CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dakwaan kultus Korea aktif di Malaysia: KDN tunggu taklimat E2 Cawangan Khas

9-1-2026 11:05 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1945| Komen: 18

 



KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang menunggu perincian maklumat daripada Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial (E2) Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung isu kultus dari Korea Selatan, yang tular sejak hujung tahun lalu.

Menteri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata maklumat sahih akan dikeluarkan selepas beliau mendapatkan taklimat lanjut daripada E2 minggu ini.

"Saya dijadualkan minggu ini untuk diberi taklimat oleh Cawangan Khas, khususnya Bahagian E2. Dalam perkara seperti ini saya lebih cermat dan berhati-hati, saya tidak mahu memetik sumber yang pelbagai.

"Pihak yang paling berautoriti ialah E2 kerana kerja hakiki mereka adalah mengesan apa juga bentuk ajaran salah atau ajaran sesat," katanya pada sidang media selepas Majlis Amanat Tahun Baharu 2026, Kementerian Dalam Negeri, di Putrajaya, semalam.

Saifuddin menghargai keprihatinan orang ramai terhadap isu berkenaan dan memberi jaminan bahawa perkembangan selanjutnya akan dikongsi selepas sesi taklimat rasmi diterima.


 


Sebelum ini, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, mendakwa wujud gerakan kultus menyimpang dari Korea Selatan yang aktif di Malaysia. 

Isu "kultus Korea" di Malaysia membabitkan dakwaan kewujudan kumpulan keagamaan asing yang beroperasi secara tertutup, menyamar sebagai aktiviti sosial atau pendidikan, dan didakwa memanipulasi serta mengawal pengikut — sekali gus mencetuskan kebimbangan pihak berkuasa agama dan keselamatan.


Sumber: BH

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PULANGKAN 9-1-2026 12:25 PM
kultus sana dah la ada yang dasyat. bukan2 je diorang buat, menakutkan

harap sampai sini jangan la berkembang. pengikut taksub yang paling bahaya
Quote Minami2013 9-1-2026 02:11 PM
PULANGKAN: kultus sana dah la ada yang dasyat. bukan2 je diorang buat, menakutkanharap sampai sini jangan la berkembang. pengikut taksub yang paling bahaya


Tengok drama korea Typhoon Family zaman derang hutang IMF tu pun dah ada ajaran sesat psl Y2K, kiamat... Tapi kat sini kristian je ke ada muslim jugak yg terpengaruh?

Quote supernaturalee 9-1-2026 02:32 PM
kultus k-pop??

Quote kotakbaju 9-1-2026 02:37 PM
Oo, selama ni dok ingat kat korea sinun takde pegangan agama, ateis ke, rupanya ada jugak ye.
Quote belilies 9-1-2026 03:07 PM
Wahhh iols tahu kat mana gereja yg dlm gambar ni. Takda kaitan ngan kultus dlm artikel tu. tp pasal kultus tu, gereja weols mmg dah warning dr thn lps lg. deyols cuba nak sesatkan penganut2 dr gereja lain.
Quote tungkai 9-1-2026 03:08 PM
Bukan ke Korea ni byk atheis sebab rasa agama ni tak praktikal? Pada diorg agama ni perlu time nak kawen dan mati aje..Yg ramai2 dok percaya dah kenapa?
Quote kakikuDibibirmu 9-1-2026 03:11 PM
Kultus bumi rata tersenyum sinis
Quote pejol 9-1-2026 04:04 PM
lama dah ade...depa bru nk sedaq kaaa
Quote pocongkiutss 9-1-2026 04:05 PM
Kultus yg ada kaitan dgn MLM tu ka?
Quote Skuau 9-1-2026 04:20 PM
BAHANA NEGARA: MALAYSIA VOLE!....nk sangat 'MINTA PUJI' TERPALING MESRA WARGA ASING....
Quote lanacondor 10-1-2026 11:00 PM
belilies: Wahhh iols tahu kat mana gerej ...
xleh kumpul bukti ke bg kat pihak berkuasa. Bahaya takut jd benda bukan2
Quote sharlenetexas 10-1-2026 11:11 PM
kakikuDibibirmu replied at 9-1-2026 03:11 PM
Kultus bumi rata tersenyum sinis {:ml ...

Kultus matahari memancar2


Quote annehuda 11-1-2026 12:14 AM
Aku penah baca kt porem ada satu bukit kt tapah tu yg org takleh masuk. Even masa bancian pun tak dibagi masuk. Tp dalam tu ada kilang, pekerjanya diorg import dari luar, takde org kg situ yg keje kt kilang tu. Kultus yg ni ka?
Quote prince_marhaen 12-1-2026 09:57 AM
belilies replied at 8-1-2026 09:07 PM
Wahhh iols tahu kat mana gereja yg dlm gambar ni. Takda kaitan ngan kultus dlm artikel tu. tp pasal  ...

Mount Hossana Chapel kan? Sri Aman?
Quote belilies 13-1-2026 04:25 PM
lanacondor replied at 10-1-2026 11:00 PM
xleh kumpul bukti ke bg kat pihak berkuasa. Bahaya takut jd benda bukan2

Tatau, ada kot. Mayb sbb agama kristian kan, jadi tak mengancam sangat. So far gereja cuma remind utk hati2 je, sbb risau deyols ganggu yg muda2 masih skolah mcm teenagers.
Quote belilies 13-1-2026 04:27 PM
prince_marhaen replied at 12-1-2026 09:57 AM
Mount Hossana Chapel kan? Sri Aman?

Yesss betul! One and only. Takda gereja bentuk lain camni..
Quote imthegirl 14-1-2026 09:13 AM
annehuda replied at 11-1-2026 12:14 AM
Aku penah baca kt porem ada satu bukit kt tapah tu yg org takleh masuk. Even masa bancian pun tak di ...

kat Kampar ni penuh wooo orang Korea, yang ntah dari mana-mana. Nak kata kilang mana dtg nye kilang kat sini. Ko bayang kan korea dok pekan Kampar ni. Jauh dari KL segala kekekekekekek
Quote supernaturalee 14-1-2026 09:25 AM
imthegirl replied at 14-1-2026 09:13 AM
kat Kampar ni penuh wooo orang Korea, yang ntah dari mana-mana. Nak kata kilang mana dtg nye kilan ...

korea kampar



Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2026 09:06 AM GMT+8 , Processed in 0.063203 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top