CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemberian SARA RM100 kepada warganegara 18 tahun ke atas dikreditkan pada 9 Feb - PM

5-1-2026 04:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3391| Komen: 29


 



Putrajaya: Setiap rakyat Malaysia bakal menikmati bantuan program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 untuk kali kedua, bermula 9 Februari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia sebagai persiapan menjeang ketibaan Ramadan dan sambutan Tahun Baharu Cina pada akhir Februari.

 Beliau berkata, sumbangan itu bakal dinikmati oleh 22 juta rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas.

"SARA tahun ini untuk semua rakyat, pada 22 juta rakyat Malaysia 18 tahun ke atas kita kreditkan pada 9 Februari 2026.

"Ini bermaksud (untuk) persiapan Ramadan dan juga untuk sambutan Tahun Baharu Cina," katanya pada Majlis Perhimpunan Bulanan dan Amanat Tahun 2026 Jabatan Perdana Menteri di sini pagi ini.

Perdana Menteri turut mengumumkan sumbangan SARA secara bulanan untuk penerima miskin tegar akan dikreditkan pada 9 Januari ini dan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa satu sehingga RM500 akan dikreditkan pada 20 Januari.

"SARA bulanan sehingga RM200 mula dikreditkan ke dalam kad pengenalan secara berperingkat-peringkat seawal 9 Januari ini.

"Bayaran STR fasa 1 sehingga RM500 akan dikreditkan bermula pada 20 Januari ini," katanya. 

Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hart_attack 5-1-2026 04:39 PM
Okey,baik. Faham²
Quote Purestteam1 5-1-2026 04:42 PM
hilang suspen
Quote FOTHER-MUCKER 5-1-2026 06:37 PM
Edited by FOTHER-MUCKER at 5-1-2026 02:38 AM

Pemberian SARA RM100 sebelum ini telah di ambil oleh 96% warganegara Malaysia. Mungkin baki 4% tu mereka yang duduk di luar negara
[youtube]qs3NCaV8aLo[/youtube]
Quote penmerah 5-1-2026 09:02 PM
Sara ni Yang beli barang tunjuk ic ye?

Balik Raya nti nak try lah
Boleh soping Raya
Dan nak try juga subsidi minyak Tu nanti
Excited pulak nak tunjuk ic
Quote wirazam 5-1-2026 09:31 PM
oklah tu..semua org dpt rm100 utk dibelanjakan..tak kira golongan T20,M40 dan T20...
ada juga yg tak guna duit SARA ni...itu pilihan masing masing la...
Quote wirazam 5-1-2026 09:32 PM
penmerah replied at 5-1-2026 09:02 PM
Sara ni Yang beli barang tunjuk ic ye?

Balik Raya nti nak try lah

acikx penah guna ke SARA tahun 2025 lepas? bukan malaysian ke?
Quote penmerah 5-1-2026 09:48 PM
wirazam replied at 5-1-2026 09:32 PM
acikx penah guna ke SARA tahun 2025 lepas? bukan malaysian ke?

Acik tak pernah guna dek

Acik tergolong dlm 4% rakyat yg bro fothermother mentioned atas tu

Sebelum acik kene hamun sbb masih berminat nak sakau bantuan walau tak menyumbang secara berskala besar kpd ekonomi malaya, acik laki bini ada  sumbang sikit2 jelah

Acik cuma terasa excited je nak hulur ic kat cashier seperti rakyat marhaen yg lain di hari raya nanti (moga panjang umur)

#terima kasih pmx i lurveee u
Quote wirazam 5-1-2026 09:55 PM
penmerah replied at 5-1-2026 09:48 PM
Acik tak pernah guna dek

