CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemandu Honda Jazz penghidap penyakit mental disyaki curi dompet sebelum langgar mati Syakirah

7-1-2026 09:43 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1566| Komen: 3

 



KUALA TERENGGANU – Siasatan awal percaya pemandu kereta Honda Jazz terlibat telah memecah masuk sebuah kereta Honda City sebelum memecut laju kenderaannya sehingga terlibat dalam kemalangan meragut nyawa Syakirah Hanan Mazli, 25, di Jalan Kemajuan di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, suspek berusia 32 tahun disyaki telah melarikan dompet pemilik kereta Honda City terbabit yang mengandungi wang tunai kira-kira RM200.

“Dia disyaki mengambil dompet yang terdapat di dalam kereta Honda City berkenaan sebelum melarikan diri dengan kereta Honda Jazz diletak berhampiran.

“Kereta itu seterusnya dipecut laju sebelum terlibat dalam kemalangan dengan kereta Perodua Viva (yang dipandu Syakirah Hanan) di persimpangan lampu isyarat Jalan Kemajuan,” katanya di sini hari ini.


Azli berkata, semakan mendapati kereta Honda Jazz yang digunakan dalam kemalangan itu milik adik suspek.

Beliau berkata, lelaki yang bekerja sendiri tersebut juga didapati menghidap penyakit mental, Major Depression Disoder (MDD) dan telah menjalani rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini sejak Januari tahun lalu.

“Suspek yang mengalami patah tangan kanan dan luka kecil di badan sedang dirawat di wad HSNZ,” katanya.

Sumber : Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BoongaKertas 7-1-2026 12:37 PM
takleh ikat ke org gini? bahaya utk masyarakat lah
Quote yusriyn 8-1-2026 01:34 PM
mcm nak setuju je dgn statement ikat tu...
Quote mejaputih 8-1-2026 06:26 PM
TT tak buat homework dulu ke thread kan dah ada...

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 01:50 AM GMT+8 , Processed in 0.052456 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top