CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Dah Maklum, Tiada Respon” – Jenazah Isma Aliff Dikebumi Tanpa Kehadiran Anak-Anak

8-1-2026 12:45 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3848| Komen: 29

 



Pelakon dan penyanyi era 1980-an, Isma Aliff dilapor meninggal dunia di kediamannya di Kampung Melayu Ampang pada jam 8.30 pagi, 7 Januari selepas berdepan komplikasi strok sejak dua tahun lalu.

Memetik BH Singapura, pemergian Allahyarham Isma disahkan adiknya, Shamsidah Ismail yang memaklmkan kesihatan abangnya semakin merosot.

“Sebab kematian mungkin daripada strok yang dialami selama dua tahun, cuma dalam seminggu terakhir, arwah hanya terlantar.

“Daripada itu, kami lihat arwah sudah tidak berada dalam keadaan baik dan hari ini, abang meninggal dunia,” katanya.

Sementara itu, Shamsidah berkata pengebumian jenazah abangnya akan diteruskan tanpa perlu menanti kehadiran isteri dan dua anaknya memandangkan usahanya menghubungi mereka sebelum ini tidak berjaya.

“Saya bukan nak mengaibkan sesiapa, cuma saya ada beritahu ayah mereka bukan dalam keadaan baik. Jumpalah selagi dia masih boleh bercakap.

“Walaupun percakapannya sudah tidak jelas, tentulah sebagai seorang bapa dia ingin berjumpa anak-anaknya. Dia (anak sulung) ada balas ‘Allahuakbar, terima kasih maklumkan’.

“Lepas itu kami tunggu pagi dan petang, tapi tak juga datang. Saya anggap belum ada rezeki untuk mereka berjumpa,” katanya.

Dalampada itu, Shamsidah berkata dia turut menghubungi anak-anak arwah abangnya pagi 7 Januari namun tiada respon.

“Hari ini, saya maklumkan ayah mereka sudah meninggal dunia, tapi tiada respons. Anak saya juga cuba hubungi, namun panggilan ditolak,” katanya.

Allahyarham Isma Aliff berkahwin dengan Norha Rafie pada 1986 dan dikurniakan dua anak, Norismalina dan Muhammad Aliff.

Sumber: BH Singapura, Rotikaya


 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Suci_Murni 8-1-2026 12:57 PM
aritu kes arwah sheqal.. smlm kes arwah isma alif lak.

kalau para bapak2 yang mengabaikan anak2 masa anak masih kecik dan dah tua sakit baru nak jumpa harap sedarlah cepat
Quote Minami2013 8-1-2026 01:13 PM
At least arwah jaga mak nya sampai tiba ajal arwah. Urusan dgn anak2 dgn ex wife tu kita pun tak tau.. ada lah sebab mereka jadi keras hati sebegitu. Kita ni la kena ambil iktibar.
Quote badai 8-1-2026 01:21 PM
Edited by badai at 8-1-2026 01:22 PM

jahat.. .

pegi je lah lawat ayah tu buat kali terakhir.. tak kisah la bapak perangai apa.
unless mmg tak boleh lawat sebab banjir atau tinggal jauh dekat venezuela
Quote ZORRO5555 8-1-2026 01:32 PM
Ada la tu sebab anak2 x dpt dtg tgk arwah
Quote lasagna 8-1-2026 02:02 PM
ZORRO5555 replied at 8-1-2026 01:32 PM
Ada la tu sebab anak2 x dpt dtg tgk arwah

yaa betul.. kita pun tak tau cite sebenar dia org..
smoga roh arwah tenang di sana aminnnnn...
Quote Perawankota 8-1-2026 02:43 PM
Sedih lak bila baca sampai arwah meninggal pon dorg tak pi ziarah. Bila tengok arwah jenis orang yang selalu tersenyum, lagi sedih.. Kita tak tau siapa yang bersalah. Apapon, semoga arwah ditempatkan Di kalangan orang2 yang beriman. Aamiinn..
Quote dua_chzy 8-1-2026 02:47 PM
Baca la kat luahan masalah2 peribadi kat Threads. Boleh faham kenapa ada mak bapak abandoned oleh anak2 di masa tua.
Quote dua_chzy 8-1-2026 02:48 PM
badai replied at 8-1-2026 05:21 AM
jahat.. .

pegi je lah lawat ayah tu buat kali terakhir.. tak kisah la bapak perangai apa.

