CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sweet Qismina Kumpul Kad Pokemon Sebagai Pelaburan - “Saya baru beli satu kad dalam RM100 lebih"

8-1-2026 12:36 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 687| Komen: 4

 


Pelakon Sweet Qismina berkongsikan hobi barunya mengumpul kad Pokémon sebagai satu bentuk pelaburan.

Memetik Oh Bulan, Sweet berkata suaminya Adam Lee turut memberikan sokongan penuh serta galakan daripada rakan selebriti, Harris Anuar.

Menurut Sweet lagi, dia mula memahami mengenai kad Pokemon itu selepas menonton satu video di TikTok dan mendapat tahu ianya boleh dijadikan sebagai pelaburan.

“Saya ada hobi baru, terjatuh cinta dengan kad Pokemon. Bermula daripada TikTok, saya nampak seorang budak muat naik satu kad sampai menangis. Saya cari harga kad itu, 5 angka. Daripada itu, saya mula fahamkan apa itu kad Pokemon.

Sebab saya baru tahu kad itu boleh buat pelaburan. Kalau beli dengan harga sekian-sekian, boleh cecah beribu kalau PSA 10 masa hantar grading.

“Tambahan pula, kawan kami iaitu Harris Annuar banyak cerita. Dia melabur 5 angka dan boleh cecah 6 angka sebagai pulangan,” katanya.

Dalam pada itu, Sweet berkata dia hanya berbelanja sekitar RM100 untuk kad Pokémon, namun berpotensi memperoleh pulangan melebihi RM1,000.

Namun, Sweet berkata dia menganggap hobi tersebut sekadar minat peribadi seperti di zaman kanak-kanak serta mengakui dirinya seorang yang cepat bosan.

“Saya baru beli satu kad dalam RM100 lebih. Orang kata, kalau hantar pergi grading boleh cecah seribu lebih. Saya belum melabur sampai beribu. Baru 1 ke 2 kotak.

“Saya tiada hobi. Saya cepat bosan. Lain dengan Adam, semua benda dia buat. Saya jenis ikut saja Adam. Bila ada hobi baru, dia sokong saja.

“Bila kita kata hobi, ianya tidak menjanjikan dapat pulangan. Saya anggap macam zaman kanak-kanak dulu kumpul kad. Janji apa yang saya beli itu, saya suka dan bukan sekadar untuk pelaburan,” katanya.


Sumber : Oh Bulan. Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 8-1-2026 02:45 PM
Mcmana Cara dorg tentu kan harga Kad tu ye?
Quote dua_chzy 8-1-2026 02:46 PM
Perawankota replied at 8-1-2026 06:45 AM
Mcmana Cara dorg tentu kan harga Kad tu ye?

Rarity. Lagik rare, lagik valuable. Collectors sanggup bayar sampai beribu.
Quote L.U.S.M 8-1-2026 03:02 PM
Saya baru beli satu kad dalam RM100 lebih

Ni bukan kumpul..ni namanya baru berjinak2..nak kumpul apa klu baru 1 nyahhh
Quote slyfynx 8-1-2026 03:20 PM
Org kalau nk mula beli booster dulu, then simpan yang holo, secret rare ke, SIR ke.
Sy beli satu RM100 tu bukan kumpul namanya
Binder ade?

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 06:28 PM GMT+8 , Processed in 0.847221 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top