CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Siapakah 'tsarina' Delcy Rodriguez, pemangku presiden Venezuela?

5-1-2026 04:36 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1623| Komen: 11

 



Caracas: Delcy Rodriguez, yang diisytiharkan sebagai presiden interim Venezuela selepas Nicolas Maduro ditangkap oleh tentera Amerika Syarikat (AS), adalah salah seorang tokoh politik utama di negara itu.

Beliau pengamal ortodoksi ekonomi yang berusaha untuk membina hubungan dengan sektor swasta dan dikenali kerana cita rasa mewah.

Selama lebih sedekad dalam kehidupan awam, Rodriguez yang berusia 56 tahun mengumpulkan pengaruh yang ketara, memberikannya gelaran "tsarina".

Maduro memanggilnya sebagai "harimau betina" kerana menjadi pembela yang gigih terhadap kerajaan sosialisnya.

Kerajaan Maduro sebelum ini berdepan krisis ekonomi, dakwaan penyeksaan dan penahanan sewenang-wenangnya serta penghijrahan besar-besaran kira-kira lapan juta rakyatnya.

Rodriguez menjadi naib presiden sejak 2018, pada masa yang sama berkhidmat sebagai menteri kewangan dan kemudian sebagai menteri minyak. 

Sebelum itu, beliau adalah menteri komunikasi, menteri luar dan ketua badan perundangan prokerajaan. Rodriguez bekerjasama rapat dengan abangnya, Jorge, yang juga ketua Dewan Undangan Negeri.

Adik-beradik Rodriguez adalah anak pejuang gerila berhaluan kiri Jorge Antonio Rodriguez, yang mengasaskan Parti Liga Sosialis revolusioner dan ditangkap pada 1976 kerana dakwaan terbabit dalam penculikan seorang ahli perniagaan AS.

Jorge Antonio meninggal dunia dalam tahanan polis kerana apa yang didakwa oleh keluarganya sebagai penyeksaan dan Maduro memujinya sebagai wira golongan kiri Venezuela.

Delcy, seorang peguam yang pakar dalam undang-undang buruh, menghabiskan sembilan tahun di Perancis dan England untuk melanjutkan pelajaran pascasiswazah.

Beliau menyertai pertandingan pingpong bersama abangnya, yang sering mereka kongsikan di media sosial.

Dalam penampilan awam, dia sering dilihat memakai jenama pakaian mewah.

Sebagai naib presiden, selepas bertahun-tahun mengalami hiperinflasi di tengah-tengah sekatan AS, beliau melaksanakan dasar ortodoks termasuk mengurangkan perbelanjaan awam, mengehadkan kredit dan kadar tetap dolar-bolivar, yang membantu menurunkan inflasi tiga digit.

Beliau berjaya mengekalkan pengeluaran minyak pada purata kira-kira 1.1 juta tong sehari tahun lalu, dan peranannya meletakkannya dalam hubungan rapat dengan syarikat minyak asing seperti Chevron.

Digambarkan oleh pemimpin industri sebagai "gila kerja", Rodriguez menghadiri banyak acara sektor swasta, sesuatu yang diabaikan oleh pegawai awam lain selama bertahun-tahun. Beliau juga pegawai Venezuela yang paling kerap pergi ke China, Rusia dan Turkiye, yang sebahagian daripada sekutu Venezuela. 

Sumber: Harian Metro
 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jejai 5-1-2026 05:26 PM
pemimpin kena lelaki kalau dah tinggal pondan je boleh lah angkat pemimpin wanita
Quote slavehunter 5-1-2026 05:34 PM
Cuba check mesti ada sangkut paut dengan Jews juga.
Quote sharlenetexas 5-1-2026 05:52 PM
Boneka?


Quote sharlenetexas 5-1-2026 06:01 PM
Tapi lawa pulak jaket lime green dia tu.


Quote kelapaparut 5-1-2026 06:42 PM
Muka dia mcm sloth, nmpk slow dan mengantuk jahh
Quote KamikuP 6-1-2026 03:37 PM
Dia ni penyokong rejim Setanyahu
Quote Minami2013 6-1-2026 03:42 PM
kelapaparut replied at 5-1-2026 10:42 AM
Muka dia mcm sloth, nmpk slow dan mengantuk jahh

Bila tgk balik gambar tu terbayang pulak dia slow mo
Quote kemaruk 6-1-2026 04:59 PM
Agen        
Quote Burong_Hantuk 6-1-2026 06:14 PM
Merapu...
Quote Purestteam1 6-1-2026 08:58 PM
muka cam operate kedai 2 ringgit je
Quote antimca39 7-1-2026 08:45 AM
Nampak mcm boneka

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 05:05 PM GMT+8 , Processed in 0.068247 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top