CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak sempat nak lari, pasangan rakan sekerja lelaki 19 tahun dan wanita 22 tahun ditangkap khalwat di hotel

9-1-2026 03:39 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1555| Komen: 6

 



Kulai: Seorang lelaki berusia 19 tahun dan seorang wanita warga Indonesia ditahan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) selepas disyaki berkhalwat dalam sebuah bilik hotel di sini, kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi.

Menurut JAINJ, lelaki tempatan yang masih bujang itu bekerja di daerah ini, manakala wanita berusia 22 tahun berkenaan juga masih bujang serta memiliki permit kerja yang sah.

"Ketika tiba di lokasi, anggota penguat kuasa mengetuk pintu bilik hotel dan ia dibuka kira-kira lima minit kemudian oleh seorang lelaki berseluar panjang dan kemeja T.

"Lelaki itu dilihat cuba melarikan diri dengan alasan mahu pulang segera, namun dihalang oleh penguat kuasa," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

JAINJ berkata, pemeriksaan lanjut mendapati pintu tandas bilik berkenaan berkunci dari dalam, apabila ditanya lelaki itu memaklumkan rakannya berada di dalam tandas.

"Sebaik pintu tandas dibuka, seorang wanita berseluar panjang serta kemeja T berlengan panjang tanpa tudung keluar dan hasil pemeriksaan mendapati mereka bukan suami isteri," katanya.

Katanya, pasangan itu rakan sekerja dan sebelum kejadian, lelaki berkenaan pergi ke asrama wanita itu dengan menaiki motosikal sebelum mereka keluar makan bersama kira-kira jam 8.30 malam.

"Mereka kemudian menyewa sebuah bilik hotel atas nama lelaki itu pada jam 10 malam kerana asrama wanita berkenaan sudah ditutup, menyebabkan wanita itu tidak sempat pulang.

"Apabila ditanya mengapa mereka berada di bilik itu, lelaki terbabit mendakwa hanya menghantar wanita berkenaan, namun menumpang tandas kerana sakit perut selepas makan," katanya.

Menurutnya, lelaki itu turut memaklumkan tidak mempunyai hasrat untuk berkahwin kerana masih muda serta belum berkemampuan.

Pasangan berkenaan ditahan atas kesalahan khalwat mengikut Seksyen 27(1)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Johor) 1997.

Sumber: Harian Metro


 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PULANGKAN 9-1-2026 07:34 PM
10 malam check in bersama,
12.30 pintu diketuk,
5 minit kemudian baru dibuka

alasan deknon, nak terbirooooook katanya, tumpang jambam
bila pegawai masuk check, ada sinetron dalam jambam

iols husnuzon tak bertempat,
deknon biroook perlukan sokongan moral dari rakan sekerjanya



iols sangat berbakat jadi penulis skrip bukan
Quote kucing_gebu 9-1-2026 08:21 PM
Lamanya ko b€rak. Dr pkl 10 sampai 12.30
Quote Purestteam1 9-1-2026 08:45 PM
haha.. ada masalah dalaman ni... lama sangat nk buka pintu
Quote Decaffeinated 10-1-2026 03:17 PM
siapa bayar bilik? Harap berbaloi la
Quote supernaturalee 10-1-2026 06:07 PM
kucing_gebu replied at 9-1-2026 08:21 PM
Lamanya ko b€rak. Dr pkl 10 sampai 12.30

sambil b3rak sambil borak

tu yg lama

kot dpt pakej buasir sekali ye dok



Quote maxgamer82 10-1-2026 06:50 PM
ye dok Indo tu bujang, tah2 ada anak di seberang

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2026 12:56 PM GMT+8 , Processed in 0.032642 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top