CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Salji lebat diramal landa Seoul, suhu cecah -30C di kawasan pergunungan

8-1-2026 04:49 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1246| Komen: 2

 


Seoul: Luruan angin sejuk secara tiba-tiba (jerembak sejuk) melanda Korea Selatan pada Khamis dengan suhu di Seoul menurun kepada negatif (-) 8.2 darjah Celsius (C), ketika agensi kaji cuaca negara itu meramalkan salji lebat di wilayah tengah pada hujung minggu ini, lapor Agensi Berita Yonhap.

Menurut Pentadbiran Meteorologi Korea (KMA), penurunan suhu yang nyata kepada -13.2C di ibu negara dan -30C di beberapa kawasan pergunungan di Wilayah Gangwon pada sebelah pagi.

Jerembak sejuk itu dijangka berterusan sehingga pagi Jumaat, namun salji lebat diramalkan melanda wilayah tengah mulai malam tersebut hingga hujung minggu, menurut KMA.

Salji dijangka meluas ke wilayah selatan pada pagi Sabtu, manakala salji atau hujan dijangka mula turun di Pulau Jeju mulai petang Sabtu.

Salji atau hujan dijangka berterusan sehingga Ahad di Wilayah Chungcheong Selatan, wilayah Jeolla dan kawasan pedalaman barat Wilayah Gyeongsang Selatan, menurut KMA.

Selepas itu, salji atau hujan dijangka turun semula di wilayah tengah dan Wilayah Jeolla Utara pada Isnin, tambahnya.

Sumber: Harian Metro


 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PULANGKAN 8-1-2026 05:27 PM
jerembak sejuk.. perkataan baru bagiku
Quote ZORRO5555 8-1-2026 06:37 PM
Sejukk tu ...

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 11:59 AM GMT+8 , Processed in 0.594070 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top