CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Percutian satukan keluarga, Abby Abadi ucap terima kasih pada Norman Hakim kerana belanja tiket anak-anak ke Jepun

9-1-2026 12:27 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5944| Komen: 103

 




PELAKON Abby Abadi menitipkan ucapan selamat hari lahir yang ke-50 kepada bekas suaminya, Norman Hakim selain menzahirkan rasa terima kasih atas kesudian aktor berkenaan menaja tiket percutian anak-anak ke Sapporo, Jepun. 

Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 49, mendoakan agar Norman terus diberikan kekuatan dan rezeki yang melimpah untuk membahagiakan anak-anak mereka.

"Selamat hari lahir Oman (panggilan Norman). Terima kasih belanja tiket untuk anak-anak besar (anak bersama Abby) kali ini. Besar tanggungjawab, besar belanja bila anak-anak ramai ni ya. 

"Terus kuat! Terus semangat demi nak bercuti selalu. Banyak duit, selalu kongsi dengan anak-anak besar ini okay. Semoga dapat berkumpul selalu bukan hanya di dunia tapi di syurga sana," katanya. 

 



Abby berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya pada Jumaat. 

Dalam hantaran dibuat, Abby turut memuat naik semula sebuah video daripada akaun TikTok miliknya yang memperlihatkan mereka sekeluarga sedang menikmati keseronokan bermain salji sepanjang percutian tersebut.

Selain itu, Abby turut meluahkan rasa syukur selepas diberikan peluang untuk terus membesarkan dan meraikan anak-anak meskipun hubungan mereka sebagai suami isteri telah lama berakhir.

Menurut Abby, hubungan baik yang terjalin diharapkan dapat diteruskan, bukan sahaja demi kebahagiaan di dunia, malah hingga ke akhirat.

"Syukur Allah panjangkan umur kita sebab banyak lagi tanggungjawab yang tak selesai dan takkan pernah selesai. Terima kasih untuk banyak sebab, masih sudi bersama saya meraikan anak-anak. 

"Besar tanggungjawab kita ini sebagai ibu bapa bila Allah kurniakan anak yang ramai. Kena jaga didik mereka sebaiknya. 

"Saya nak kita bersama, dapat berkumpul selalu bukan hanya di dunia tetapi di akhirat nanti," ujarnya. 

 


Untuk rekod, Abby dan Norman mendirikan rumah tangga pada 2002 sebelum bercerai pada 2009.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, 23, Marissa Dania Hakim, 21, dan Danisha Hakim, 18 tahun. 

Abby kemudian berkahwin dengan Faizal, manakala Norman mendirikan rumah tangga bersama pelakon Memey pada 2011.


Sumber : mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CurangLagi 9-1-2026 12:30 PM
Hahahaha. Part ni i loike ebbbyyy terussss melekat walau pernah dicurangi. Semua sekali noman lanjee
Quote telracs 9-1-2026 12:35 PM
Memey je la kena bertabah selagi hidup dikandung badan... dah itu pilihan sendiri kan...
Quote mizzmimi 9-1-2026 01:39 PM
Memiang at the side be like
Quote Capt.bal 9-1-2026 01:40 PM
Yebby sila teruskan terrorising hidup norman dgn cara begini yerk. Itulah balasan dia kat dunia sebab mencurang dgn bini
Quote Mimo.mimo 9-1-2026 01:44 PM
Menantu tak ikut kee? Penampakan di epot. Tapi taknampak di sapporo
Quote Temenung 9-1-2026 02:11 PM
Asyukk jugak pacik oman sampai belanja anak beranak yebi semua. dia bisnes apa
Quote talapia 9-1-2026 02:24 PM
telracs replied at 9-1-2026 12:35 PM
Memey je la kena bertabah selagi hidup dikandung badan... dah itu pilihan sendiri kan...

kesian la kat Memey tu... dia umpama bermadu tanpa ikatan. haha
lanje anak2 tu okla mmg tanggungjawab..
ini lanje ex bini ngan laki baru terus..
mana2 pegi abby ada di mana2..
dia seolah2 ada 4 keluarga.

kalau kita biasa ada keluarga kecil kita... keluarga belah suami.. keluarga belah isteri.
tapi memey.. ada keluarga kecil.. keluarga belah suami.. keluarga belah dia.. and keluarga besar norman inclusive abby
tinggi redha dia..


