|
Pelawak Shuib didenda oleh Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini kerana mempromosikan produk tembakau, dua tahun lalu.
Memetik Sinar Harian, Shuib mengaku bersalah di hadapan Majistret, Ezrene Zakariah atas pertuduhan berkenaan. Mahkamah turut mengarahkan Shuib dipenjara satu tahun sekiranya gagal membayar denda tersebut. Mengikut pertuduhan, Shuib didakwa mempromosikan produk merokok Soundvape di Dol’s Podcast yang disiarkan di saluran Youtube pada 22 Oktober 2024. Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 9(3) Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024, boleh di hukum di bawah Seksyen 9(3)(a)(i) akta yang sama. Jika disabitkan bagi kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan maksimum satu tahun atau kedua-duanya. Bagaimanapun peguam yang mewakili Shuib memohon hukuman denda paling minimum kerana anak guamnya sudah mengeluarkan siaran promosi terbabit daripada Youtube. Sumber : Sinar Harian, Rotikaya
|
L.U.S.M replied at 7-1-2026 06:47 PM
Asal nabil Aaron Ajis Nanas semua xkne plk
BungaKencana replied at 8-1-2026 10:20 AM
dorang ni promote direct ke atau sekadar gantung je? soeb kne sbb dia promote direct kot dlm pokka ...
L.U.S.M replied at 8-1-2026 10:47 AM
Xsilap aku pernah nmpk dia gantung kat leher..pastu kat dlm live tu tunjuk mcm2 flavor..aku buat r ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
17-2-2026 05:08 AM GMT+8 , Processed in 0.346587 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.