Nope. No no no.

You get what you give kat dunia ni. Semoga di akhirat pun sama.
Quote Nuyak 8-1-2026 02:58 PM
kalau kena macam anak Zainal Abidin , korang rasa nak ke di g lawat? dia ada cerita Mak dia yg struggle besarkan dia...skrg ni bila dengar cerita2 mcm ni mmg tak boleh salahkan anak 100%, apa yg si ayah tabur itu la hasil nya...
Quote penmerah 8-1-2026 03:02 PM
badai replied at 8-1-2026 01:21 PM
jahat.. .

pegi je lah lawat ayah tu buat kali terakhir.. tak kisah la bapak perangai apa.

Nope

Kita tak tahu cerita belakang tabir utk judge anak2
Ex bini dan anak2 tak air dirty/perfumed laundry
Adalah tu sebab musababnya


Quote nuhanis 8-1-2026 03:12 PM
dua_chzy replied at 8-1-2026 02:47 PM
Baca la kat luahan masalah2 peribadi kat Threads. Boleh faham kenapa ada mak bapak abandoned oleh an ...

Kat sana pun banyak luahan kes husb curang kan uols.

lepas satu, satu bini spill.

ke sebab iols selalu klik topik macam tu, so auto suka keluar bab tu



Quote Purplehaz 8-1-2026 03:21 PM
buat lah kenduri tahlil utk arwah ayah
anak2 arwah ni terpisah dari kecil atau dh besar habis sekolah. mcmana la kehidupan bersama keluarga dulu. semoga jd iktibar kita.
Quote babelina 8-1-2026 03:44 PM
hmmmm.. tu la sedih juga bc..
kdg tu la mak bapak punya hal juga..
Quote pocongkiutss 8-1-2026 03:56 PM
Tgk la bapak tu camne kan

Kes yg baru2 ni sampai anak sekolah rendah melutut kat bapaknya tu jgn dilupa yaaa

So sbg acik porem aku maleh nk kesian2 beria sgt..pepandai la tu anak dia doa..kita ni islam berdoa & sedekah bacaan yasin ke apa tu bkn wajib depan kubur je, kat rumah diam2 pun boleh
Quote asfaz 8-1-2026 04:00 PM
Kat fb ,ramai yg mula keluar jahat2 tu ayah kau,macam mana jahat pun kena hormat kena patuh.
Dlu ai pernah tanya,kalau bapak jenis haruan makan anak,kena patuh jugak ke? Tak berjawap pulak makcik pemegang kunci syurga tu.

Quote KamikuP 8-1-2026 04:55 PM
Ada netizen spill the tea yg see more ...
Quote heythere123 8-1-2026 04:56 PM
dua_chzy replied at 8-1-2026 02:48 PM
Nope. No no no.

You get what you give kat dunia ni. Semoga di akhirat pun sama.

ye ini meols setuju.
Quote azimodin 8-1-2026 05:02 PM
asfaz replied at 8-1-2026 04:00 PM
Kat fb ,ramai yg mula keluar jahat2 tu ayah kau,macam mana jahat pun kena hormat kena patuh.
Dlu ai  ...

Betul. Hormat biar bertempat.. kalau bapak dah perangai hazabedah, baik jauhkan diri. Takut lama2 jadi gunting dalam lipatan, menyusahkan diri & ahli keluarga yg lain jugak.
Quote rayray28 8-1-2026 08:19 PM
KamikuP replied at 8-1-2026 04:55 PM
Ada netizen spill the tea yg see more ...

Kt mana tu?

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 07:05 PM GMT+8 , Processed in 1.177500 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top