|
Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai pelakon Zizan Nin apabila ada yang berkata hampir tidak kenal dengan aktor berkenaan. Memetik BH Online, Zizan berkata penampilannya hari ini seiring degan usia dan tiada keperluan untuk mengubah penampilan dengan melakukan rawatan botoks. “Saya dah berusia 50-an. Bagi saya, penampilan saya sekarang seiring dengan usia. Saya tak ada keinginan untuk ‘repair’ diri dengan rawatan botoks atau pembedahan plastik. Dipanjangkan usia dan kekal sihat pun saya sudah sangat bersyukur,” katanya. Sementara itu, Zizan berkata mereka yang komen memperlekehkan penampilannya mungkin banyak masa terluang. “Mungkin mereka ada banyak masa terluang dan seronok memberi pendapat secara berjemaah, walaupun komen itu tidak wajar,” katanya. Dalam pada itu, menerusi satu hantaran di Threads, Zizan kesal apa bila imejnya diperlekehkan berbanding memberi perhatian dengan apa yang dikongsikannya di podcast berkenaan. “Ramai yang mengutuk dan memperlekehkan imej saya, bukannya memberi perhatian kepada info yang dikongsikan dalam podcast itu. “Respon saya ringkas sahaa, I age gracefully. Sejajar dengan usia, kita menua, bukannya semakin muda. Semoga terus sihat, dipanjangkan usia dan menjadi warganegara yang berguna,” tulisnya Sumber: BH Online, Rotikaya |
Ferr_Remy replied at 8-1-2026 05:38 AM
Sbb tu time muda klu helok jgn nak kekwat. Muda ni x lama. Aku x ckp Zizan Nin ni ye. Die friendly. ...
Prickford replied at 8-1-2026 01:49 PM
Tadi ada baca satu komen kat FB kata Zizan Nin ni masa muda sombong. Kekwat. Orang tegur tak layan ...
farlis replied at 8-1-2026 01:54 PM
Lain sgt rupa dia. Rmai je yg tua2 nmpk hensem setanding dgn usia. kena keep fit, jaga mkn etc. Utk ...
L.U.S.M replied at 8-1-2026 01:08 PM
Zizan nin...
klu ko baca ni...
Pergi dm telegram @PeptidesMalaysia
Prickford replied at 8-1-2026 01:49 PM
Tadi ada baca satu komen kat FB kata Zizan Nin ni masa muda sombong. Kekwat. Orang tegur tak layan ...
pocongkiutss replied at 8-1-2026 03:57 PM
Nanti muka mcm pakai ozempic tak


Ferr_Remy replied at 8-1-2026 08:04 AM
Ye ke... Mungkin tgh bad mood kot time tu. Tp klu die kekwat pun, x pelik pun. Sbb time tu maybe t ...



ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
19-2-2026 02:57 PM GMT+8 , Processed in 0.224377 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.