CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Takut Juga Sebenarnya..” – Wan Sharmila Persiap Diri Jadi Mutawif

7-1-2026 11:07 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1279| Komen: 13

 



Lama tak dengar cerita, rupanya pelakon Wan Sharmila berkata dia kini dalam proses mempersiapkan diri sebagai seorang mutawifah.

Memetik Harian Metro, Wan Sharmila berkata dia sudah pun memiliki sijil-sijil mengikuti kursus pengurusan haji dan umrah dua tahun lalu.

“Takut juga sebenarnya nak jadi mutawifah. Tapi saya dah pergi belajar pengurusan haji dan umrah yang disertai dua tahun lalu untuk dapatkan sijil, kiranya yang ini kita anggap praktikal,” katanya. 


Sementara itu, Wan Sharmila berkata dia mendapat tawaran untuk menjadi mutawifah dari beberapa syarikat agensi pelancongan untuk membawa jemaah namun dia belum ada keberanian dan masih banyak untuk dipelajari.

“Pada level sekarang untuk saya sebagai mutawifah pergi berseorangan bawa jemaah ke tanah suci, itu belum lagi. Buat masa ini, saya ikut mutawif dan berada di belakangnya untuk belajar.

“Jadi, saya masih dalam perjalanan membuat latihan praktikal untuk mempersiap diri sebagai mutawifah kira-kira setahun atau lebih sebab masih banyak yang saya perlu pelajari lagi,” katanya.

Dalam pada itu, Wan Sharmila berkata tugas mutawifah bukan sekadar membawa jemaah tetapi perlu menyantuni mereka serta tahu persoalan agama dan hukum hakam.

“Sebagai mutawifah, kita bukan sekadar bawa jemaah. Kalau bawa jemaah sahaja itu mungkin namanya group leader (ketua pasukan). Tapi yang ini mutawifah, saya kena menyantuni jemaah serta tahu juga hukum hakam, sirah Nabi dan merangkumi semua.

“Apapun, kiranya saya ini sekarang adalah intern (pelatih). Kita tengok dan kita belajar macam itu,” katanya.


Sumber: Rotikaya

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kancilkering 7-1-2026 11:12 AM
Edited by Kancilkering at 7-1-2026 11:14 AM

moga dipermudahkan urusan
buat kerja elok elok…. sure belajar bahasa arab kaw kaw

kena bersaing bdk bdk diploma jurusan urusan haji n umrah dari kolej islam lagi
Quote innocentsangat 7-1-2026 01:52 PM
Moga baik2 sahaja. Mana tahu ada rezeki jumpa jodoh kat sana. Boleh terus menetap. Ha rezeki.
Quote silance 7-1-2026 02:07 PM
Tahniah. Hijrah ke arah lebih baik.
Quote Cassieopeia 7-1-2026 02:19 PM
oh br tgk dia colab dgn kak tisha chanel budak2 tu ajar bercakap. dia ni comel moga dpt jodoh baik2
Quote belilies 7-1-2026 02:37 PM
Sejuk hati iols tengok sheols ni. Kalau iols muslim mmg nak book ngan sheols ni. Boleh imejin acaner sheols treat the customer
Quote prince_marhaen 7-1-2026 04:08 PM
Tahniahhh.... she ni lembut sangat, positive... walaupun dulu2 berlakon seksi daring habis dalam siri drama Sinderella, tapi she tak hanyut & getting better. Berpisah ngan ex-husb pun she relax2 je takde dedah aib bagai. Semoga dipermudahkan ye. Harap dapat jodoh yang lebih baik & jaga she elok2....janganlah bad boy lagi..sian dia..
Quote telracs 7-1-2026 04:17 PM
Alhamdulillah dan tahniah.

Semoga urusannya dipermudahkan dan diberkati-Nya selalu.. amein.
Quote ainie_1008 7-1-2026 04:31 PM
alhamdulilah. kat opis ai ada sorg mutawifah. best tgk tiap2 thn gi umrah dan org nya pon baik je. kalau tau ada org first time nak gi umrah dia akan guide smpai org tue paham walaupon org tue tak ambil pakej ngan dia.
Quote mrseller 8-1-2026 01:31 AM
Standby semua retis nak jadi mutawif dah. Nanti holier than thou dari korang2 semua
Quote annehuda 8-1-2026 01:44 AM
mrseller replied at 8-1-2026 01:31 AM
Standby semua retis nak jadi mutawif dah. Nanti holier than thou dari korang2 semua

Entah. Mutawif wutawifah ni agaknye tuhan uji dgn perasaan riak kot. Acah2 mmg kaki setapak di syurga sbb bawak org pegi umrah/haji. Teringat plak aku viral kt thread bebaru ni, mutawif suruh jemaah ni tarik balik doa di mekah supaya org yg aniaya jemaah tu dpt balasan dari Allah swt kalau nak masuk syurga tanpa dihisab. Eh ko sape plak nk tentukan org masuk syurga ke tak ni?
Quote sharlenetexas 8-1-2026 02:41 AM
Good luck & all the best.


Quote EncikRhoma 8-1-2026 03:52 AM
Kira macam pemandu pelancong la ni kan?
Quote Farnor 8-1-2026 05:26 AM
Bestnya jadi mutawif.. Moga dipermudahkan urusan.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 05:08 AM GMT+8 , Processed in 0.462748 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top