CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tempoh 10 tahun memadai untuk PM terjemah agenda reformasi – Saifuddin Nasution

7-1-2026 10:10 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1223| Komen: 6

 



HULU SELANGOR – Cadangan menghadkan jawatan Perdana Menteri untuk tidak melebihi 10 tahun merupakan tempoh yang munasabah dan memadai.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, hasrat tersebut sebenarnya sudah berada dalam perancangan menerusi gerakan reformasi sejak tahun 1999.

“Kita dah ada (hasrat) untuk hadkan tempoh jawatan Perdana Menteri. Jadi, sekarang baru dapat jadi kerajaan dan pengumuman (Datuk Seri Anwar Ibrahim) itu dibuat setelah semuanya stabil dari sudut politik dan ekonomi.

“Hikmahnya adalah bahawa 10 tahun adalah tempoh yang munasabah sekirannya seorang Perdana Menteri ingin menterjemahkan sebarang perubahan semasa berkuasa,” katanya pada sidang akhbar di Bandar Sungai Buaya, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, tempoh 10 tahun itu juga memadai bagi seorang pemimpin untuk melihat agenda reformasi yang dibawa.

“(Had 10 tahun itu juga) menghantar satu signal yang kuat bahawa tempoh pegang jawatan ini bukalah satu tempoh untuk kita berlama-lama dan kita ada prinsip tanggungjawab dan pertanggungjawaban.

“Rakyat juga jelas bahawa di bawah kepimpinan ini selama 10 tahun, rakyat boleh nilai dengan adil berdasarkan apa dasar dan perubahan yang dilaksanakan.

“Dengn ini, kita dapat mendidik rakyat bahawa mereka tidak memilih pemimpin dan kerajaan berdasarkan sentimen semata-mata,” ujarnya.

Semalam, kerajaan akan membentangkan rang undang-undang (RUU) bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada tidak lebih 10 tahun atau dua penggal penuh.

Anwar dilaporkan berkata, RUU itu ialah satu daripada langkah reformasi institusi dilaksanakan kerajaan sebagai antara hala tuju pada sesi Parlimen tahun ini.  

Sumber : Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kemaruk 7-1-2026 10:14 AM
Bagi saya satu minguuuuu
Quote ZORRO5555 7-1-2026 05:47 PM
Dia kena Palau dgn PMX sebab apa??
Quote Skuau 7-1-2026 06:34 PM
Saiya suka ini mintri..tada kacau kita asing worang apa buat sini nigara...
Quote pengecatbintang 7-1-2026 07:07 PM
Skuau replied at 7-1-2026 06:34 PM
Saiya suka ini mintri..tada kacau kita asing worang apa buat sini nigara...

Bijan PM Mesia 2009 - 2018

9 tahun sakau imdb RM50 billion

Muse Eman Kotua Muntri Sebeh 2003 - 2018

berapa banyak dia sakau agaknya?

patut ler Sebeh maju ke balakang





Quote Skuau 7-1-2026 08:27 PM
pengecatbintang replied at 7-1-2026 07:07 PM
Bijan PM Mesia 2009 - 2018

9 tahun sakau imdb RM50 billion

u worang sana kina simblih 'ank rohingya ank saiya',kina rogol...long tiger ank saiya...pe citer???
Quote pengecatbintang 7-1-2026 08:50 PM
Skuau replied at 7-1-2026 08:27 PM
u worang sana kina simblih 'ank rohingya ank saiya',kina rogol...long tiger ank saiya...pe citer?? ...

u worang sana kina tipu politikus yg u worang sana undi..
pe citer?


Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2026 05:19 AM GMT+8 , Processed in 0.508300 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top