|
Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau Dr. Fie tidak berniat mengaibkan atau menjatuhkan maruah bekas suaminya penyanyi, Ahmad Nubhan Ahamad apatah lagi mensensasikan kemelut rumah tangga mereka.
Dr. Fie, 36, berkata, luahan yang dibuatnya di media sosial @thread miliknya hanyalah bersifat peribadi dan bukan bertujuan untuk disebarkan kepada pihak media. “Saya tiada niat hendak jatuhkan dia atau jadikan ini isu panas rakyat Malaysia, saya cuma meluahkan perasaan saya di media sosial tetapi media yang petik luahan saya itu. “Apa yang saya buat selama ini bukan untuk diri saya, tetapi untuk anak-anak dan jika saya hanya fikirkan diri sendiri, dah lama saya keluar,” katanya ketika ditemui di di Kompleks Kehakiman Syariah Negeri Sembilan di sini hari ini. Dalam nada sebak, Dr. Fie menyatakan, anak-anaknya sangat berharap dapat terus tinggal di rumah yang mereka diami selama ini kerana sudah selesa tinggal di situ. Jelas Dr. Fie, anak-anak sering bertanya mengenai barang-barang sekolah serta mainan mereka yang masih berada di rumah tersebut. “Saya sabar kerana anak-anak, saya tidak pernah fikir diri sendiri. Kalau saya hendak keluar rumah bila-bila boleh,” katanya. Sumber:– KOSMO! ONLINE
|
rayna_raynes replied at 11-1-2026 12:55 AM
aku tak follow case ni, tapi based on apa yang lalu2 kat social media, hanya doktor afifah ni je yan ...
pastu ckp maid tu lg layak la bla bla bla..skrg dia sibuk dgn GV mmg la diam sat..namampos keluarkan ayat2 bodo time ni?
prince_marhaen replied at 9-1-2026 07:44 AM
Jangan hujung2 si Noobis jadi macam arwah Isma Alif & Sheqal sudah lah ye...
Ko suruh lah janda ora ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
17-2-2026 11:03 PM GMT+8 , Processed in 0.092445 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.