CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Tan Sri cuba ‘melarikan diri’, tidak jawab panggilan, sebab itu saya buat hantaran’ - Aliff Syukri

8-1-2026 06:10 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1336| Komen: 8

 



Ahli perniagaan, Datuk Seri Aliff Syukri Kamaruzaman memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir cuba ‘melarikan’ diri selepas tidak menjawab panggilannya.

Aliff Syukri selaku defendan berkata, dalam kes saman fitnah memuat naik hantaran dan bukti mesej WhatsApp di media sosial menunjukkan usahanya untuk menghubungi bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan itu namun tidak mendapat maklum balas.

“Keadaan ini berlarutan selama berbulan-bulan, malah bertahun-tahun, mesej dan panggilan saya tidak dijawab,” katanya.

Semasa prosiding, peguam Ravichandaran Selliah yang mewakili Abdul Kadir membangkitkan persoalan mengapa notis berhubung tuntutan RM30 juta tidak dihantar lebih awal, sebaliknya defendan memilih untuk berkongsi dalam media sosial.

Aliff Syukri kemudian menjelaskan punca dia tidak mengambil tindakan itu kerana pihak plaintif pernah menghubunginya dan merayu untuk berbincang.

“Selagi perkara ini boleh dibincangkan secara baik, saya memilih untuk berbincang. Sebelum ini, Tan Sri ada menghantar surat kepada saya untuk mengatur pertemuan dan perbincangan.

“Pertemuan tersebut benar-benar berlaku dan saya mempunyai rakaman video dan gambar sebagai bukti. Namun, selepas perbincangan itu, tiada sebarang pembayaran dibuat dan nombor saya disekat. Selepas itu, baru saya buat hantaran (media sosial),” katanya.

Pada prosiding Selasa lalu, Abdul Kadir menafikan beliau mengabaikan panggilan telefon dan mesej Aliff Syukri. Katanya, beliau tidak ingat sama ada tidak pernah menjawab panggilan telefon Aliff Syukri, kecuali berada di luar kawasan.

Pada masa sama, Abdul Kadir turut mengakui disebabkan hantaran defendan ia memberi impak negatif terhadap dirinya dan keluarga selain menegaskan secara peribadi meminjam wang daripada Aliff Syukri.

Perbicaraan di hadapan Hakim Roslan Mat Nor bersambung lagi petang ini.

Abdul Kadir, 86, memfailkan saman pada 6 September 2023 dengan mendakwa Aliff Syukri, 39, yang terlibat dalam industri hiburan dengan jumlah pengikut ramai di media sosial mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap plaintif di Instagram dan Facebook pada 2 Julai 2023.

Plaintif mendakwa kenyataan itu membawa maksud antaranya plaintif berhutang dengan defendan berjuta ringgit selain gambar plaintif yang diletakkan pada kenyataan itu mengundang komen negatif daripada pembaca.

Oleh itu, plaintif menuntut defendan membayar RM70 juta untuk libel (fitnah bertulis) dan ganti rugi yang dinilai oleh mahkamah selain perintah supaya defendan memberikan aku janji bertulis untuk tidak akan menyiarkan sebarang fitnah terhadap plaintif serta permohonan maaf tanpa syarat yang disiarkan di akaun media sosial defendan dalam tempoh tujuh hari dari tarikh perintah ini.

Sementara Aliff Syukri menerusi pernyataan pembelaan mendakwa beliau membuat bayaran pelaburan RM30 juta bagi mematuhi perjanjian usahasama bertarikh 26 November 2018 yang melibatkan plaintif, defendan serta dua syarikat.

Dakwanya, pihak-pihak di dalam perjanjian usahasama gagal membuat pembayaran wang yang dilaburkan selain segala pelanggaran-pelanggaran janji sedemikian termasuk aku janji yang diberikan plaintif kepadanya adalah di dalam pengetahuan plaintif sendiri. 

Sumber:– KOSMO! ONLINE


 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ZORRO5555 8-1-2026 09:05 PM
Elok la...2x5 jer
Quote Purplehaz 8-1-2026 10:13 PM
"silap labur duit lebur"..
Quote lasagna 9-1-2026 11:59 AM
lawan jer toklip.. dah kasi chance ajak discuss tak mo kan,
proceed jer toklip. tan sri kot, bkn rakyat marhaen ni..
Quote makiting 9-1-2026 02:03 PM
tan sri tu dah tau kot.. pelaburan mestilah la ada untung rugi nya.. adakah melabur tu dikira berhutang kalau gagal capai target?
Quote talapia 9-1-2026 02:38 PM
makiting replied at 9-1-2026 02:03 PM
tan sri tu dah tau kot.. pelaburan mestilah la ada untung rugi nya.. adakah melabur tu dikira berhut ...

aku tak rasa dia tak faham maksud pelaburan.
dia tulis tu ada terma2 perjanjian yang dilanggar jugak..
and suprising dia ada rekod perbincangan n video masa berjumpa dulu..
meaning dia mmg bersedia

dia bukan baru setahun dua berniaga.. berjuta2 punya value..
takkan basic pelaburan pon tak faham
dan dia pon mmg ada lawyer peribadi kan..
nampak sotong bodoh2 alang je dia ni.. tapi bab bisnes geliga
Quote makiting 9-1-2026 05:17 PM
talapia replied at 9-1-2026 02:38 PM
aku tak rasa dia tak faham maksud pelaburan.
dia tulis tu ada terma2 perjanjian yang dilanggar jug ...

mungkin jugak...

kita tengok aje laa kesudahan kisah mereka2 ini
Quote L.U.S.M 9-1-2026 05:41 PM
talapia replied at 9-1-2026 02:38 PM
aku tak rasa dia tak faham maksud pelaburan.
dia tulis tu ada terma2 perjanjian yang dilanggar jug ...

Tak wehhh...mmg sotong ni bodoh ye...whatever it is..dia xblh post mcm tu...ko Dato Sri kot..sendiri mengaku terpaling no syatu sekali ko pergi viralkan cara gitu..alasan sbb dh kua duit byk..cari dato ni xjumpa2..eh kata byk lawyer etc..kenapa xde yang nasihatkan..

Btw dia pun byk mungkir janji and xikut kontrak..cth mcm kes rumah makan terlajak laris kat kota dam tu..owner org lain tp claim as dia punya utk marketing purposes..itu xcapai target sampai melingkup dh..marketing dia pun buat ala kadar je.sbb mmg bukan dia punya kedai pun..org tu otw saman dia jugak..kenapa xmemekak
Quote talapia 12-1-2026 09:19 AM
L.U.S.M replied at 9-1-2026 05:41 PM
Tak wehhh...mmg sotong ni bodoh ye...whatever it is..dia xblh post mcm tu...ko Dato Sri kot..sendi ...

bab memekak kat medsos tu mmg bodo la..
tapi untuk dia tak faham maksud pelaburan and claim as utang tu I don't think so  la.
bab undang2 mmg bukan bidang dia.. tu yg mmg saman menyaman tu kena.
mungkin lawyer tak nasihat.. or dia bantai bising dulu lawyer tak terkata apa..

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 11:03 PM GMT+8 , Processed in 0.044423 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top