CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Jom Romen Dulu” – Zara Zya Berang Terima Komen Lucah, Dedah Wajah Lelaki Miang

9-1-2026 12:48 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 482| Komen: 1

 



Pelakon Zara Zya tidak dapat menahan rasa marah apabila menerima komen yang disifatkan sangat kurang daripada seorang lelaki.

Menerusi perkongsian di Instagram, Zara dilihat memuat naik komen melampau individu berkenaan serta akaun media sosialnya.

Sementara itu, Zara berkata adakalanya dia penat untuk membaca komen demi menjaga kesihatan mentalnya namun komen positif diterima membuatkan dirinya tersenyum.

Tambah Zara lagi, bermacam kejian diterimanya dimana ada yang mengutuk wajahnya serta statusnya yang masih lagi belum berkahwin.

“Kadang penat nak baca komen. Sebab saya ingin menjaga mental health saya. Banyak komen yang saya dapat. Yang positif, mampu buat saya tersenyum. Dan adakala saya terpanggil untuk membalas, supaya si pemberi komen juga happy bila mendapat balasan dari saya. 

“Tapi.. dalam pada itu…Macam-macam kejian, gurauan kasar, ada mengutuk wajah saya, mengutuk status single saya, mengutuk kesihatan saya,” katanya.



Bagaimanapun, Zara menyifatkan komen individiu itu paling kurang ajar serta dia meluahkan rasa kasihan pada keluarga lelaki berkenaan. 

“Dan kata-kata ini antara paling kurang ajar setakat pagi ini saya baca. Secara public kamu komen begini. Kesian pada diri kamu. Keluarga kamu,” tulisnya.

Sumber: Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lasagna 9-1-2026 02:54 PM
dik.. ko report pulis jer dik..
tak pun ko off kan diri dr dunia socmed jer senang.
tak pun private kan sajork..

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2026 07:17 AM GMT+8 , Processed in 0.032868 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top