CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Buat Konten ‘Takut Bini’…Akhirnya Bercerai” - Sharnaaz Ahmad tegur pencipta kandungan

7-1-2026 10:57 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2062| Komen: 25

 



Pelakon Sharnaaz Ahmad tampil menegur segelintir pencipta kandungan agar tidak menjadikan isu ‘takut bini’ sebagai konten.

Menerusi satu video, Sharnaaz berkata video tersebut boleh mempengaruhi perkahwinan individu itu sendiri serta dibimbangi akan memberi kesan negatif.

“Saya bukan marah. Ini lebih kepada nasihat kepada content creator yang suka buat video. Kita memang kena ikut peredaran zaman, tapi kita juga kena sedar apa yang kita pengaruhi kepada orang ramai, khususnya dalam hal perkahwinan.

“Kepada kaum wanita yang kononnya korang berlakon tu, tak sedar ke apa yang korang buat tu dalam dunia nyata akan terbawa juga dan itu cara korang akan bercakap dengan suami masing-masing. Saya perasan, ramai yang buat content macam ini, akhirnya berakhir dengan perceraian,” katanya.

Sementara itu, Sharnaaz berpendapat isteri tidak seharusnya ditakuti, tetapi dihormati. Jelasnya lagi, dia juga bimbang konten sedemikian memberi contoh yang salah.

“Kita bukan takut dengan wanita, kita hormat wanita. Tapi kalau dalam perkahwinan, lelaki sampai takut, perkahwinan itu akan ada masalah.

“Jangan sampai semata-mata nak cari duit, akhirnya kita memalukan diri sendiri dan memberi contoh yang salah kepada masyarakat,”katanya.


Sumber: Rotikaya

 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Shayang 7-1-2026 11:04 AM
Edited by Shayang at 7-1-2026 11:06 AM

Biasanya content takkan sama dgn realiti
Laki yg penyayang suka bagi hadiah kat isteri dlm content tu yg selalu bercerai berai pastu halau bini sehelai sepinggang

Hat suka PDA lentok kat bahu laa celah kangkang peluk2  mesra serupaaa nak mengawan yang tau2 ehhh serai..

Sebaliknya yg content gaduh2 smp bini merajuk kata nak bercerai bagai tp dlm realiti tak juga cerai je helok je lagi memasing tau2 dah jadi jutawan anak2 berderet dah besor2 belaka.
Quote BoongaKertas 7-1-2026 12:20 PM
part kangkang tu, iols tersenyum sini. hahaha! mana bisa dilupain dong
Quote pocongkiutss 7-1-2026 12:21 PM
Nak cakp chazy ka
Quote lazim 7-1-2026 12:41 PM
Boring la mamu. Masalah org semua hg pandai ckp. Fmly bekas bini hang ja hg takut
Quote Samerosie 7-1-2026 01:12 PM
Sekadar mengeruhkan keadaan, masa kau bercerai dulu ada buat konten camni juga ke?
Quote L.U.S.M 7-1-2026 01:12 PM
Tgh cakap psl chazynash ke..hahaha...ko pun sama jela babunnnn
Quote ZORRO5555 7-1-2026 01:50 PM
Diam la busuk
Quote sukacactus 7-1-2026 05:25 PM
Tak semua apa yg kita pikir dlm kepala otak ni perlu diucapkan ye
Tambah2 mulut mcm anak antoo sekor ni
Quote Acik2kepam 7-1-2026 05:42 PM
pocongkiutss replied at 7-1-2026 12:21 PM
Nak cakp chazy ka

Apa cite chazy
Tak faham kenapa nak hadap validasi manusia
So skrg semua duk hentam ex wife dia plak ke?
Quote pocongkiutss 8-1-2026 05:58 PM
Acik2kepam replied at 7-1-2026 05:42 PM
Apa cite chazy
Tak faham kenapa nak hadap validasi manusia
So skrg semua duk hentam ex wife dia pl ...

Taktaula..si sanaz tuju kat sapa..tp tgk gaya cha z mcm dia dh fall in lav dgn org lain ms dlm perkahwinan khen

Mmg logikla ex tu bitter pun..kalau tak bitter maknanya idok le dia syg ex laki tu dah..hahahh
Quote sharlenetexas 8-1-2026 06:09 PM
Ko tu pulak takut bini (bekas bini).


