|
Pelakon Nadia Brian menafikan dakwaan kononnya status serta duit dia menjalinkan hubungan cinta dengan usahawan Nedim Nazri.
Memetik mStar Online, Nadia berkata sudah lama dia menyara dirinya sendiri dan keluarga serta mendedahkan keluarga merestui hubungan mereka. “Itu tidak benar. Sebelum dengan Nedim lagipun, saya sara kehidupan saya sendiri dan keluarga. itu semua tuduhan tidak berasas. saya memang cari duit sendiri. “Saya bukan jenis yang bermewah-mewahan. Saya kenal dia bukan sebab harta, keluarga pun merestui hubungan ini,” katanya. Sementara itu, Nadia memuji Nedim seorang lelaki yang penyayang dan penyabar. Mula berkenalan penghujung tahun lalu, Nadia berkata dia dan Nedim serasi ketika pertemuan pertama. “Penghujung 2025 kami berkenalan, Alhamdulillah macam serasi. Syukur macam saya dan Nedim masa pertama kali jumpa macam ‘click’, makin lama macam okay dan tak ada apa nak disorokkan. “Sudah tentu kami berdua nak doa orang ramai. Nedim seorang yang sangat penyayang. Dia suka bagi love, ayah yang penyayang dan penyabar, doa yang baik-baik,” katanya. Sumber: mStar, Rotikaya
|



red_velvet replied at 7-1-2026 05:04 PM
Kalau nedim kerja alam flora nak jugak ke?
NuansaBiru replied at 7-1-2026 06:46 PM
Nedim (tak tau kerja apa) bin DATO SERI mohamed nazri (bekas menteri) bin TAN SRI abdul aziz bin yeo ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
16-2-2026 07:44 PM GMT+8 , Processed in 0.492403 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.