CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Syahir Rosdi cipta sejarah diangkat tekong terbaik dunia

7-1-2026 10:20 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3070| Komen: 25

 \


KUALA LUMPUR – Tekong berpengalaman negara, Muhammad Syahir Mohd. Rosdi mencipta sejarah tersendiri apabila dinobatkan sebagai Tekong Terbaik Dunia, hasil prestasi konsisten di pentas antarabangsa sejak dua tahun lalu.

Pengiktirafan berprestij itu diumumkan oleh Setiausaha Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF), Datuk Abdul Halim Kader yang menyifatkan pemain berusia 30 tahun itu sebagai antara tekong paling digeruni di peringkat dunia, khususnya menerusi kualiti servis serta ketenangan mengawal permainan dalam perlawanan berintensiti tinggi.

Kecemerlangan Syahir turut menjadi faktor penting kejayaan Malaysia menamatkan kemarau pingat emas apabila membantu negara menjuarai acara regu dan regu berpasukan pada Sukan SEA Thailand 2025 selain penampilan memukau pada Piala Dunia Kuala Lumpur 2024 dan Piala Asia Kuala Lumpur 2025.

Presiden Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Mohd. Sumali Reduan menyifatkan pengiktirafan tersebut amat wajar diberikan kepada Syahir yang disifatkan sebagai lambang kebangkitan dan disiplin tinggi seorang atlet profesional.

“Memang selayaknya dia menerima pengiktirafan itu berdasarkan prestasi semasa. Perjalanan Syahir bukan mudah dan penuh cabaran, termasuk pernah melalui episod penggantungan.

“Namun kesungguhan, disiplin serta inisiatif untuk terus meningkatkan tahap permainan membolehkannya mencapai momentum terbaik pada usia 30 tahun. Ini seharusnya menjadi contoh dan inspirasi kepada pemain muda,” katanya ditemui selepas sidang media khas PSM dan ISTAF, hari ini.

Dalam perkembangan berasingan, Sumali turut mengesahkan Malaysia bakal menjadi tuan rumah Piala Dunia Sepak Takraw ISTAF 2026 yang dijadualkan berlangsung di Stadium Titiwangsa pada 15 hingga 24 Mei ini.

Penganjuran kali ini yang turut diadakan bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2026 bakal menyaksikan penyertaan rekod 26 negara yang akan ‘berkampung’ di Kuala Lumpur selama 10 hari.

Kejohanan utama tersebut dibahagikan kepada dua kategori iaitu Divisyen Premier yang membabitkan 14 pasukan terbaik dunia dan Divisyen 1 yang meliputi 12 pasukan.

Bagi kategori Premier, senarai negara yang bertanding adalah Malaysia, Thailand, Singapura, Indonesia, India, Korea Selatan, Jepun, Brunei, Filipina, Myanmar, Vietnam, China, serta dua pasukan yang dinaikkan pangkat dari Divisyen 1 iaitu Iran dan Taiwan.

Manakala bagi Divisyen 1, negara-negara yang terlibat ialah Pakistan, Bangladesh, Sri Lanka, Nepal, Kanada, Poland, Perancis, Iraq, Amerika Syarikat (USA), Timor Leste, Arab Saudi dan Oman. 


Sumber : Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airfilterkotor 7-1-2026 10:49 AM
Ye, aku memang terpukau dengan servis dia.
Player siam pun kalah.
Quote airfilterkotor 7-1-2026 10:51 AM
Berketinggian 1.89m (6'2")
Quote supernaturalee 7-1-2026 11:55 AM
mmm panjangnya....eh eh

i mean tinggi


Quote PULANGKAN 7-1-2026 01:06 PM

tinggi betul. persis orang kokesen
Quote zuuu 7-1-2026 01:30 PM
Gambar hiasan pon
Quote kotakbaju 7-1-2026 01:54 PM
Awat mataku boleh tertengok ke situ pulakk
Quote emera 7-1-2026 02:44 PM
Lain macam angle gambo tu.
Quote sharlenetexas 7-1-2026 03:12 PM
Flexible betul dia mcm gymnast.


Quote penmerah 7-1-2026 03:26 PM
Ohmaigod my eyes

Mana nak tengok match ni?
Mohon suapin

Akak layan juga tengok tekong thai fuhhhh mantap ye match diorg
Quote Purestteam1 7-1-2026 04:29 PM
Mcm player england peter crouch
Quote lolipopmanish 7-1-2026 04:31 PM
Tingginyaaaa

Tapi dah kenapa gambar hiasan tu hnshnshnshns
Quote tripleid 7-1-2026 05:26 PM
Mmey tinggi nokss


Screenshot_2026-01-07-17-24-44-642_com.opera.browser-edit.jpg
Quote penmerah 7-1-2026 05:29 PM
Moga2 Abe ni terbuka hati memakai legging seperti rakan2 yg lain
Horror ye
Mcm terbau2 masam kepam tertgk pic tu blueewekkkkk

Anyhow tahniah Abe and terima kasih atas performance sport abe
Quote Decaffeinated 7-1-2026 05:44 PM

itu gambar hiasan ka gambar sebenar?

Quote white_musk 7-1-2026 05:47 PM
Polis aurat mana
Quote sayawifenikmie 7-1-2026 06:39 PM
supernaturalee replied at 7-1-2026 11:55 AM
mmm panjangnya....eh eh

i mean tinggi

.......
Quote sharlenetexas 7-1-2026 07:38 PM
white_musk replied at 7-1-2026 05:47 PM
Polis aurat mana

CUTI


Quote airfilterkotor 7-1-2026 10:48 PM
supernaturalee replied at 7-1-2026 11:55 AM
mmm panjangnya....eh eh

i mean tinggi

Haipp...
Quote airfilterkotor 7-1-2026 11:00 PM
Ishkkk korang ni...

Nahhh... versi Jakim compliant.
1000004508.jpg
1000004507.jpg
1000004509.jpg

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 06:00 PM GMT+8 , Processed in 0.070806 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top