Quote AWEKSAMURAI 8-1-2026 07:13 PM
Acik2kepam replied at 7-1-2026 05:42 PM
Apa cite chazy
Tak faham kenapa nak hadap validasi manusia
So skrg semua duk hentam ex wife dia pl ...

Sbb ex wife dia x bersyukur giler.... Masa chazy x bertunang lain elok je hidup lepas chazy bertunang merentan satu kuarga .. padahal chazy bagi nafkah utk ank saja 8500 utk 4 org ank .. rumah . Kereta sume chazy bagi .. duit itu ini sume chazy kasi . Masa liburan sume chazy support .

Mybe ex dia takut chazy kwen lain dia dh x dpt sume tu .. kete pun bmw kot
Quote pocongkiutss 8-1-2026 07:24 PM
AWEKSAMURAI replied at 8-1-2026 07:13 PM
Sbb ex wife dia x bersyukur giler.... Masa chazy x bertunang lain elok je hidup lepas chazy bertun ...

Point dia ..ex laki dia berchenta masa diorg dlm perkahwinan..contoh mcm uols br discover laki uols berendut masa masih berbinikan uols..opkos sentap la khennn..si ex wife tu opkos la syg beno kt laki comei dia tu

Yg bab lain tu .org lain yg memandai2 ckp patin ke apa nama ex bininya tu hidup susah la apa la..org lain yg memandai2 speku..yg ex nya pulak tak komen apa2..mmg mengundang la kan .tp kalau dia komen pun tetap la org speku kan

Pen sondol pun.. obvious juga..dan2 lepas org tu cerai..teruih muncul na menyeksi jah koje
Quote AWEKSAMURAI 8-1-2026 08:35 PM
pocongkiutss replied at 8-1-2026 07:24 PM
Point dia ..ex laki dia berchenta masa diorg dlm perkahwinan..contoh mcm uols br discover laki uol ...

Oh cmtu kisahnya .. tq2 bgitau sbb aku x amik tau sgt dari aku baca kat komen2 la... No wonder fatin marah .. ok2
Quote pearl.silver 8-1-2026 08:40 PM
pocongkiutss replied at 8-1-2026 07:24 PM
Point dia ..ex laki dia berchenta masa diorg dlm perkahwinan..contoh mcm uols br discover laki uol ...

Xde org buka tred pasal chazi ni ke?
I tgk dia merentan kutuk ex wife tu pastu konon2 tarik balik nafkah mutaah.
Adakah saja cipta alasan dah xnk byr?
Sbb income content dah x lebat nk kawen lagi ni?

Btw i mmg xsuka tgk content dia dr zaman dulu smpi la skarang.
Quote fattymah 8-1-2026 08:47 PM
pocongkiutss replied at 8-1-2026 07:24 PM
Point dia ..ex laki dia berchenta masa diorg dlm perkahwinan..contoh mcm uols br discover laki uol ...

Sapa tunang dia.. yg youtuber tu ai tak tanya kawan ai lagi.. sheols tgh bz carik rejeki
Quote Acik2kepam 8-1-2026 10:01 PM
pocongkiutss replied at 8-1-2026 05:58 PM
Taktaula..si sanaz tuju kat sapa..tp tgk gaya cha z mcm dia dh fall in lav dgn org lain ms dlm per ...

Dah selamat menikahh pun kan
Tadi tgk gambar dah bertebaran
Patutlah dia tarik semua sbb dah ada bini baru
Masalahnya akak tak nampak pun fatin tu merentan sana sini mcm uqasha tu.
Quote Acik2kepam 8-1-2026 10:05 PM
pearl.silver replied at 8-1-2026 08:40 PM
Xde org buka tred pasal chazi ni ke?
I tgk dia merentan kutuk ex wife tu pastu konon2 tarik balik  ...

Dah kahwin pun ngn bini baru tu
Muka cam fatin gak tp versi bengkak2
Sampai akak konpius igtkan gambar kahwin lama dia tp ada anak2 rupanya gambar ngn bini baru
Bila masa kahwin tidaklah akak tahu
Quote ms.thepooh 13-1-2026 10:53 PM
jd mcmana diorg bole serai?...aiol tinggal bas pasal sblm tahu rupanya ada agenda lain...aritu ingat serai sbb dah tak serasi.....jeng2 rupanya chazy ni dah jemu...

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 05:09 AM GMT+8 , Processed in 0.756393 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top