|
Kuala Lumpur: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diarahkan menjalankan siasatan dalaman segera susulan dakwaan kemasukan individu tidak berkaitan serta aktiviti tidak bermoral di dalam kem tentera yang tular di media sosial.
Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya memandang serius dakwaan terbabit. "Sehubungan itu, pihak ATM sudah diarahkan untuk menjalankan siasatan dalaman segera bagi menentukan kesahihan dakwaan berkenaan secara menyeluruh. "MINDEF menegaskan bahawa dakwaan itu tidak mencerminkan budaya, nilai dan amalan sebenar ATM yang berteraskan disiplin, profesionalisme serta pematuhan ketat terhadap prosedur keselamatan. "Jika didapati benar, tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi terhadap mana-mana pihak selaras dengan peraturan, tatacara serta undang-undang semasa," kata kenyataan itu, hari ini. Katanya, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau kesimpulan awal yang boleh mengelirukan masyarakat serta menjejaskan reputasi MINDEF dan ATM. "MINDEF dan ATM sentiasa komited dalam memastikan disiplin, integriti dan profesionalisme warga pertahanan berada pada tahap tertinggi serta tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang perlakuan yang boleh menjejaskan imej dan kredibiliti institusi pertahanan negara," katanya. Sumber: Harian Metro
|
Lawak apa ni? Open secret kot.. takkan le MINDEF selama ni tak tau?najib888 replied at 5-1-2026 08:31 AM
Lawak apa ni? Open secret kot.. takkan le MINDEF selama ni tak tau?
BoongaKertas replied at 5-1-2026 08:53 AM
kalau nak kata ni culture sejak before zmn merdeka, fine lah kan. depa tu omputeh, sah2 takde keperc ...
dua_chzy replied at 5-1-2026 07:30 PM
Hado je kepercayaan/agama omputeh tu. Just bukan Islam je.
Nurul8001 replied at 5-1-2026 11:39 AM
Penganut Kristian yg taat, tak minum² arak dan main perempuan,kan?
Yg saya hairan (maaf, tak pas ...
sharlenetexas replied at 5-1-2026 04:30 PM
Bila dah pencen jadi ajk masjid. Tu pun kalau umur panjanglah dan tak bedridden dan insaf mengenang ...
Nurul8001 replied at 5-1-2026 07:49 PM
Agaknya, yg jadi AJK Masjid org lain.
Yg buat hal, org lain pulak?
Diorang kan ramai, melata, mcm ...
dua_chzy replied at 5-1-2026 07:42 PM
Tak.
Yang tak makan babi tu, Gereja 7th Day Adventist @ SDA macam Marsha Milan di zaman kapir. D ...
sharlenetexas replied at 5-1-2026 11:51 AM
Tapi boleh je ada bf.
dua_chzy replied at 5-1-2026 08:43 PM
Hormon tu hormon. Tu kan fitroh.
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
15-2-2026 02:15 PM GMT+8 , Processed in 0.068752 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.