|
Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad mendedahkan dia pernah diminta masuk kelab malam serta memegang arak untuk meraih kontroversi murahan. Menerusi hantaran di Threads, Uyaina berkata dia turut berdepan pengalaman sama seperti rakan pelakon Adriana Adnan. “Adriana, waktu saya mula-mula masuk industri, saya pun disuruh benda yang sama. Tapi saya rasa saya punya lagi teruk. Dia suruh saya pergi club, pegang arak dan ambil gambar. Kemudian sebarkan gambar tu. Hanya untuk cipta kontroversi,” katanya. Sementara itu, Uyaina meluahkan rasa syukur apabila dia memilih untuk tidak melakukannya serta memberi kata semangat kepada Adriana. “Saya bersyukur saya tidak bodoh. Tak apa Adriana, semua orang ada ruang, berkembang dan mempunyai kelajuan sendiri. “Kita hanya buat yang terbaik. Selebihnya rezeki Tuhan. Dan awak dilaluan yang betul sekarang! Teruskan berjalan! Sentiasa menyokong awak,” katanya. Terdahulu, Adriana mendedahkan ada seseorang dalam industri memintanya untuk mencipta kontroversi untuk kekal relevan. Sumber: Rotikaya
|

pocongkiutss replied at 9-1-2026 10:16 AM
Mmg gitu pun kan..ni sifu marketing bangang la suh buat...antara yg patuh tu jahlop la kan..bodo rup ...
jahlop kan pernah dlu join.. matilanakkkkItzy replied at 9-1-2026 11:14 AM
Ni mesti org dlm industri tu sendiri, sape je pakai tudung, makin kurang dpt job.
lasagna replied at 9-1-2026 11:30 AM
zizang semang lah tu jahlop kan pernah dlu join.. matilanakkkk
pocongkiutss replied at 9-1-2026 06:28 PM
Ada lg lain yg dia join chuolss .. sipu efbi pun dia join..taktau la yg mana..tp ada kan taktik ma ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
16-2-2026 01:56 PM GMT+8 , Processed in 0.132008 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.