CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tun Dr Mahathir disahkan mengalami patah tulang pada bahagian pinggul kanan. - Pejabat Dr Mahathir

7-1-2026 10:31 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1343| Komen: 2

 



KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), pagi tadi, disahkan mengalami patah tulang di bahagian pinggul kanan selepas dilaporkan terjatuh di kediamannya.

Setiausaha Akhbarnya, Sufi Yusoff, berkata sehubungan itu, Dr Mahathir dijangka memerlukan rawatan dan pemerhatian doktor di hospital bagi tempoh beberapa minggu lagi.

"Selepas menjalani penilaian perubatan, disahkan bahawa Tun (Dr Mahathir) mengalami patah tulang pada bahagian pinggul kanan.

"Tun dijangka dimasukkan ke hospital untuk tempoh beberapa minggu bagi rawatan dan pemerhatian," katanya melalui saluran kumpulan media rasmi Dr M Media Updates di aplikasi WhatsApp.

Terdahulu, Dr Mahathir dilaporkan terjatuh di kediamannya kira-kira jam 7.30 pagi sebelum dibawa IJN, dua jam kemudian.


Sufi berkata, Dr Mahathir dibawa ke hospital dalam keadaan sedar sebelum menjalani pemeriksaan lanjut.

Bekas Perdana Menteri ke-4 dan ke-7 itu, pernah dirawat di IJN pada 13 Julai tahun lalu akibat keletihan, namun dibenarkan pulang pada hari sama.

Dalam pada itu, anak perempuannya Datin Paduka Marina, ketika ditemui BERNAMA, berkata walaupun perkara itu dianggap sebagai serius, ia tidak mengancam nyawa, sambil menegaskan bahawa bapanya berada dalam keadaan baik mengambil kira faktor usianya.

"Ia suatu yang serius, tetapi tidak berbahaya. Bagi usianya, segala-galanya adalah relatif… beliau baik-baik sahaja.

"Kami akan mengeluarkan kenyataan yang lebih lengkap dengan butiran lanjut kemudian. Kami perlu memastikan semua istilah yang betul digunakan," katanya ketika ditemui di lobi IJN di sini, hari ini.

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang kini dalam perjalanan ke Turkiye bagi lawatan rasmi, mendoakan kesembuhan buat Dr Mahathir.

"Saya dan Azizah mendoakan keafiatan dan kesembuhan segera buat Tun, Insya-Allah," katanya melalui hantaran ringkas di media sosialnya, hari ini.


Sumber : BH


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pocongkiutss 7-1-2026 10:40 AM
Aduh..payah tu kalau warga emas patah tulang
Quote ZORRO5555 7-1-2026 01:01 PM
Get well soon Tun

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 01:10 PM GMT+8 , Processed in 0.053696 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top