CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

Darah berderau! Ibu terkejut anak 7 tahun tumbuh bulu ketiak, ada payudara

9-1-2026 12:21 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1918| Komen: 21

 



SEORANG ibu tidak menyangka perubahan pada tubuh anak perempuannya berumur tujuh tahun, 11 bulan petanda kanak-kanak itu menghadapi masalah kesihatan serius.

Wanita itu memaklumkan bau badan anaknya tiba-tiba berubah seperti orang dewasa dan tidak lama kemudian kelihatan buah dadanya mula membesar.

“Saya tengok dia masih kecil, comel macam biasa. Dalam hati ingat mungkin sebab makanan dia cukup zat, jadi cepat tinggi dan matang,” katanya.

Namun setahun selepas itu, muncul pula bulu-bulu halus di bahagian ketiak manakala ketinggiannya meningkat dengan begitu ketara berbanding rakan seusia.

Bimbang melihat situasi itu, ibu bapa kanak-kanak tersebut membawanya mendapatkan pemeriksaan di klinik pakar dan doktor mengesahkan kanak-kanak itu mengalami precocious puberty atau akil baligh awal.

“Darah saya rasa berderau bila dengar kemungkinan dia boleh datang haid terlalu cepat. Jujurnya kami belum bersedia mental nak hadap situasi macam ni,” katanya.

Menurut wanita itu, rawatan untuk memperlahankan hormon melibatkan suntikan berkala dan kos tinggi namun mereka meneruskannya demi melihat anak membesar dengan sihat.

Pakar pediatrik menjelaskan, precocious puberty berlaku apabila hormon pembesaran dan reproduktif aktif lebih awal daripada normal. 

Jika tidak dirawat, anak boleh berdepan gangguan emosi, masalah keyakinan diri serta komplikasi tumbesaran.

Info akil baligh awal

- Akil baligh terlalu awal: sebelum lapan tahun (perempuan), sebelum sembilan tahun (lelaki).

- Tanda utama: payudara membesar awal, bau badan dewasa, tumbuh bulu ketiak/kemaluan, ketinggian mendadak.

- Kesan: tulang matang awal, risiko jadi rendah bila dewasa, berlaku gangguan emosi.

- Punca: gangguan hormon otak/kelenjar atau pendedahan hormon luar.

- Tindakan: perlu diagnosis pakar dan rawatan melambatkan hormon.


Sumber : mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kayujaras 9-1-2026 04:44 PM
x ada kesan sampingan ke cucuk ubat slow hormon tu?
Quote ZORRO5555 9-1-2026 08:09 PM
Quote sharlenetexas 9-1-2026 08:25 PM
Selain akil baligh awal, adakah sebab ayam cucuk?


Quote makita 9-1-2026 09:04 PM
Edited by makita at 9-1-2026 09:06 PM

Ank meols sekolah semua lelaki. Masa darjah 5 ank meols balik sekolah muka masam je. Dia tanya kat meols kalau baligh mmg ada tumbuh bulu ke? Td ustaz bgtaw psal baligh ni akan tumbuh bulu ketiak dan bulu kat tin tin (kemaluan).  Lepas tu A (kwn kelas yg mmg tinggi dah cecah 160cm) bgtaw tin tin dia dah ada bulu kat ustaz.
Hahaa dlm kelas ank meols semua size kanak2 cuma sorg ni je size bapak bdk. Kalau bergambar mmg awkward gila size mengalahkan cikgu.

Tp mmg bapak dia tinggi anggaran 190cm.
Quote jari10 9-1-2026 10:25 PM
sharlenetexas replied at 9-1-2026 08:25 PM
Selain akil baligh awal, adakah sebab ayam cucuk?

Hehe aku pun terpikir gitu gak
Quote B40tastePosh 9-1-2026 10:45 PM
Aku masa sekolah tadika dulu, kawan perempuan aku ada payudara besar dah.

Dan dia anak tunggal.

