertumpu kepada isu umat Islam serta tragedi kemanusiaan yang sedang berlaku di Gaza dilihat terus mencetus kebimbangan masyarakat antarabangsa.

Ozil yang terkenal lantang bersuara mengenai isu kemanusiaan berkata, pertemuan berkenaan membuka ruang dialog mendalam berkaitan penderitaan rakyat Palestin dan tanggungjawab bersama dunia Islam dalam memperjuangkan keadilan serta keamanan sejagat.

Selain isu geopolitik, perbincangan turut menyentuh kuasa penyatuan bola sepak sebagai medium merentas sempadan, budaya dan latar belakang, sekali gus mampu menjadi alat penting dalam menyemai nilai kemanusiaan.

Menurut Ozil, sukan bukan sekadar hiburan atau persaingan, sebaliknya mempunyai pengaruh besar terhadap masyarakat, khususnya dalam membentuk sikap empati, disiplin dan semangat kebersamaan.

 Beliau turut menekankan peranan golongan muda sebagai ejen perubahan, dengan bola sepak dan sukan secara umum mampu menjadi platform mendidik generasi baharu mengenai nilai perpaduan dan solidariti global.

"Kuasa sukan mampu menyatukan manusia tanpa mengira bangsa dan agama. Ia bahasa sejagat yang boleh membawa mesej keamanan," kata Ozil dalam perkongsiannya di laman X.

Ozil juga merakamkan penghargaan kepada Anwar atas kesediaan berkongsi pandangan dan membuka ruang perbincangan mengenai isu kemanusiaan yang kian meruncing di Gaza.

Pertemuan itu dilihat sebagai simbol hubungan antara sukan, kepimpinan dan perjuangan kemanusiaan, selain menunjukkan bagaimana tokoh sukan berprofil tinggi mampu memainkan peranan di luar padang.

Terdahulu, Perdana Menteri dalam rangka lawatan rasmi ke Turkiye sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh hubungan dua hala Malaysia-Turkiye, yang sudah terjalin sejak sekian lama.

Sumber : Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 9-1-2026 07:51 PM
Gambar pon macam AI..
Quote ZORRO5555 9-1-2026 08:07 PM
Drama.....
Quote L.U.S.M 10-1-2026 01:36 PM
asik berjalan overseas je

Banjir dlm msia ni bang non ada turun tgk x eh...
Quote Skuau 10-1-2026 02:41 PM
Edited by Skuau at 10-1-2026 03:59 PM
L.U.S.M replied at 10-1-2026 01:36 PM
asik berjalan overseas je

Banjir dlm msia ni bang non ada turun tgk x eh...


"kenapa nak pi tempat banjir...kalau pi Turkiye lg best..."-pengecat taik.
Quote Decaffeinated 10-1-2026 02:48 PM
Picisan
Quote L.U.S.M 10-1-2026 08:35 PM
Skuau replied at 10-1-2026 02:41 PM
"kenapa nak pi tempat banjir...kalau pi Turkiye lg best..."-pengecat taik.

Tersembur air aku minum

Quote prince_marhaen 12-1-2026 08:19 AM
All out jumpa selebriti sana sini... biasa orang jumpa country leader je...
Quote lipans 12-1-2026 02:23 PM
Siap la ozil, dia akan selalu call.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2026 06:15 AM GMT+8 , Processed in 0.163782 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top