CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anwar Ibrahim terima penghormatan tertinggi Turkiye ‘Order of the Republic’

8-1-2026 06:05 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1186| Komen: 1

 



PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima penghormatan tertinggi Turkiye melalui penganugerahan ‘Order of the Republic’ hari ini.

Anwar berkata, anugerah itu disampaikan oleh Presiden Recep Tayyip Erdogan sebagai pengiktirafan terhadap usaha memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Turkiye.

Perdana Menteri yang kini dalam lawatan rasmi ke Turkiye berharap pengiktirafan itu akan terus menjadi pemangkin memperkukuh kerjasama kedua-dua negara.

“Saya menerimanya dengan penuh rasa syukur dan rendah diri, bukan atas kapasiti peribadi, sebaliknya bagi pihak seluruh rakyat Malaysia.

“Penganugerahan ini juga melambangkan keakraban persahabatan yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara, berteraskan kepercayaan, saling menghormati dan aspirasi bersama untuk keamanan serta kemakmuran sejagat,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Dalam hantaran berasingan, Anwar memaklumkan beliau dan isteri bersama delegasi Malaysia diraikan oleh Presiden Erdogan pada Majlis Makan Malam Rasmi.

“Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya zahirkan kepada Presiden Erdogan dan keluarga serta teman-teman di Ankara atas layanan yang cukup luar biasa, penuh keikhlasan dan persaudaraan.

“Saya mendoakan agar Presiden Erdogan dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan, kekuatan serta kebijaksanaan dalam memimpin Turkiye ke arah keamanan, kemakmuran dan keadilan yang berterusan, demi kesejahteraan rakyat dan dunia Islam seluruhnya,” katanya. 

Sumber:– KOSMO! ONLINE


 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote L.U.S.M 8-1-2026 06:07 PM
2nd highest laa...tu pun terbakar sbb org lekeh dia kawan dgn edrogan smpi 3tahun tara dpt apa2..so kenala kasi syatu sebelum pencen..heheh

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 09:25 PM GMT+8 , Processed in 0.067725 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top