CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Selangor tolak permohonan bina eskalator di Kuil Batu Caves

8-1-2026 06:01 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1710| Komen: 11

 



SHAH ALAM – Kerajaan Selangor telah menolak permohonan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) daripada seorang individu untuk membina eskalator di sebuah kuil di Batu Caves.

Exco Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan Selangor, V. Papparaidu, berkata keputusan itu dibuat kerana tanah yang dimohon adalah tanah rizab kerajaan negeri.

“Tanah tersebut tidak boleh dipohon oleh individu kerana ia adalah untuk kegunaan orang awam. Kita hanya akan mempertimbangkan permohonan LPS jika ia dibuat melalui persatuan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau juga mendedahkan bahawa pihak pengurusan kuil berkenaan telah membina beberapa bangunan yang dijadikan pusat perniagaan tanpa mendapatkan sebarang kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Justeru, kita akan menjalankan siasatan ke atas semua premis tersebut dan akan mengambil tindakan mengikut undang-undang sedia ada,” ujarnya.

Beliau menegaskan bahawa kuil yang sangat popular di dalam dan luar negara itu sepatutnya menjadi contoh kepada kuil lain.

“Semua kuil yang ingin membina bangunan di sekitarnya perlu memohon kebenaran daripada PBT sebelum memulakan sebarang pembangunan,” tegasnya. 

Sumber:– KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 8-1-2026 07:48 PM
Diaorang buat Malaysia macam negara India
Quote TOPwind 8-1-2026 07:50 PM
Kuil Batu Cave tu

sampai sekarang adalah atas tanah Haram.

tapi no action taken
Quote sharlenetexas 8-1-2026 07:52 PM
TOPwind replied at 8-1-2026 07:50 PM
Kuil Batu Cave tu

sampai sekarang adalah atas tanah Haram.

Asalnya tanah rizabkah?


Quote kemaruk 8-1-2026 08:41 PM
Kuil batu caves ni takpe la.. kebanggaan negara

Sebab batu caves banyak bagi keuntungan kepada negara dari segi ekonomi, pelancongan etc

World class attraction terutama pada waktu thaipusam

Masih teringat lagi gambar najib bersaiz gergasi tersergam megah di sebelah highway MRR2 dulu..
Quote ardent91 8-1-2026 08:53 PM
TOPwind replied at 8-1-2026 07:50 PM
Kuil Batu Cave tu

sampai sekarang adalah atas tanah Haram.

tp bukan sultan selangor back then (taun 60an/70an camtu) ke yg bagi consent untuk batu caves tu stay kat situ?
Quote FOTHER-MUCKER 8-1-2026 10:36 PM
Singapura melayu tendang keluar, apa lagi?

Oh ye, melayu juga di perbodohkan oleh penganut hindu
Quote FOTHER-MUCKER 8-1-2026 10:39 PM
Edited by FOTHER-MUCKER at 8-1-2026 09:23 AM



[fbp]https://fb.watch/EvEpzPb_wM/?fs=e[/fbp]

https://www.facebook.com/share/v/17mgHYP7Eh/?mibextid=wwXIfr

Quote Skuau 8-1-2026 11:37 PM
FOTHER-MUCKER replied at 8-1-2026 10:36 PM
Singapura melayu tendang keluar, apa lagi?

Oh ye, melayu juga di perbodohkan oleh penganut hindu:lo ...

lg diperbodohkan oleh bangla,pakis,indon,rohingya..hanya kerna...'kita saudara la abang'.
Quote nisako 9-1-2026 10:57 AM
wow bina atas tanah kerjaan ke wowww patut menduniaaaaaaaaaa
Quote pengecatbintang 9-1-2026 12:22 PM
TOPwind replied at 8-1-2026 07:50 PM
Kuil Batu Cave tu

sampai sekarang adalah atas tanah Haram.


sejak bila kuil Batu Caves tu wujud?

2023?
Quote Minami2013 9-1-2026 12:30 PM
Siap bina bangunan lain utk tujuan bisnes tanpa kelulusan

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 05:53 AM GMT+8 , Processed in 0.224905 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top