CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerajaan akan bentang RUU pemisahan kuasa Pendakwa Raya, Peguam Negara - PM

5-1-2026 03:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1139| Komen: 0

 



Putrajaya: Kerajaan akan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) mengenai pemisahan kuasa Pendakwa Raya dan Peguam Negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said sedang menyiapkan RUU Ombudsmen.

"Ombudsmen ini satu institusi diperkenalkan di zaman Islam disebut institusi akauntabiliti awam, pernah dilaksanakan di beberapa negara pada zaman khalifah (Islam).

"Iaitu institusi yang memberi ruang kepada rakyat membangkitkan apa sahaja permasalahan kerana tanpa kecuali, dari Perdana Menteri sampai ke bawahnya, harus dipertanggungjawabkan dan boleh disoal," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat Tahun 2026 pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di sini, hari ini.

Turut hadir barisan Menteri Kabinet termasuk Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Sumber: Harian Metro
 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2026 10:19 PM GMT+8 , Processed in 0.047338 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top