CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Uyaina Arshad Mengidam Emas, Suami Beri Kad Kredit

8-1-2026 12:08 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1789| Komen: 46

 



Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad berkata dia dan suaminya, Raja Syahiran memilih untuk tidak mengetahui jantina bayi sehingga hari kelahiran kelak.

Memetik mStar Online, Uyaina berkata dia dijangka bersalin anak ketiga dalam tempoh dua minggu lagi dan tidak membuka dokumen pemeriksaan jantina bayi kandungannya.

“Kalau ikutkan tinggal lagi dua minggu untuk melahirkan cahaya mata ketiga. Alhamdulillah setakat ini sihat, cuma bila dah masuk fasa trimester ketiga memang penat tak boleh bawa bincang.

“Saya memang tak tahu jantina bayi walaupun dah nak bersalin. Dokumen yang doktor bagi pun saya tak buka. Biarlah saya dan suami rasa kejutan bila melahirkan nanti. Tapi nama sudah ada,” katanya.

Sementara itu, Uyaina turut berkongsikan pengalaman mengidam dimana pada peringkat awal dia hanya teringin masakan Melayu kemudian berubah kepada barangan kemas.

Menurutnya lagi, suaminya sentiasa menyokong kemahuannya serta sanggup memberikan kad kredit untuk membeli emas dimahukan.

“Mengidam emas tu memang betul, pada awalnya cuma mengidam nak makan lauk Melayu saja. Tapi tiba-tiba rasa macam tak makan pun tak apa asalkan dapat emas. Berpada-pada juga berbelanja ikut kesedaran dan kewarasan.

“Suami bagi kad kredit, saya pergi satu Kuala Pilah cari emas. Memang murah rupanya emas disana,” katanya.

Untuk rekod, Uyaina berkahwin dengan Raja Syahiran pada 21 Disember 2021. Pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki, Raja Urhan dan Raja Urayyan.

Sumber : mStar Online, Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kaklehot 8-1-2026 03:02 PM
laki she keje apa ya..
Quote slyfynx 8-1-2026 03:19 PM
Kesah ke pun
Quote lolipopmanish 8-1-2026 04:07 PM
Riaknya
Quote dewi_rina 8-1-2026 04:37 PM
Haritu berita dia pegi beli emas sampai negeri sembilan, harini berita pasal beli emas lagi

Nak tunjuk kat sape nyah
Quote Perawankota 8-1-2026 05:39 PM
kaklehot: laki she keje apa ya..


Tertanya2 jugak
Quote TTun_Teja 8-1-2026 06:38 PM
Berapa 1 gram kat sana ya?
Quote likilu 8-1-2026 10:16 PM
Nama baby dah ready?

Tak kesian ke anak anak membersar dgn nama nama sebegitu
Quote SANKURIANG 9-1-2026 05:40 AM
Laki bagi CC? Beli emas berhutang la ye? Patut minta laki masukkan duit dlm akaun kau, kau beli aja guna kad kau beli emas, bukan beli guna credit card doh….BTW…kat PD pun emas murah…
Quote TeropongThaico 9-1-2026 06:17 AM
Sib baik tok laki bg card gi beli sendiri. Kalau dia yg bawa balik takut juga kang dpt emas korea chop 916 jer
Quote prince_marhaen 9-1-2026 07:35 AM
Beli emas hutang CC pun bonggahhhhh!
Quote DARSITA 9-1-2026 07:44 AM

dari wiki

Yang Mulia Raja Syahiran bin Raja Azhanrianshah (lahir 22 Julai 1993) ialah seorang penyanyi dan pelakon lelaki Malaysia dan merupakan suami kepada pelakon, Uyaina Arshad.
Quote missbigrockstar 9-1-2026 08:40 AM
dewi_rina replied at 8-1-2026 04:37 PM
Haritu berita dia pegi beli emas sampai negeri sembilan, harini berita pasal beli emas lagi

Nak tun ...

Dia nak bagi hint lah dia bakal dpt anak pompuan walaupun tak check jantina nak surprise katanya
Quote missbigrockstar 9-1-2026 08:41 AM
kaklehot replied at 8-1-2026 03:02 PM
laki she keje apa ya..

Dulu pernah terbaca diorang laki bini ada kedai makan kat kampung baru. Kalau produk seni mmg sendu lah berdua.
Quote zad78 9-1-2026 08:47 AM
WHO ARE YOOOOUUUUSSSS??????
Quote yum3 9-1-2026 09:08 AM
TTun_Teja replied at 8-1-2026 06:38 PM
Berapa 1 gram kat sana ya?

adakah ori emas yg dia beli key n 9 tu? kalau org belah2 sana tahu. nk try gi beli gak hahahah
Quote dewi_rina 9-1-2026 11:12 AM
missbigrockstar replied at 9-1-2026 12:40 AM
Dia nak bagi hint lah dia bakal dpt anak pompuan walaupun tak check jantina nak surprise katanya ; ...

Ah gitu, mengidam emas yek preggy.. Mcm tu tiap tahun nak mengandung kalau dpt emas laki siap bagi credit card pegi beli

Emas dah lah tgh mahal skrg, i beli cincin kecik je 980 kau.. Masa pkp 350 je
Quote orkid_amani 9-1-2026 12:09 PM
Kedai emas kalau bayar pakai cc ada extra cas lain kn...aii tak ingat laa cas apa.tp mcm tgi jugak laa cas kedai emas ambik..baik laa balik debit card
Quote kucingitam 9-1-2026 12:21 PM
orkid_amani replied at 9-1-2026 12:09 PM
Kedai emas kalau bayar pakai cc ada extra cas lain kn...aii tak ingat laa cas apa.tp mcm tgi jugak l ...

ada kedai yang cas extra, ada yang takde cas pon.
Quote talapia 9-1-2026 01:23 PM
SANKURIANG replied at 9-1-2026 05:40 AM
Laki bagi CC? Beli emas berhutang la ye? Patut minta laki masukkan duit dlm akaun kau, kau beli aja  ...

kat PD emas murah?
upah tukang yg murah ke harga pergram?
jarang2 beli emas perhiasan.. tak reti pakai bebanyak.
tapi rasa rugi pulak kalau tak beli. simpan dlm account emas tu tak seseronok simpan emas perhiasan.
kitanya takut nak simpan emas2 kat rumah..
emas anak2 pon takat rantai or gelang utk hari raya. maknya mmg pakai terus buat basahan.

kalau betul emas kat negeri2 selain KL murah.. boleh aja jalan2 somban ke beli emas

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 05:08 AM GMT+8 , Processed in 0.476790 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top