CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gagal temu duga, wanita menyamar jadi pramugari

9-1-2026 10:34 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2032| Komen: 15

 


JAKARTA – Seorang wanita di Kota Tangerang, wilayah Banten ditahan pasukan keselamatan lapangan terbang selepas menyamar sebagai pramugari dan berpura-pura bertugas ketika berada di dalam pesawat, lapor laman berita Tribunnews hari ini.

Wanita yang hanya dikenali sebagai KN, 23, memakai pakaian seragam kru kabin Batik Air, lengkap dengan sanggul mengikut gaya pramugari syarikat tersebut, bagasi serta kad pekerja palsu.

Dia menaiki pesawat Batir Air laluan Palembang-Jakarta kelmarin.

“Wanita tersebut membeli tiket penerbangan seperti penumpang biasa, namun memakai pakaian seragam pramugari.

“Dia juga melalui laluan pintu pelepasan pekerja,” kata keterangan hantaran di platform Instagram Batik Air.

Tambah keterangan tersebut, ketika berada di dalam pesawat dan disoal oleh kru kabin sebenar, KN memberi jawapan yang pelik dan tidak memenuhi standard pramugari.

Setibanya di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, beberapa petugas keselamatan telah menunggu dan melakukan pemeriksaan ke atas wanita tersebut.

Ketika disoal siasat, KN mengaku bahawa dia pekerja sah serta menunjukkan kad pekerja. Namun, selepas disoal oleh pihak polis, dia akhirnya mengaku menyamar kerana mahu menipu keluarganya.

“Dia pernah menghadiri temu duga jawatan pramugari Batik Air, namun gagal. 

“Disebabkan malu kepada keluarga, dia memakai pakaian seragam pramugari agar kelihatan seperti mendapat pekerjaan itu,” kata Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Lapangan Terbang Soetta, Komisioner Yandri Mono.

Tiada sebarang tindakan diambil ke atas wanita itu, namun dia tampil membuat permohonan maaf atas perbuatannya. – AGENSI 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Itzy 9-1-2026 11:10 AM
Kesian....hmm
Quote kayujaras 9-1-2026 11:59 AM
kalau setakat malu dengan family kenapa nak kena pakai uniform dalam flight
Quote Rdizz 9-1-2026 12:17 PM
Pelik2 org sekarang, ni masalah personality disorder ke, ramai org sakit mental agaknya.
Quote B40tastePosh 10-1-2026 08:20 PM
Kesikna
Quote Firenzza 10-1-2026 08:30 PM
Mana dia dpt baju tu?
Quote telracs 10-1-2026 09:41 PM
B40tastePosh replied at 10-1-2026 08:20 PM
Kesikna

Laaa.... ugik?
Quote B40tastePosh 10-1-2026 10:41 PM
telracs replied at 10-1-2026 09:41 PM
Laaa.... ugik?



Quote tukul 11-1-2026 07:40 AM
Firenzza replied at 10-1-2026 08:30 PM
Mana dia dpt baju tu?

Katanya beli online..ada dlm artikel mana entah sebut
Quote Skuau 11-1-2026 09:38 AM
"Gue kerja pramugari...acik forum pasti iri"-Friska
Quote pearl.silver 11-1-2026 11:21 AM
Ada nmpk video kt fb sterawdess batik ni tgh wat keje. Badan boyak pki kebaya ketat. Bj tu smpi nk bergulung dah sbb xmuat. Dlm hati fikir mesti penyamar jd cabin crew ni.
Quote Tinot7 11-1-2026 12:32 PM
Now betui2 malu dgn kuarga
Quote DugongTerbang 11-1-2026 03:29 PM
B40tastePosh replied at 10-1-2026 10:41 PM

Ayoh mandre
Quote B40tastePosh 11-1-2026 10:04 PM
DugongTerbang replied at 11-1-2026 03:29 PM
Ayoh mandre

Mandre nandre sibawa manuk nasu likku.
Quote prince_marhaen 12-1-2026 03:49 PM
Kawan meols crew kata, dia bukan pompuan tulen nokkkk!!! HAHAHAHAHAHAHA! Takootttt laaa!
Quote afie_m 12-1-2026 04:19 PM
teringin sangat ni sampai tak boleh terima gagal time interview..

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 04:26 PM GMT+8 , Processed in 0.158462 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top