|
Lama tak dengar cerita mengenai pelakon Indonesia, Jefri Nichol, timbul dakwaan aktor itu menjalin hubungan dengan pempengaruh konrtoversi, Jule. Lebih kecoh apabila Jefri dan Jule didakwa bercuti ke Bali dan gambar mereka berdua turut dirakamkan disana. Turut menjadi perhatian, penampilan Jule atau nama sebenarnya Julia Prastini dilihat tidak lagi mengenakan tudung dan berpenampilan seksi. Bagaimanapun, gambar berkenaan dirakam dari jarak agak jauh sekaligus menyukarkan untuk mengenalpasti identiti dua individu dalam gambar berkenaan. Sementara itu, khabar angin itu hangat diperkatakan selepas Jule memuat naik gambar berada di pandai didakwa di Bali. Terdahulu, Jule bernikah dengan Na Daehoon pada Julai 2021 namun bercerai pada Disember tahun lalu. Jefri pula sebelum ini pernah menjalin hubungan cinta dengan Ameera namun pada November lalu kedua-duanya telah pun memadam gambar bersama di media sosial Sumber: Rotikaya
|
ADVERTISEMENT