Masa tu aku sekolah tadika kat Bandar Baru Sentul.
Quote Capt.bal 9-1-2026 11:53 PM
Pernah baca dulu dekat twitter kot case lebih kurang macam ni, kerap guna essential oil pun boleh jadi penyebab jugak.
Quote L.U.S.M 10-1-2026 08:39 PM
Processed food skrg mmg byk growth hormone...
That's why insulin resistance byk jadi susah kurus..huhu
Quote L.U.S.M 10-1-2026 08:41 PM
makita replied at 9-1-2026 09:04 PM
Ank meols sekolah semua lelaki. Masa darjah 5 ank meols balik sekolah muka masam je. Dia tanya kat m ...

Ank sis dh tinggi bpe cm

Ni mesti genetik mcm nely tu haaa
Dulu dia berlakon spa q umur 12 pun dh nmpk mcm college student
Spesis cpt nmpk dewasa...tp xmatang pun
Quote L.U.S.M 10-1-2026 08:46 PM
kayujaras replied at 9-1-2026 04:44 PM
x ada kesan sampingan ke cucuk ubat slow hormon tu?

Skrg ni teknologi dh canggih..
Selain utk kurus,utk elak radang,utk cantik,utk hilang kedut,utk putih dh ada...
Peptides(hormon) utk bagi tinggi pun dh available...

Hebat bukan?hehehe
Quote mejaputih 11-1-2026 08:54 PM
Dlm artikel tu ada mention kesan risiko jadi rendah bila dewasa? Adakah ketinggian dia makin menurun bila dewasa?
Quote makita 11-1-2026 09:43 PM
Edited by makita at 11-1-2026 09:46 PM
L.U.S.M replied at 10-1-2026 08:41 PM
Ank sis dh tinggi bpe cm

Ni mesti genetik mcm nely tu haaa


Ank meols size sama bantut mcm majority kwn2 lain. Yg dah baligh masa darjah 5 tumbuh bulu tu classmate dia. Ye meols pon tgok bdk tu mcm kanak2 terperangkap dlm bdn org dewasa.

Zaman meols biasa jumpa kwn2 pompuan yg mmg darjah 5 muka dah dewasa sgt. Naik bas kene cas singgit. Budak sekolah cas 50 sen je. Masa tu meols x perasan la prangai dorg mcm kanak2 ke tidak sbb meols pon sama kanak2 lagi. Tp yg pasti mesti x matang jugak kan.


Quote ninja boy 11-1-2026 11:57 PM
Edited by ninja boy at 12-1-2026 12:05 AM

Zaman darjah 6 apsal la budak pompuan sebut bulu bulu lama2 paham jugak depa dah tumbuh bulu pastu tetek depa dah start tumbuh pastu kena pakai sarung tetek budak lain belum pakai lagi sbb tetek belum ada bila sekolah menengah masing2 kacau cuit2 tetek kawan2 lari kejar2 pastu korang tgk sarung tetek mak korang besar gile adakah korang terfikir tetek yg kecil lama2 membesar saiz mak korang
Quote midori888 12-1-2026 08:25 AM
budak skrg cepat baligh
Quote farralemkova 12-1-2026 10:01 AM
ada baca budak2 terdedah dgn brg mekap..boleh kacau hormon dan buat akil baligh dengan cepat...
Quote vanilacup 12-1-2026 10:13 AM
Sebelum buat rumusan lain bacalah perihal apa itu AEFI...
Itu lebih munasabah utk dikaji berbanding dgn memikirkan apa gaya hidup yg diamalkan...
Quote kakikuDibibirmu 12-1-2026 10:41 AM
Kena cukur bulu pepek tak?
Quote pocongkiutss 12-1-2026 10:44 AM
sharlenetexas replied at 9-1-2026 08:25 PM
Selain akil baligh awal, adakah sebab ayam cucuk?

Antara puncanya, sbb pakai produk2 yg ada phthalates kan

Budak2 kecik dh dibagi pakai perfume la..make up la

Satu lg yg iols pernah dgr..jgn bg EO lavender kt anak pompuan..ramai dh yg share first hand experience anak baligh awal
Quote pocongkiutss 12-1-2026 10:45 AM
midori888 replied at 12-1-2026 08:25 AM
budak skrg cepat baligh

Mana taknya..dh cepat sgt didedahkan dgn make up la perfume la..benda tu semua ada effect

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 06:13 AM GMT+8 , Processed in 0.163980 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top