CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Farah Lee Mimpi Ngeri, Trauma Setiap Kali Lepas Misi Kemanusiaan - "Saya akan bermimpi perkara yang pelik-pelik, ganas"

9-1-2026 12:40 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 606| Komen: 4

 



Pempengaruh media sosial dan aktivis kemanusiaan, Farah Lee berkata meskipun tidak pernah menyaksikan letupan atau serangan dihadapan mata namun mendengar cerita pasca perang memberi impak pada dirinya.

Memetik Utusan Malaysia, Farah berkata paling tidak dapat dilupakan ketika dia menyertai Misi Ramadan di Syria yang dilakukannya kira-kira dua tahun lalu sehingga memberi kesan sehingga dia mengalami mimpi ngeri.

“Ada kesan gangguan tekanan pasca trauma ketika saya melakukan misi di Syria terutama dari segi kesihatan. Balik daripada misi Gaza tempoh hari juga, saya tak dapat tidur.

“Apabila saya akhirnya terlena, saya akan bermimpi perkara yang pelik-pelik, ganas, bunuh dan berdarah-darah,” katanya.

Bukan itu saja, dia turut mengalami mimpi ngeri arwah bapanya menjadi mangsa kekejaman, berlumuran darah dan dibunuh di depan mata sedangkan arwah meninggal akibat sakit jantung.

“Saya terjaga dalam keadaan terkejut dan menangis semahunya. Walaupun saya tahu itu hanya mimpi dan arwah ayah meninggal dunia kerana sebab lain, namun kesan emosi itu tetap terasa benar,” katanya.

Namun, Farah berkata trauma dilaluinya hanya dengan mendengar cerita mereka dan tidak dapat menandingi dengan apa yang dihadapi mangsa peperangan.

“Bayangkan saya jadi begitu hanya sebab dengar cerita mereka. Tapi bayangkan mereka di sana yang lalui pengalaman itu, otak pecah, kutip otak anak dan sebagainya.

“Saya harap cerita ini boleh menjadikan kita lebih mempunyai rasa empati tentang keadaan orang lain,” katanya.

Sumber: Utusan Online,Rotikaya


 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote likilu 9-1-2026 02:47 PM
Buatan orang ke
Quote Itzy 10-1-2026 09:32 AM
Sedihnya. Aku dulu pun pernah jadi macam ni juga lepas dengar kisah ngeri, malam tu mesti mimpi benda2 menakutkan[em:12:] Mungkin minda bawah sedar dipengaruhi oleh cerita2 yang kita dengar sampai terbawa ke alam mimpi.
Quote Mimo.mimo 10-1-2026 12:00 PM
Maybe dia patut seek for professional help? Or no?
Quote prince_marhaen 12-1-2026 08:23 AM
Over lahhh... pelarian tembikai datang sini pun buat perangai..takde trauma2 ni lah.. haha

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 02:21 AM GMT+8 , Processed in 0.029030 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top