CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

47 tuduhan rasuah Ahmad Zahid diputuskan ‘tiada tindakan lanjut’

9-1-2026 10:40 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1598| Komen: 9

 


PUTRAJAYA- Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan bahawa tiada tindakan lanjut (No Further Action) berhubung 47 pertuduhan kesalahan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut AGC, keputusan itu sekali gus membawa kepada penamatan muktamad kes tersebut selaras dengan kuasa dan budi bicara Peguam Negara di bawah Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang berkaitan.

“Jabatan ini menegaskan bahawa keputusan yang diambil adalah berasaskan pertimbangan profesional dan undang-undang. Ia mengambil kira kepentingan keadilan, integriti proses pendakwaan dan keperluan untuk memastikan kepastian dan ketelusan dalam sistem keadilan jenayah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

AGC berkata, pihaknya mendapati keterangan yang ada tidak mencukupi untuk menyokong meneruskan pendakwaan bagi kesemua pertuduhan tersebut.

“Penelitian ini dibuat dengan mempertimbangkan perkara seperti skop dan fokus siasatan pada peringkat awal yang berkaitan secara langsung dengan pertuduhan yang difailkan.

“Selain itu, pertimbangan dan penilaian dalaman pendakwaan yang direkodkan pada peringkat awal berhubung kesesuaian, dan kecukupan keterangan bagi menyokong pendakwaan serta kebolehkekalan penerusan pendakwaan,” katanya.

Penelitian turut melibatkan langkah-langkah siasatan lanjut dan terperinci yang kemudiannya dijalankan pihak SPRM bagi melengkapkan dan memperhalusi gambaran keseluruhan fakta, konteks dan keterangan baharu.

Ia turut meliputi dapatan hasil siasatan lanjut yang merangkumi keseluruhan tempoh penubuhan dan operasi Yayasan Akalbudi, termasuk aliran dan sumbangan dana ke dalam yayasan itu dari semasa ke semasa.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 September 2023 melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Ahmad Zahid daripada 47 tuduhan melibatkan kesalahan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram berkaitan dana Yayasan Akalbudi.

Berikutan keputusan itu, siasatan lanjut dan terperinci dijalankan oleh SPRM yang merangkumi aspek berkaitan sumber dana, kaedah perolehan dan penggunaan dana tersebut.  


Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 11-1-2026 10:54 AM
Hoi hoi ya hoi siapa sokong penyamun…….


Reformasiiii
Quote Solokkk 11-1-2026 05:55 PM
But*h
Quote Skuau 11-1-2026 06:45 PM
Hujan pulok ptng ni..tripled,pengecatbintang...pasti tidur kesejukkan....la ni...
Quote kemaruk 11-1-2026 07:29 PM
Rupa2nya pensoking bukannya berjuang hapuskan rasuah

Tapi berjuang agar anwat jadi pm dan kekal jadi pm

Tu je sebenarnya
Quote Solokkk 14-1-2026 12:57 PM
Up sket
Quote Solokkk 18-1-2026 05:44 PM
Up
Quote pocongkiutss 18-1-2026 06:15 PM
B4B1 penyokong bangnon terpaling holier than thii terpaling educated
Quote MissYouSayang 18-1-2026 09:24 PM
Walanon je yg delulu..bapok tua tu dari dulu ckp lain buat lain..bodo giler yg dok sokong lg bapok tua kaki peliwat puiih
Quote sharlenetexas 19-1-2026 02:02 AM
Kena sound dengan tony dah kecut tarik balik kata2.


Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 11:44 AM GMT+8 , Processed in 0.742436 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top