CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Status darurat Aceh dilanjutkan 14 hari lagi berikutan banjir di Sumatera

9-1-2026 11:24 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1297| Komen: 1

 



JAKARTA: Status darurat di Aceh susulan banjir dan tanah runtuh yang melanda wilayah itu pada akhir November tahun lalu akan dilanjutkan selama 14 hari lagi, bermula hari ini hingga 22 Januari, lapor Agensi Berita ANTARA.

Keputusan itu diumumkan oleh Gabenor Aceh, Muzakir Manaf dalam mesyuarat maya yang dipengerusikannya dari Pos Komando Darurat Bencana Aceh di Pejabat Gabenor Aceh, semalam.

Muzakir, yang lebih dikenali sebagai Mualem berkata, lanjutan itu dibuat berdasarkan koordinasi dengan kerajaan pusat serta surat daripada Menteri Dalam Negeri bertarikh kelmarin, berhubung lanjutan status berkenaan.

Beliau berkata, keputusan itu diambil dengan mengambil kira usaha tindak balas bencana yang masih berjalan dan keadaan di lapangan, termasuk hakikat bahawa beberapa kawasan masih terpinggir serta pergerakan logistik masih terhad.

Gabenor itu menjelaskan bahawa lanjutan tersebut bertujuan memastikan kerja-kerja pembersihan persekitaran, pengagihan bantuan logistik, perkhidmatan kesihatan serta pemulihan akses masyarakat dapat dilaksanakan dengan lebih cepat dan tersusun.

Status darurat itu pertama kali diisytiharkan di Aceh pada 27 November lalu, dan kini dilanjutkan sebanyak tiga kali.

Menurut data BNPB, banjir dan tanah runtuh yang melanda Aceh serta dua lagi wilayah di Sumatera, iaitu Sumatera Utara dan Sumatera Barat, pada akhir November lalu, menyebabkan 1,178 mangsa terkorban dan lebih 238,500 orang dipindahkan. – BERNAMA


Sumber: BH


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nisako 12-1-2026 09:21 AM
sian acheh

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2026 03:27 AM GMT+8 , Processed in 0.039757 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top