CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nenda Cantik! Macam Tak Menua, Mas Anizan Genap Usia 53 & ‘Maintain’ Awet Muda

7-1-2026 03:01 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3781| Komen: 57

 



Kalau tengok raut wajah dan penampilan anggun Datin Mas Anizan pasti ramai yang tidak menyangka usia sebenar selebriti ini. Mana tidaknya, pada usia meniti 50an dia masih kelihatan jelita dan awet muda! Apatah lagi, Datin Mas juga sudah pun berstatus nenek.

13 November lalu pemilik nama Mas Anizan Mohd Shahid ini genap menjangkau umur 53 tahun. Pesona jelita aktres ini sememangnya tidak pudar dek usia. Macam tak menua.

Bersempena ulang tahun kelahiran, pelakon Andai Tiada Dia ini diraikan meriah anak-anak dan ahli keluarga tersayang. Menerusi perkongsian video di media sosial, Datin Mas bahagia dikelilingi insan kesayangan dan tampil memikat dalam persalinan denim.

 



Kongsinya, “Thank you for the most memorable night. Alhamdulillah, for another year older.”

Dari zaman anak dara sampai sekarang macam tak berubah wajah Datin Mas Anizan. Sememangnya pelakon popular era 90an ini bertuah kerana dikurniakan rupa paras cantik sempurna.



Mas Anizan sebelum ini pernah berkahwin dengan ahli perniagaan Allahyarham Datuk Ali Bapoo pada tahun 1993 dan dikurniakan dua anak iaitu Mas Aliza dan Muhamad Masli Daniel.

Menerusi perkahwinan kedua, dia mempunyai seorang anak perempuan iaitu Ariana Marissa yang kini berusia 11 tahun.

Mas Anizan Genap Usia 53 Tahun




9 November lepas, anak lelakinya selamat melangsungkan pertunangan. Titip ibu jelita ini, “My son’s engagement day. Alhamdulillah, everything went smoothly. Semoga dipermudahkan jalan menuju hari bahagia nanti. Aamiin Allahumma Aamiin.”



Pada 15 Februari lalu, personaliti ini menerima kehadiran cucu sulung selepas anak perempuan sulungnya iaitu Mas Aliza selamat melahirkan cahaya mata lelaki. Figura ini menggelarkan dirinya dengan gelaran Nenda.

Mas Aliza sah menjadi isteri kepada juruterbang Faruq Azran Kamal Azran pada 6 Ogos 2021 dan kini menetap di Qatar kerana mengikut suaminya bertugas di sana.

Sumber : Nona

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alesandra 7-1-2026 03:06 PM
Cantik le dia ni utk umur 53 thn kan
Quote sweetfasha 7-1-2026 03:32 PM
cantik.. attitude pun bagus.. tak de macam menggarit ke hape.. berlakon pun bolehlah tak kayu sgt
Quote Kancilkering 7-1-2026 03:40 PM
pandai sustain
teringat zaman zaman gadis litar
tapi dia ni memang gorgeous
Quote hokeypokey 7-1-2026 03:41 PM
ok mmg cun & nampak muda.. tahniah
Quote MatDeghem 7-1-2026 04:20 PM
kat gambar. nampak mekap setebal carpet.

mekap + filter = meletoppp

Quote lolipopmanish 7-1-2026 04:25 PM
Cantik seiring dgn umorr
Quote freyayong 7-1-2026 04:32 PM
anggun nye dia ni
Quote pocongkiutss 7-1-2026 04:39 PM
Cantik..dia menyondol pun tak hover mcm ex yizlan ucop tu kan..low profile jah dia ni
Quote sukacactus 7-1-2026 04:51 PM
Dalam gambar je nampak muda
Kalau tgk kat tv nampak berumur jg tp tak dinafikan, masih cantik
Quote evlinne 7-1-2026 04:52 PM
pocongkiutss replied at 7-1-2026 04:39 PM
Cantik..dia menyondol pun tak hover mcm ex yizlan ucop tu kan..low profile jah dia ni

Sape husbank kedua dia uols?
Mmg merican mamak tu ke
Quote evlinne 7-1-2026 04:54 PM
Cantik btul nek mas niii
Mmg aging gracefully sgt2
Sheols ni keturunan anak mami ke? Sbb hidung pesen2 tuu
Quote Incanto 7-1-2026 05:38 PM
cantik betul

dia ni tua dari Erra

tapi aku tak ingat dia masa muda.
Quote SpyLeman 7-1-2026 05:41 PM
sukacactus replied at 7-1-2026 04:51 PM
Dalam gambar je nampak muda
Kalau tgk kat tv nampak berumur jg tp tak dinafikan, masih cantik

Setujuuuu...hari tu tgk kat tibitiga. Nampak la berusia tak seflawless dlm gambar. Tapi tak dinafikan she's beautiful at her age
Quote L.U.S.M 7-1-2026 05:41 PM
Perghhhh sebaya nekta bini zain saidin
Quote SpyLeman 7-1-2026 05:42 PM
evlinne replied at 7-1-2026 04:52 PM
Sape husbank kedua dia uols?
Mmg merican mamak tu ke

Takla. Second ex husband dia bkn Reezal merican. Tapi mamak jugak. Tapi dah cerai
Quote L.U.S.M 7-1-2026 05:43 PM
pocongkiutss replied at 7-1-2026 04:39 PM
Cantik..dia menyondol pun tak hover mcm ex yizlan ucop tu kan..low profile jah dia ni

Laaa sondol jgk????
Quote bedahmenjuyah 7-1-2026 05:53 PM
SpyLeman replied at 7-1-2026 05:42 PM
Takla. Second ex husband dia bkn Reezal merican. Tapi mamak jugak. Tapi dah cerai

So ada kawin baru ke? Datin??
Quote bedahmenjuyah 7-1-2026 05:54 PM
Iols agree dgn acikpor, mas ni cantik sgt tp yg meletops tu dlm gambar jah. Kat tibi nampak menua jua. Sorang lg wilma masa mudi seksi cantik sgt. Now mmg nampak her age lah.Kira nak maintain mcm hakak erra mmg kos tinggi tu.
Quote fadz84 7-1-2026 06:09 PM
Incanto replied at 7-1-2026 05:38 PM
cantik betul

dia ni tua dari Erra

lps kawen dia terus stop berlakon.. kejap jela zmn glamornya dulu..

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 05:09 AM GMT+8 , Processed in 0.316654 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top