CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Duda sembunyi belakang pintu disyaki khalwat dengan janda

8-1-2026 05:01 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1454| Komen: 4

 



Batu Pahat: Cubaan seorang duda menyorok di belakang pintu bilik gagal apabila ditahan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) kerana disyaki berkhalwat dengan wanita berstatus janda di rumah di daerah ini, semalam.

Penahanan lelaki berusia 40-an dan pasanganya berusia 30-an dilakukan pada 8.15 pagi susulan laporan dibuat orang awam selain intipan dijalankan penguatkuasa.

Menurut JAINJ, sebelum penahanan pasangan terbabit, penguatkuasa ke rumah milik wanita dan ternampak kereta dalam garaj manakala motosikal di belakang rumah.

"Dua anggota penguatkuasa ditugaskan ke belakang rumah bagi mengelak mereka meloloskan diri. Penguatkuasa kemudianya mengetuk pintu kira-kira 10 minit sebelum seorang wanita memakai telekung labuh dan berseluar panjang membukanya.

"Penguatkuasa memperkenalkan diri dan menunjukkan kad kuasa seterusnya masuk ke rumah untuk pemeriksaan. Pemeriksaan di bilik belakang menemukan seorang lelaki sedang menyorok di belakang pintu.

"Lelaki itu kelihatan ketakutan kerana dipercayai cuba melarikan diri melalui pintu belakang namun nampak penguatkuasa sudah mengepungnya. Lelaki itu hanya berseluar panjang tanpa baju," katanya dalam kenyataan.

Katanya, katil juga didapati berselerak dan pemeriksaan dalam rumah hanya menemukan mereka berdua.

JAINJ berkata, hasil soal siasat mendapati pasangan itu bukan suami isteri.

"Pasangan terbabit dibawa ke balai polis dan mereka akan didakwa mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan-Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997," katanya.

Sumber: Harian Metro


 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ZORRO5555 8-1-2026 06:38 PM
Nikah jer la sana
Quote tumpanglalu74 8-1-2026 08:04 PM
Takde telor punye duda..
Quote kelapaparut 9-1-2026 12:35 AM
Hotel2 5 star kan ade seluruh johor hingga ke melaka, apela kedekut sgt nak kluar modal. Nak jugak buat projek kat kwsn penuh org melayu ni
Quote gigahertz 9-1-2026 01:04 AM
kelapaparut: Hotel2 5 star kan ade seluruh johor hingga ke melaka, apela kedekut sgt nak kluar modal. Nak jugak buat projek kat kwsn penuh org melayu ni

tak boleh. jabatan agama rajin buat keje.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 07:17 AM GMT+8 , Processed in 0.276686 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top