|
Putrajaya: Seramai 1,053 pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dipindahkan ke Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) di 22 pintu masuk negara setakat 1 Oktober lalu.
Peralihan itu membabitkan pindah butiran waran penjawatan pegawai JKDM ke AKPS, sekali gus memberi cabaran dari aspek peralihan sumber manusia kepada jabatan berkenaan. Ketua Pengarah Kastam, Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin berkata, walaupun berdepan cabaran kekurangan pegawai, JKDM masih mampu mengekalkan prestasi kutipan hasil yang baik melalui penambahbaikan proses kerja, penyusunan operasi dan penggunaan teknologi. "Seiring dengan pendekatan pengoptimuman tersebut, pelaksanaan agenda pendigitalan, termasuk penggunaan sistem MyCIEDS di seluruh negara sepanjang tahun 2025 telah memperkukuh pengurusan risiko, pemantauan pematuhan serta analisis data perdagangan. "Pendekatan ini membolehkan proses kerja dilaksanakan secara lebih cekap, bersepadu dan berasaskan risiko," katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat JKDM, di sini, hari ini. Dalam konteks sama, beliau berkata, JKDM turut memanfaatkan penggunaan teknologi secara bersepadu dengan kepakaran pegawai bagi meningkatkan keberkesanan pelaksanaan tugas di lapangan. "Selain itu, JKDM turut mengaplikasikan pendekatan bersepadu yang menggabungkan kecerdasan manusia (HI) dan kecerdasan buatan (AI) bagi meningkatkan kecekapan, ketepatan serta keberkesanan pelaksanaan tugas di lapangan," katanya. Menurutnya, pendekatan terbabit keputusan operasi dibuat berasaskan data dan risiko di samping memanfaatkan pengalaman serta penilaian profesional pegawai JKDM. Katanya, pendekatan berteraskan teknologi itu turut diperkukuh melalui pembangunan keupayaan insan menerusi pelaksanaan inisiatif latihan kepada pegawai Kastam. "Pendekatan berteraskan teknologi ini seterusnya diperkukuh melalui pembangunan keupayaan insan, antaranya menerusi pelaksanaan inisiatif Neuro-Linguistic Programming (NLP). "Sepanjang tahun 2025, program ini telah dilaksanakan di seluruh negara dengan penglibatan seramai 65 orang pegawai daripada pelbagai gred," katanya. Dalam perkembangan berkaitan, Anis berkata, JKDM turut memperkasa keupayaan operasi dan penguatkuasaan melalui perolehan aset serta pelaksanaan langkah kawalan di pintu masuk negara. "JKDM turut melangkah ke hadapan dalam agenda transformasi digital melalui perolehan sebanyak 134 unit mesin pengimbas moden berkeupayaan tinggi yang dilengkapi teknologi AI. "Dalam usaha memperkasakan penguatkuasaan di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang, Selangor, JKDM telah melaksanakan pemeriksaan 100 peratus ke atas dagangan import dan eksport bermula 15 November 2023 dengan memanfaatkan teknologi pengimbasan berasaskan AI," katanya. Katanya, langkah strategik ini bertujuan memastikan pematuhan undang-undang serta mencegah kemasukan barangan terlarang. "Pendekatan ini bukan sahaja memperkukuh integriti sistem perdagangan, tetapi juga memastikan kelancaran logistik sekali gus menjadikan Malaysia sebuah hab perdagangan global yang selamat, telus dan kompetitif," katanya. Sumber: Harian Metro
|
wirazam: Apa beza imigresen dan kastam ...
wirazam: Apa beza imigresen dan kastam ...
Kitty_catz: nama sendiri pun kerap naik kk ...
Kitty_catz replied at 12-1-2026 08:23 AM
nama sendiri pun kerap naik kkat ES kan minah ni?
suka nau pakai lipstick kaler gelap2.. cam tak se ...
orkid_amani replied at 12-1-2026 03:16 AM
Ada lg ka tele es tu? Bukan dah terbenam ka? Nak jugak baca skg ni kan tgh panas pasai kes pegawai ...
Kitty_catz replied at 12-1-2026 08:23 AM
nama sendiri pun kerap naik kkat ES kan minah ni?
suka nau pakai lipstick kaler gelap2.. cam tak se ...
sharlenetexas replied at 14-1-2026 09:39 AM
Ni ok lah skit nmpk merahnya. Ri tu dia pakai kaler purple. Acik ko purple.

n3ar replied at 14-1-2026 08:56 AM
sebelum ES kena benam selalu baca pasal minah ni.. katanya dia ni PTD tapi dapat terajui kastam... ...
Kitty_catz replied at 14-1-2026 06:13 PM
kaler pepel nak matchy2 uniform kut.. buwuk nau
tips dia nak cari kaler lipstick seswai kena matc ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
7-2-2026 06:51 PM GMT+8 , Processed in 0.230589 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.