CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Mukanya Bersih, Seolah Tiada Dosa..” – Kak KM Nak Menangis Jumpa Ustazah Asma

9-1-2026 03:57 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2193| Komen: 30

 



Usahawan sensasi Kak KM atau Liana Rosli berkongsikan pengalaman bertemu dengan pendakwah terkenal, Ustazah Asma Harun.

Menerusi satu video tular, Kak KM berkata pertemuan tersebut  membuatkan dirinya sebak dimana ketika itu dia berada di lapangan terbang dan Ustazah Asma menegur serta memeluknya.


“Ustazah Asma Harun tegur dan peluk Kak KM di lapangan terbang, saya rasa nak nangis sebab apa yang orang luar cakap sebenarnya banyak tak betul.

“Walaupun Ustazah Asma ada cakap pasal Kak KM mungkin itu cara dia, kalau dia benci buat apa dia datang dekat aku. Sebenarnya Ustazah Asma sangat baik, comel..mukanya bersih macam tiada dosa,” katanya.

Sementara itu, dalam pertemuan tersebut Ustazah Asma mendoakan agar Kak KM diberikan hidayah serta percaya bahawa usahawan itu seorang insan yang baik.

“Semoga sentiasa dijaga, dipelihara Allah selalu. Kita sama-sama berkumpul di syurga, diberikan petunjuk hidayah. Saya tahu Kak KM orangnya baik dalam dan luar insya-Allah. Jaga diri ya,” katanya.

Sumber:Rotikaya

 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote L.U.S.M 9-1-2026 04:43 PM
Melampaunye ckp seolah xde dosa walhal masing2 tahu hanya nabi yang maksum..

Tp coming from si kilometer ni apa je statement dia yang boleh brain..haha...hmmm
Quote Minami2013 9-1-2026 04:48 PM
L.U.S.M replied at 9-1-2026 08:43 AM
Melampaunye ckp seolah xde dosa walhal masing2 tahu hanya nabi yang maksum..

Tp coming from si kilo ...

Kan.. kalo baby tu boleh la nk terima komen gini.
Quote gekkou 10-1-2026 06:38 AM
erk aku pernah beberapa kali p ceramah dia
dulu la sebelum ustazah menangis teraniya
selective dalam menegur artis
menyebabkan aku menyampah

biasa ja muka nyah
cuma sheols cakap lembut and suka senyum
x de lah nampak aura suci ke tenang ke tak de dosa ke (macam muka baby mulus tulus ke?)
Quote riyadhK 10-1-2026 07:56 AM
Eloklah tu saling menunggang.
Quote Burong_Hantuk 10-1-2026 08:32 AM
Quote bioessence 10-1-2026 08:39 AM
gekkou replied at 10-1-2026 06:38 AM
erk aku pernah beberapa kali p ceramah dia
dulu la sebelum ustazah menangis teraniya
selective dalam ...

Asma ni guna skincare dia kot, live testimony from founder product sendiri wkwkwk ke pg clinic aesthetic mcm founder lain

Yuran pendaftaran kata nya rm5k Dan yuran bulanan RM1.2k utk pelajar tahfiz. Acik kayo.....acik tambah cantik ler

Quote bioessence 10-1-2026 08:42 AM
gekkou replied at 10-1-2026 06:38 AM
erk aku pernah beberapa kali p ceramah dia
dulu la sebelum ustazah menangis teraniya
selective dalam ...

Seriously ko pernah dengar Asmah ni ajar tajwid tak? Jgn masukkan dia baca surah Yg dah di hafal
Quote brunesss 10-1-2026 08:55 AM
bodohnya cara dia judge org tu ada dosa atau tidak, jadi org korea yg glass skin tu tak ada dosa lah ya macamtu kerr?
Quote gekkou 10-1-2026 12:13 PM
bioessence replied at 10-1-2026 08:42 AM
Seriously ko pernah dengar Asmah ni ajar tajwid tak? Jgn masukkan dia baca surah Yg dah di hafal

kelas tajwid tak pernah joinceramah pasal kehidupan aje
masjid tempat aku ni suka jemput ustaz/ ustazah untuk ceramah




Quote anarina 10-1-2026 12:45 PM
Aaaaabodowww
Quote Purestteam1 10-1-2026 12:50 PM
haha..
Quote tukul 10-1-2026 01:18 PM
I pun terjumpa segerombolan kak km dan famili kat epot itu hari...deme nak g japan tu kot...deme tengah beratur kat oriental coffe tu...
Quote doubleA 10-1-2026 01:40 PM
Cuma nabi je maksum tiada dosa. Belajar lagi km
Quote kikyou 10-1-2026 09:57 PM
Kat mana nak dengar dia ajar tajwid?
Quote Lily_Elizabeth_ 11-1-2026 11:00 AM
Bosan dengan dia ni. Kak KM. Cakap lepas.
Quote amyfaha 11-1-2026 11:04 AM
Ade nurrr takde dimuka setajah meeol xnk coment. Cuma nak pecah lubang sikit, setajah mmg kuat ke esthetik buat muka ya sbbtu kulit mukanya cantik. Mmg selalu terserempak. Hehe
Quote MatDeghem 11-1-2026 12:10 PM
USAHWAN sensasi Liana Rosli sekali lagi menjadi perhatian netizen apabila tindakannya bersama anak perempuan, NabilaRazman ketika bercuti di Jepun menerima kecaman ramai. Menerusi sebuah video yang dimuat naik di media sosial, Liana atau lebih mesra disapa Kak KM dan Nabila dilihat berlarimelintas di Shibuya Crossing, Tokyo, salah satu lintasan pejalan kaki paling sibuk di dunia.
Namun, aksi tersebut bertukar mencuit hati apabila Kak KM dilihat terjatuh sebelum kedua-duanya ketawa dan bergambar ditengah lintasan berkenaan.


Tindakan itu nyata mengundang rasa kurang senang netizen yang menyifatkan perbuatan berkenaan sebagai tidak beradabserta boleh mencemarkan imej rakyat Malaysia di luar negara.
"Boleh tak bila travel tu jangan bagi orang pandang negatif dekat orang Malaysia? Jangan bagi nama negara buruk.  
"Tingkah laku dan tidak beradab seperti ini amat memalukan dan mencemarkan imej rakyat Malaysia.

"Jakunnya, lapar perhatian pun ada," tulis netizen.  

Dalam video berkenaan, Kak KM yang menggayakan baju sejuk bersama cermin mata hitam dilihat melakukan aksimemanaskan badan sebelum berlari melintasi lintasan tersebut.  
Namun selepas lampu isyarat bertukar merah, usahawan itu dan anaknya dilihat berlari sebelum terjatuh di tengah jalan,sekali gus menarik perhatian orang ramai di sekeliling.

"Shibuya crossing, Jepun.  
"Nak paling laju langsung tersadung," katanya.Difahamkan aksi berlari di lintasan ‘Shibuya Crossing’ itu merupakan satu trend terbaharu yang tular di TikTok apabilapelancong menunjukkan aksi masing-masing dalam mendapatkan foto atau video terbaik.

Screenshot 2026-01-11 121015.png




Quote IzzahF 12-1-2026 10:24 AM
dua2 gila attention, tak bole hidup kalo takdak socmed. sama 2x5
Quote sweetfasha 12-1-2026 10:54 AM
gila jakun kat shibuya crossing tu... sampai macam tu ye..

tapi nak expect apa kat dorg anak beranak ni? menunggang ajelah

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 02:56 PM GMT+8 , Processed in 0.270832 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top