|
SEORANG penyanyi dan pelakon era 1970-an didakwa gagal menjelaskan bayaran sewa rumah selama empat bulan sebanyak RM5,200 dan ‘berdegil’ untuk keluar dari kediaman jenis kondominium di Ampang, Selangor.
Pemilik kediaman tersebut yang mahu dikenali sebagai Mr Chong memberitahu, pihaknya telah menghantar notis kepada penyanyi itu pada Jun tahun lalu supaya dia keluar dalam tempoh tiga bulan. Bagaimanapun, penyanyi berkenaan memberitahu dia belum mendapatkan tempat tinggal baharu dan masih menetap di rumah tersebut tanpa membayar sewa bulanan. “Selepas tempoh tiga bulan, dia minta untuk terus tinggal di situ kerana mahu mencari rumah baharu. Namun, dia tidak membuat bayaran sewa bagi bulan Oktober 2025 hingga Januari tahun ini. “Kali terakhir saya jumpa dia pada awal Disember tahun lalu. Semalam (Ahad) saya ada ke sana, namun cucunya beritahu penyanyi itu tidak mahu berjumpa,” katanya kepada mStar. Chong juga memberitahu dia telah membuat laporan polis pada 31 Disember lalu berhubung perkara tersebut selain memohon kebenaran untuk masuk ke dalam rumah miliknya bagi kerja pembersihan. Tindakan tegas itu dibuat kerana dia sudah hilang sabar apabila penyanyi itu seakan-akan tidak mahu memberi kerjasama dalam tempoh yang telah ditetapkan. Chong turut mendakwa penyanyi itu sanggup menipu dengan memberi resit palsu bagi bayaran sewa bulan Oktober. “Dia kata resit itu untuk bulan Oktober, tetapi sebenarnya ia adalah bagi bulan September. Dia menipu, tapi saya diamkan sahaja. “Saya mahu rumah itu semula untuk kegunaan sendiri. Sekarang saya sudah hilang sabar dan sebab itu tampil membuat laporan polis,” jelasnya. Katanya lagi, penyanyi itu tidak pernah culas membayar sewa sepanjang tiga tahun menetap di rumah tersebut dan berharap dia dapat memberi kerjasama baik untuk keluar daripada rumah miliknya itu. “Saya tahu dia orang baik, dia juga bagus dalam membuat bayaran setiap bulan. Pernah ada tertangguh satu bulan tetapi dia menyelesaikannya dengan segera. “Saya pun kasihan dengan dia. Bukannya mahu menghalau secara kasar, tetapi mungkin ada cara terbaik agar dapat membantu dia,” luahnya. Sumber: Harian Metro
|

)fadz84 replied at 5-1-2026 05:11 PM
penyanyi yg ikan dinamakan sempena nama sheol kah?
NuansaBiru replied at 5-1-2026 05:17 PM
Bukankah sheols sudah mendapat flat ppr bbrp tahun lepas?
prince_marhaen replied at 5-1-2026 05:17 PM
Hint : Anak sakit kena 'buatan orang' tak boleh kerja... (Walaupun elok kemaruk live tiktok hari2, ...

fadz84 replied at 5-1-2026 05:24 PM
Yg I baca tahun 2018 baru mohon ppr.. Xtau la dpt ke idok.. sbb hint situ tulis penyanyi & pelakon ...
Incanto replied at 5-1-2026 05:00 PM
Mr Chong cari Nubhan…dia pandai pindahkan barang orang

Incanto replied at 5-1-2026 05:00 PM
Mr Chong cari Nubhan…dia pandai pindahkan barang orang
fadz84 replied at 5-1-2026 05:11 PM
penyanyi yg ikan dinamakan sempena nama sheol kah?
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
16-2-2026 07:44 PM GMT+8 , Processed in 0.055987 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.