Quote lasagna 9-1-2026 02:37 PM
acik ritarud kena mencontohi family ini,
tapi itu lah sheol tak dpt rezki sebegini from ex.
Quote MatDeghem 9-1-2026 02:41 PM
ini mesti mula2 norman tak ajak. abby mengamuk....mintak duit mas kawin bagai. lepas tu norman ajak pegi holiday....sekarang dah happy.



Quote likilu 9-1-2026 02:45 PM
telracs replied at 9-1-2026 12:35 PM
Memey je la kena bertabah selagi hidup dikandung badan... dah itu pilihan sendiri kan...


anak felda boleh la sopan je senyum exwife menyebok sentiasa

Cuba kalau anak org bandar org kl

Tapi anak anak tiri n menantu pun sayang dia
Quote dewi_rina 9-1-2026 02:48 PM
Memey sengih2 tapi maki hamun dalam hati, kdg nampak muka ketat makan hati dia tu.. Alasan demam hihi
Quote nuhanis 9-1-2026 02:54 PM
hidup depa ni sekeluarga kategori pelik tapi benar   
Quote Shayang 9-1-2026 03:01 PM
Edited by Shayang at 9-1-2026 03:07 PM
Temenung replied at 9-1-2026 02:11 PM
Asyukk jugak pacik oman sampai belanja anak beranak yebi semua. dia bisnes apa


Abby kan penah ckp noman dah T20
Kalau korang perasan tahun lepas abby ada merempan pasal isu nafkah anak2
Katanya bab keperluan sekolah je ada bagi tp dah tak dibawak bercuti sama sejak makin senang
Dulu masa susah sblm ni bila berkumpul tong2 duit kongsi sama2 demi bawa anak2 berjalan.
Masa susah sama2 kesana sini, masa senang mereka je.
Tp sejak dah T20 pi bercuti tak bawak anak2 yg lama tu
Aku syak abby ler byk cover perbelanjaan nafkah anak2 sblm ni masa noman belum senang.

Tu gaknya tahun ni bawak g Jepun
Quote lazim 9-1-2026 03:37 PM
Bagi tiket puji la. Tak bagi ungkit mnganjing. Yg norman pon bodoh
Quote penmerah 9-1-2026 03:47 PM
Bertabah la norman-memey selagi hayat di kandung badan
Dah tua2 kawen cer pun takde red light utk rempanan/ bergayutan abby ye

Pipah kalau tak henti2 rempan ada kemungkinan jadi protégé abby atau Ritrud
Dah tua2/ cerai belas tahun pun dok meratip bekas laki padahal jantan2 tu tak hingin dah
Quote brunesss 9-1-2026 03:48 PM
nuhanis replied at 9-1-2026 02:54 PM
hidup depa ni sekeluarga kategori pelik tapi benar

kan aku pun rasa mcm cringe sangat, agak pelik kerana mereka ada ilmu agama tapi mcm hmm apooooo
Quote MisXoXo 9-1-2026 03:52 PM
Apa masalahnya eh..durang eppy kita tersakiti ke apa..biolah deme eppy2.bakyah tu kdg pelik..ankw ajalah joij norman..dia ada sekali dh napa..dia kan suka perli2
Quote IzzahF 9-1-2026 04:10 PM
talapia replied at 9-1-2026 02:24 PM
kesian la kat Memey tu... dia umpama bermadu tanpa ikatan. haha
lanje anak2 tu okla mmg tanggungja ...

gila tak redho...kalo sejenis ada malu, rasa malu teramat sgt2 dgn kedudukan skrg tu. dia la punca semua ni jd mcm ni
Quote blakcswan 9-1-2026 04:10 PM
suka tengok memey masak..tiberrr

Lihat semua komen(103)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 05:05 PM GMT+8 , Processed in 0.063168 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top