|
Putrajaya: Keputusan Kerajaan MADANI untuk menaikkan gaji penjawat awam termasuk hakim bukan atas desakan kakitangan awam.
Sebaliknya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia dibuat kerana ada keperluan selepas kali terakhir kenaikan tahunan gaji penjawat awam berlaku sekurang-kurangnya 10 tahun lalu. Beliau berkata, tanggungjawab penjawat awam juga sudah bertambah selain gaji yang diterima hanya sekadar memenuhi keperluan keluarga. "Penjawat awam bila dah naik gaji, dah fikir kereta baharu, televisyen baharu, isteri baharu… Penambahan itu menyebabkan kos tambahan keseluruhannya RM18 bilion. "Ini bukan kerana tuntutan penjawat awam (sebaliknya) kerana kita lihat tanggungjawab bertambah dan (selama) 12 tahun diakui gaji semua ini hanya memenuhi hak sebagai ketua keluarga… (justeru) saya mulakan dengan memberikan keadilan kepada rakan penjawat awam. "Ini termasuk gaji hakim. Ada yang bertanya kenapa naik mendadak 30 peratus… kerana 10 tahun sejak 2015 tidak ada kenaikan tahunan, tidak ada kajian semula," katanya. Beliau berkata demikian pada Majlis Perhimpunan Bulanan dan Amanat Tahun 2026 Jabatan Perdana Menteri di sini, hari ini. Sumber: Harian Metro
|
jejai replied at 5-1-2026 05:39 PM
"enjawat awam bila dah naik gaji, dah fikir kereta baharu, televisyen baharu, isteri baharu… Penam ...

jejai: "Penjawat awam bila dah naik gaji, dah fikir kereta baharu, televisyen baharu, isteri baharu… Penambahan itu menyebabkan kos tambahan keseluruhannya ...


Kitty_catz replied at 6-1-2026 07:56 AM
so bila nak revise pepelapsan cukai individu pulak?
tu pun udah bertahun2 tak revise tak silap sinc ...
Minami2013 replied at 6-1-2026 08:00 AM
LGE akan tulis surat kat pmx

Kitty_catz replied at 6-1-2026 08:19 AM
dulu masa jadi menteli kewangan apasat talak propose buat ankel?
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
14-2-2026 10:19 PM GMT+8 , Processed in 0.110175 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.