Acik tergolong dlm 4% rakyat yg bro fothermother mentioned atas tu

oh..lau mcm tu..acik keña belajar bérsabar dan bertabah tau...mulai 7 feb ni, pasti queue kaunter mysara panjang...
feeling dia mcm golongan t20 ..lengang kangkung gi shopping xyah bw hbag besar..yg lucunya warga indo dan bangla byk cemburu lagi..siap tanya kat mana nak buat credit card biru muda tu hahahaha
Quote Cassieopeia 6-1-2026 10:16 AM
oh dapat lg alhamdulillah. sara taun lepas baru je habis guna haha. guna last2 ni tak payah que panjang sistem pun ok je. awal2 ramai berebut guna.
Quote razali778 6-1-2026 02:35 PM
tak tau pulak akan ada RM 100 ni lagi. terima kasih kepada kerajaan madani.
Quote kayujaras 6-1-2026 03:02 PM
18 tahun ke atas tu ikut tarikh lahir atau ikut tahun je?
Quote dewi_rina 6-1-2026 03:26 PM
wirazam replied at 5-1-2026 01:55 PM
oh..lau mcm tu..acik keña belajar bérsabar dan bertabah tau...mulai 7 feb ni, pasti queue kaunte ...

31 dec haritu huru hara kaunter mykasih sebab org nak habis kan RM100 dalam ic, i awal-awal dah habiskan, tak pandai lah nak simpan duit tu lama-lama hihi
Quote Minami2013 6-1-2026 03:33 PM
kayujaras replied at 6-1-2026 07:02 AM
18 tahun ke atas tu ikut tarikh lahir atau ikut tahun je?

Tahun ni 18 tahun ke dik? Biase ikut tarikh lahir bukan tahun.

Seronok nya muda, cuma masa muda tak de duit je tak seronok
Quote Kitty_catz 6-1-2026 03:42 PM
penmerah replied at 5-1-2026 01:48 PM
Acik tak pernah guna dek

Acik tergolong dlm 4% rakyat yg bro fothermother mentioned atas tu

kut acik tamo spend utk diwi sendiwi, ai boleh suggest pi beli je ubat gigi sama sabun mandi hat rm10 each tu

then acik sedekah

benda2 ni org leh simpan.. kut beras apa semer kadang nak sedekah tak tahu depa mkn beras apa.. then lagi satu logistic jugak.. berat namampoi nak pikul then nak simpan, then nak distribute

kut beli colgate sama sabun dettol yg refill pack tu rega behkwang je kat 99 speedmart,  leh just pass around je sedekah dekat staff ke or donate kat rumah kebajikan berdekatan
Quote wirazam 6-1-2026 03:55 PM
dewi_rina replied at 6-1-2026 03:26 PM
31 dec haritu huru hara kaunter mykasih sebab org nak habis kan RM100 dalam ic, i awal-awal dah ha ...

org mesia ni..biasala...hari pertama dan hari terakhir mmg menjadi idaman..hahaha

tiba teringat dulu masa kes rega petrol aka brubah2 setiap minggu...mlm ni isytihar naikà, kat petrol statioñ pasti beratuq pjg queue sampai 11 mlm...staf petrol tepaksa ot sampai kul 12. hahahaha
Quote dewi_rina 6-1-2026 03:57 PM
wirazam replied at 6-1-2026 07:55 AM
org mesia ni..biasala...hari pertama dan hari terakhir mmg menjadi idaman..hahaha

tiba teringat d ...

Hahaha ingat, mcm lah tahan setahun minyak tu kalau isi malam tu jugak

Jenis suka buat ramai, i suka tengok gelagat masing-masing..
Quote midori888 6-1-2026 04:10 PM
Kitty_catz replied at 6-1-2026 03:42 PM
kut acik tamo spend utk diwi sendiwi, ai boleh suggest pi beli je ubat gigi sama sabun mandi hat r ...

Boleh beli beras yg pack kecik satu kilo...brand Faiza Basmathi...letak kat masjid or kasi org sendiri...
Quote Kitty_catz 6-1-2026 04:21 PM
midori888 replied at 6-1-2026 08:10 AM
Boleh beli beras yg pack kecik satu kilo...brand Faiza Basmathi...letak kat masjid or kasi org sen ...

meols beli yg mana ada kat 99 tu sis

tau la kan mcm dilanda garuda esp ujung2 tahun, masa tu tak silap boxing day 26th camtu..

beras minyak brg hot2 items smua yilek

kaut mana ada je.. nak amek sanitary pad memasing jantan pulekk
Quote midori888 6-1-2026 04:50 PM
oic...meols pun guna end dec baru nie...beli biscuts letak kat ofis...

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2026 10:19 PM GMT+8 , Processed in 0.409946 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top